*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

------- Forwarded Message Follows -------
To:                     [EMAIL PROTECTED]
From:                   Lenggang Kangkung <[EMAIL PROTECTED]>
Date sent:              Mon, 12 Nov 2001 17:49:12 -0800 (PST)
Send reply to:          [EMAIL PROTECTED]
Subject:                [LK] KELEBIHAN TARAWIH

Siri Risalah SULUHAN I

KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH

Diterbitkan dan diedar secara percuma oleh:

DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-7645816

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan
salam keatas
junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam
serta para
sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis
tentang kelebihan
tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar
dengan
meluas sekali. Media-media elektronik,media-media
cetak serta
media-media massa turut sama memainkan peranan mereka
menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi
Islam, TV, radio,
risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga
mereka
mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam
supaya
rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang
diberkati itu.
Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak
panjang
kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang
sebahagian
darinya adalah seperti berikut,

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah
s.a.w. telah bersabda
berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada
bulan Ramadhan
antaranya:
· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada
malam pertama
seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan
dari Allah Taala).
· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala
orang-orang yang
membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya
pahala
malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur
(sebanyak 70 ribu malaikat sekali
tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan
mendoakan supaya Allah
mengampuni dosa-
dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada
malam ini.
· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta
menolong Nabi Musa
A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang
sembahyang tarawih
sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim
A.S.
· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan
dinaikkan mutu ibadat
hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..
· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai
kemalam yang
ke-tiga puluh

        Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada
beberapa tokoh agama
tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah
ianya diambil,
semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan
setelah diteliti dalam kitab
induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab
hadis lagi, ianya tidak
ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu
(maudhu`aat) sendiri
pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa
hadis ini merupakan
satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama
hadis dahulu yang
menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui
akan wujudnya hadis ini.
Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan
kedudukannya
didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat
Islam tertipu dengan
berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam
mengerjakan amalan-amalan
kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya
tidak akan
diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu
seumpama ini juga akan mencemarkan
kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara
dengan dengan begitu
baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

        Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran
terhadap orang-orang
yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman
yang berat
sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan
dusta atas namaku maka
hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka.
(Bukhori, Muslim)

        Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga
sampai
keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala
jenis pendustaan keatas Nabi
S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya
rajin beramal
ibadat atau pun ancaman supaya menjauhi segala
larangan Allah (targhib dan tarhib).

        Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas
membawakan lebih dari
seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama
Nabi Muhammad S.A.W.
menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim.
Kata Imam Nawawi:
Haram  meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi
orang yang mengetahui
bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka
hadis ini maudhu`.
Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia
sangka bahawa ianya
maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka
dia termasuk dalam ancaman
ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam
pengharaman pendustaan
atas Nabi Muhammad S.A.W. di antara hadis tentang
hukum-hukum dan hadis
yang bukan  berkenaan dengan hukum seperti hadis yang
mengandungi dorongan serta
galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan
lain-lain. Semuanya
haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan
sejelek-jelek perkara dengan
ijmak ulamak Islam seterusnya dia berkata: Ulama-ulama
telah pun sepakat tentang
haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana
pula dengan orang
yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah
wahyu dan berdusta
atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah
bermaksud: Tidaklah dia
mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang
diucapkan tidak
lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya
umat Islam rajin
untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan
seperti mana kita
sering dapati  hadis ancaman terhadap orang yang
meninggalkan sembahyang
yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas
nama nabi Muhammad
S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian
darinya berbunyi: Jika
seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya
adalah seperti dia
berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan
sembahyang sembahyang asar
dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah
bagi orang yang
menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab
hadis shahih
contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang
menghidupkan malam ramadhan
dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari
Allah diampunkan dosa-dosanya
yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang
yang meninggalkan
sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya
firman Allah yang
bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan
kedalam neraka saqar?
Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak
mengerjakan sembahyang.
(Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam
Ramadhan tidak
mesti dengan adanya hadis rekaan  yang seperti ini
mereka akan
bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih
ini. Dan orang yang malas
bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk
sekalipun siksaannya namun mereka
tetap tidak mahu mengerjakannya.

Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi
zahirnya selain
dari meneliti sanad perawinya ialah
1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi
kelebihan yang
terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad  S.A.W.
atau orang yang
berjuang bersama dengan  nabi-nabi yang lain apatah
lagi untuk menyamai
atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang
datang kemudian walaupun
setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat
mengatasi atau menyamai
kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk
menyamai kedudukan
seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan
dengan amalan yang
dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam
syariat
sebagaimana  tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis
shohih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai
kalam Nabi
Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari
mulut Nabi
sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.
4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini,
ianya dimulai
dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah
mengatakan
bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini
hanya dua
atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah
palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak
berkenaan
seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri
dan pusat
sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi
menjaga
kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus
Sunnah
Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan
diayah-
diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah
sedangkan ianya
tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w.
Janganlah
sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan
harapan
akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar
pula yang
diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal
dengan
hadis-hadis palsu seperti ini.

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH
RASULULLAH S.A.W.

Lenggang Kangkung List

Melanggan (FREE) : Send email to: [EMAIL PROTECTED]

Berhenti Melanggan : Hantar email kosong to: [EMAIL PROTECTED]

Laman Web Lenggang Kangkung: http://www.angelfire.com/ct/lk

Email lama Lenggang Kangkung Group: http://groups.yahoo.com/group/lk/messages

Download File dari Lenggang Kangkung Group: http://groups.yahoo.com/group/lk/files







 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke