H-Net* KEKESALAN

2000-02-27 Thread supyan


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Kepada:

Tuan Hj Mohd  Adnan Bin Seman
Tim. Pengarah Pendidikan Islam
JAIS

Assalamu'alaikum 

KEKESALAN TERHADAP PERTUKARAN GURU-GURU DI SELANGOR

Dengan hormatnya saya merujuk kepada satu mesej e-mel  (di bawah ini) yang
diedarkan melalui Hizbinetwork. Setelah membaca mesej ini, saya merasa
terpanggil untuk bertemu dengan guru-guru terlibat. Dalam pertemuan dengan
salah seorang guru berkenaan, saya mendapati benarlah bahawa beliau serta
guru-guru lain telah mendapat arahan supaya berkhidmat di tempat yang jauh
dari tempat asal mereka dengan dengan gaji sekitar RM400. Apabila beliau
bertanya kepada pegawai JAIS, beliau menyatakan salah seorang pegawai JAIS
menunjukkan "surat" dari  YB berkenaan "mengarahkan" supaya guru-guru
berkenaan ditukarkan. 

2. Saya ingin menegaskan bahawa adalah amat malang dan amat memalukan bagi
sebuah institusi agama seperti JAIS yang terlalu mudah dipergunakan oleh
orang-orang politik yang mempunyai agendanya sendiri. Saya menyeru agar
tuan lebih bersikap profesional dalam pengurusan tuan dan tidak dipengaruhi
oleh sentimen dan tekanan politik. 

3. Sesungguhnya gaji kakitangan kerajaan dibayar oleh rakyat dan rakyat
mahu melihat kakitangan kerajaan menjalankan kerja secara profesional,
cekap, amanah, dan adil . Malah gaji wakil-wakil rakyat juga dibayar oleh
rakyat dan bukan oleh mana-mana parti politik. Maka rakyat berhak mendapat
pembelaan  dan kemudahan bukannya penindasan dan kerumitan. Umumnya
wakil-wakil rakyat yang menang dalam pilihanraya bukanlah wakil kepada
satu-satu parti politik tetapi wakil kepada rakyat seluruhnya bagi kawasan
yang dimenangi. Sesungguhnya wakil rakyat adalah wakil kepada rakyat bukan
wakil parti dan bukan wakil kerajaan semata-mata. Apa yang sedihnya ialah
ada sebahagain wakil rakyat yang tidak memahami bahawa gaji mereka dibayar
rakyat tanpa mengira parti, agama, dan keturunan.

4. Saya menyeru agar pihak JAIS menimbang semula keputusan memindahkan
guru-guru berkenaan termasuklah juga guru-guru di tempat lain dalam negeri
Selangor yang ditukarkan kerana "arahan" orang-orang politik Barisan
Nasional. Sekiranya perkara ini terus berlaku, maka percayalah masyarakat
tidak akan menghormati lagi JAIS serta pegawai-pegawai JAIS serta ahli-ahli
politik terlibat. Masyarakat akan melihat betapa JAIS dan pegawai-pegawai
JAIS serta institusi JAIS tidak profesional dan telus dalam pengurusannya.
Saya ingin mengingatkan diri saya dan diri tuan akan sabda Nabi Muhammad
saw yang bermaksud  "Takutlah akan do'a orang yang  kena zalim.
Sesungguhnya tidak ada hijab diantara do'a itu dengan Allah."

5. Semuga Allah memberkati pengurusan yang amanah dan adil.

Yang benar,

Supyan Hussin 
(t.t. digital)

s.k. Hizbinetwork


-mesej yang
diedarkan dari Hizbinetwork
>Date: 25 Feb 00 17:16:42 PST
>From: hello hi <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* MINTA PERHATIAN!!
>X-Mailer: USANET web-mailer (M3.3.1.96)
>Sender: [EMAIL PROTECTED]
>
>MOHON PERHATIAN SEMUA PIHAK
>
>Berikut adalah maklumat mengenai beberapa orang guru KAFA yang telah mendapat
>surat arahan dari JAIS untuk bertukar tempat kerja. Adalah dilaporkan
>guru-guru berkenaan dipercayai menjadi penyokong Barisan Alternatif dalam
>peilihanraya yang lepas. Tindakan pertukaran tempat kerja ini diambil susulan
>dari pilihanraya umum ke10 baru-baru ini di mana wakil rakyat N. 47 DUN
>Dengkil YB Dato’ Shariff Jajang, walaupun menang di DUN Dengkil telah
tewas di
>kampungnya iaitu Kg Sg. Merab sendiri serta kawasan sekitar iaitu Kg. Desa
>Putra, Kg. Limau Manis, Kg. Bakar Baginda, dan Air Itam Permai.
>
>Menurut laporan dari orang dalam menyatakan bahawa tindakan pertukaran tempat
>kerja ini adalah arahan dari YB Dato’ Shariff sendiri dengan restu Timbalan
>Menteri Besar Selangor, YB Dato’ Zainal Abidin.
>
>Kita semua maklum bahawa sebagai wakil rakyat di Dengkil, seseorang YB adalah
>menjadi wakil kepada rakyat dan perlu menangani masalah rakyat bukannya
>menambah masalah rakyat. Sebaliknya, YB Dato’ Shariff telah
menyalahkangunakan
>kedudukannya untuk mencampuri urusan pentadbiran JAIS yang mana mungkin JAIS
>tidak berniat untuk menukar mana-mana guru KAFA. Tetapi jelas di sini
>penyalahgunaan kuasa dan kedudukan telah mengugut pegawai-pegawai kerajaan di
>JAIS dan PPD di Selangor ini untuk mengambil tindakan ke atas
>penyokong-penyokong Barisan Alternatif.
>
>Apa yang malangnya ada diantara guru-guru ini adalah suami isteri yang
>ditukarkan tempat kerja di dua tempat yang berbeza. Dan ada diantara
guru-guru
>ini adala

RE: H-Net* KEKESALAN

2000-02-28 Thread Ab Rahman


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamualaikum...

Membaca e-mail yang saya terima membuat saya rasa terpanggil untuk
menyingkap satu peristiwa yang berlaku di salah sebuah kolej swasta yang
dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputra. Apa yang ingin saya katakan disini saya
harap boleh menjadi iktibar bagi kita dan menyedarkan kita, siapa pemimpin
yang sebenar.

Peristiwa ini berlaku di kolej yang terletak di sebuah bandar baru
berhampiran sepang. Kolej yang dimiliki oleh sebuah konsortium, konsortium
yang majoritinya dimiliki oelh Bumiputra. Pada awalnya saya rasa bangga
kerana ini boleh membela nasib bangsa saya. BAgaimanapun, peristiwa ini
memebuat saya rasa sungguh sedih dan marah.

Seorang ketua jabatan dikolej tersebut telah dibuang kerja!!!. Kenapa?
Peristiwa bermula apabila beliau (yg merupakan salah seorang orang kuat UMNO
telah dituduh menyokong pembangkang. Ketika pilihan raya, beliau telah
memarahi sekumpulan pemuda yang menampal poster calon Barisan dikolej
tersebut. Niat beliau adalah baik, untuk mengelak daripada orang menyangka,
kolej tersebut kolej BN sedangkan kolej tersebut adalah terbuka.

Akibat kejadian itu, pemuda yang menampal poster telah melaporkan kejadian
kepada pihak atasan mereka. Tambah memeritkan apabila ada orang kesayang
yang berhormat bekerja dikolej tersebut tetapi sebenarnya tidak membuat apa2
kerja @ sumbangan pun pada kolej. Kerja keras yang dibuat untuk memajukan
kolej adalah daripada ketua jabatan yang telah dibuang.

Oleh kerana adanya yang berhati busuk, maka ada manusia yang melaporkan
kepada pihak atasan mengatakan ketua jabatan tersebut telah bersekongkol
dengan pembangkang walaupun hakikitnya adalah tidak benar. Tetapi disebabkan
peristiwa penampal poster telah dimarahi oleh beliau, beliau telah diarah
berhenti kerja notis 24 jam.

Saya tidak dapat memberi apa2 bantuan kerana saya tidak di dalam organisasi
tersebut. Bagaimanapun, syaa telah menasihatkan kepada beliau supaya merujuk
perkara tersebut kepada perkeso memandangkan sebab beliau dibuang kerja
adalah tidak menasabah dan tidak boleh diterima. Ini berdasa kepada
pengalaman saya yang telah pergi ke perkeso untuk menyelesaikan satu kes
yang melibatkan rakan saya sendiri. Kerana itulah, saya tidak terperanjat
atas e-mail yang telah saya baca tetapi saya memang rasa amat simpati.

Saya harap, apa yang saya sampaikan ini dapat dikongsi oleh para netters dan
boleh menjadi panduan untuk rakan2 melindungi diri kita bersama supaya kita
tidak diperlaku sewenang-wenangnya oleh majikan dan kita tahu kemana untuk
kita merujuk.

Wassalam...

p/s. Jabatan buruh adalah rujukan bagi yang bergaji RM1500.00 ke bawah. Kes
diatas melibatkan mereka yang bekerja dengan gaji RM 2000.00 ke atas.

-Original Message-
From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED]]On Behalf Of
[EMAIL PROTECTED]
Sent: Monday, February 28, 2000 9:16 AM
To: [EMAIL PROTECTED]
Cc: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* KEKESALAN



 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Kepada:

Tuan Hj Mohd  Adnan Bin Seman
Tim. Pengarah Pendidikan Islam
JAIS

Assalamu'alaikum

KEKESALAN TERHADAP PERTUKARAN GURU-GURU DI SELANGOR

Dengan hormatnya saya merujuk kepada satu mesej e-mel  (di bawah ini) yang
diedarkan melalui Hizbinetwork. Setelah membaca mesej ini, saya merasa
terpanggil untuk bertemu dengan guru-guru terlibat. Dalam pertemuan dengan
salah seorang guru berkenaan, saya mendapati benarlah bahawa beliau serta
guru-guru lain telah mendapat arahan supaya berkhidmat di tempat yang jauh
dari tempat asal mereka dengan dengan gaji sekitar RM400. Apabila beliau
bertanya kepada pegawai JAIS, beliau menyatakan salah seorang pegawai JAIS
menunjukkan "surat" dari  YB berkenaan "mengarahkan" supaya guru-guru
berkenaan ditukarkan.

2. Saya ingin menegaskan bahawa adalah amat malang dan amat memalukan bagi
sebuah institusi agama seperti JAIS yang terlalu mudah dipergunakan oleh
orang-orang politik yang mempunyai agendanya sendiri. Saya menyeru agar
tuan lebih bersikap profesional dalam pengurusan tuan dan tidak dipengaruhi
oleh sentimen dan tekanan politik.

3. Sesungguhnya gaji kakitangan kerajaan dibayar oleh rakyat dan rakyat
mahu melihat kakitangan kerajaan menjalankan kerja 

RE: H-Net* KEKESALAN - SIAPA YG HARUS DIHUBUNGI BILA BERLAKU PEMBUANGAN KERJA SESUKA HATI?

2000-02-28 Thread Nor'ain Eusoff
Title: RE: H-Net* KEKESALAN  - SIAPA YG HARUS DIHUBUNGI BILA BERLAKU PEMBUANGAN KERJA SESUKA HATI?





Assalamu'alaikum kepada semua,


Membaca e-mail di bawah dari Sdr Ab Rahman ni, rasa geram bertambah-tambah!  Geram kat puak-puak yg langsung tak ada hati perut yg memberhentikan orang kerja sesuka hati

Macam ni lah..  kalau ada sesiapa yg telah diberhentikan kerja  tanpa alasan yg kukuh dari pihak pengurusan tertinggi syarikat, saya syorkan pergi mengadu kepada Pejabat Perhubungan Industri (Industrial Relations) di Kuala Lumpur.  Bagi area lain, kena tanya pejabat di KLbagaimana nak hubungi cawangan.   Selalunya, kes-kes pembuangan kerja bagi eksekutif ataupun kakitangan yg berpendapatan lebih dari RM2,000 akan dirujuk terus ke Mahkamah Industri.  

Anyway, nampaknya sahabat Ab Rahman ni kes dia macam "constructive dismissal" aje!  Entahlah ya kekadang tu bila fikir balik, nak mengadu kat pejabat "depa" jugak, takut kes kita ni "hanging" aje nanti..hai... maklumlah, kat "situ" semua "orang-orang dia" aje!

Tak apalah, ni saya bagi alamat Pejabat Perhubungan Industri, di:


Tingkat 14, Wisma Tun Sambanthan, Kuala Lumpur 


(dia tak jauh dari bangunan UMBC yg di roundabout menghala ke bus stand Klang.  apa nama jalan tu??)  Saya ni KL tak berapa tahu sangat, kalau "tercampak" kat KL tu sorang-sorang ada yg meraung!  Ni pun ada kawan yg expert dalam HR yg bagi tahu tapi dia sendiri kurang tahu jalan yg ada Wisma Tun Sambanthan tu...  sesiapa yg expert area KL, mungkin boleh bantu dapatkan alamat penuhnya.

By the way, just in case kalau nak telefon Pejabat Buruh, No Telefonnya ialah:  2557200 (tapi tak ada siapa yg bother nak angkat tipon tu bila call! - Ish... gomen, gomen!)

Moga boleh membantu sedikit sebanyak, kalau bukan kepada kawan Sdr A Rahman pun, mungkin kepada sesiapa lagi yg dalam list kita ni.

Wassalam



 


-Original Message-
From: Ab Rahman [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 28 February, 2000 11:21 PM
To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Cc: [EMAIL PROTECTED]
Subject: RE: H-Net* KEKESALAN 




 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {    Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {    Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamualaikum...


Membaca e-mail yang saya terima membuat saya rasa terpanggil untuk
menyingkap satu peristiwa yang berlaku di salah sebuah kolej swasta yang
dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputra. Apa yang ingin saya katakan disini saya
harap boleh menjadi iktibar bagi kita dan menyedarkan kita, siapa pemimpin
yang sebenar.


Peristiwa ini berlaku di kolej yang terletak di sebuah bandar baru
berhampiran sepang. Kolej yang dimiliki oleh sebuah konsortium, konsortium
yang majoritinya dimiliki oelh Bumiputra. Pada awalnya saya rasa bangga
kerana ini boleh membela nasib bangsa saya. BAgaimanapun, peristiwa ini
memebuat saya rasa sungguh sedih dan marah.


Seorang ketua jabatan dikolej tersebut telah dibuang kerja!!!. Kenapa?
Peristiwa bermula apabila beliau (yg merupakan salah seorang orang kuat UMNO
telah dituduh menyokong pembangkang. Ketika pilihan raya, beliau telah
memarahi sekumpulan pemuda yang menampal poster calon Barisan dikolej
tersebut. Niat beliau adalah baik, untuk mengelak daripada orang menyangka,
kolej tersebut kolej BN sedangkan kolej tersebut adalah terbuka.


Akibat kejadian itu, pemuda yang menampal poster telah melaporkan kejadian
kepada pihak atasan mereka. Tambah memeritkan apabila ada orang kesayang
yang berhormat bekerja dikolej tersebut tetapi sebenarnya tidak membuat apa2
kerja @ sumbangan pun pada kolej. Kerja keras yang dibuat untuk memajukan
kolej adalah daripada ketua jabatan yang telah dibuang.


Oleh kerana adanya yang berhati busuk, maka ada manusia yang melaporkan
kepada pihak atasan mengatakan ketua jabatan tersebut telah bersekongkol
dengan pembangkang walaupun hakikitnya adalah tidak benar. Tetapi disebabkan
peristiwa penampal poster telah dimarahi oleh beliau, beliau telah diarah
berhenti kerja notis 24 jam.


Saya tidak dapat memberi apa2 bantuan kerana saya tidak di dalam organisasi
tersebut. Bagaimanapun, syaa telah menasihatkan kepada beliau supaya merujuk
perkara tersebut kepada perkeso memandangkan sebab beliau dibuang kerja
adalah tidak menasabah dan tidak boleh diterima. Ini berdasa kepada
pengalaman saya yang telah pergi ke perkeso untuk menyelesaikan satu kes
yang melibatkan rakan saya sendiri. Kerana itulah, saya tidak terperanjat
atas e-mail yang telah saya baca tetapi saya memang rasa amat simpati.


Saya harap, apa yang saya sampaikan ini dapat dikongsi oleh para netters dan
boleh menjadi panduan untuk rakan2 melindungi diri kita bersam