Title: Dengan skim pembiayaan pengajian IT ini anda akan dibiayai untuk memiliki ilmu dan kemahiran IT dalam masa yang paling singkat
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

TAWARAN PEMBIAYAAN

PENGAJIAN IT


Muqaddimah

Dengan skim pembiayaan pengajian IT ini anda akan dibiayai untuk memiliki ilmu dan kemahiran IT dalam masa yang paling singkat. Jadilah tenaga kerja IT yang mempunyai masa depan yang cerah dalam dunia kerjaya. Kami akan membiayai anda untuk mencapai cita-cita anda itu, insya’Allah.

Matlamat utama pembiayaan pengajian IT ini ialah untuk melahirkan tenaga-tenaga kerja IT dari kalangan umat Islam(muslimin/muslimah). Tidak dapat dinafikan bahawa penglibatan ummat Islam dalam dunia kerjaya IT masih terlalu kurang. Oleh itu, kecanggihan teknologi ini tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.

Skim pembiayaan ini juga mengambilkira kemampuan kewangan semua golongan. Oleh itu adalah menjadi objektif skim pembiayaan ini untuk memberi peluang kepada golongan yang kurang kemampuan kewangan untuk memiliki ilmu dan kemahiran IT tanpa memerlukan kos yang tinggi.

Kumpulan sasaran

Teristimewanya skim ini adalah untuk mereka yang : # mempunyai minat yang tinggi terhadap IT # kurang kemampuan kewangan # #gagal ke IPTA atau IPTS # tiada pekerjaan(menganggur) # mencari-cari bidang kerjaya yang sesuai # ingin menukar bidang kerjaya ke bidang IT

Adakah anda ....BERMINAT ...

* Untuk menggunakan aplikasi komputer sepertimana kebanyakan orang yang tahu dan mahir tentang komputer * Untuk tahu tentang komponen-komponen komputer dan pandai memasang komputer sendiri, lebih-lebih lagi mahir pula membaiki dan menyelenggara komputer * Untuk tahu tentang cara-cara berniaga komputer dan mendapatkan pendapatan lumayan dari pengetahuan tersebut * Untuk mahir dalam penggunaan internet dan merekabentuk homepage yang tinggi kualitinya * Untuk membangunkan perisian(software) pangkalan data atau multimedia yang memerlukan kreativiti yang tinggi * Untuk merekabentuk sesuatu penerbitan atau persembahan menggunakan perisian grafik komputer yang seni dan canggih ....

...di sinilah dan inilah masanya untuk anda mengambil peluang ini...

 

Mengapa IT…?

Bidang IT merupakan bidang yang tidak terjejas dengan kegawatan ekonomi. Di zaman kemelesetan sekarang pun, penggunaan komputer dan kecanggihan IT tetap diberikan keutamaan. Dengan kecanggihan teknologi ini sekarang, semua bidang pekerjaan terlibat dengan penggunaan komputer. Tiada pejabat yang tidak menggunakan komputer. Bahkan semua pejabat sedang menuju kepada pembentukan rangkaian komputer sepenuhnya. Ini kerana teknologi ini sangat membantu meningkatkan kecekapan dan kualiti hasil kerja di samping dapat mengurangkan kos dengan begitu ketara. Begitu juga dengan penghasilan perisian-perisian yang baru yang dapat memenuhi keperluan pengguna(user) sekarang. Perisian-perisian interaktif yang menarik dengan teknologi multimedia sangat-sangat diperlukan sekarang. Dengan bertambahnya penggunaan komputer sekarang, keperluan kepada tenaga kerja yang mahir dalam perisian dan perkakasan semakin meningkat. Semua syarikat memerlukan kakitangan yang tahu tentang komputer, apatah lagi jika kakitangan yang mempunyai pengetahuan dalam kebanyakan cabang IT. Dengan ini peluang kerjaya memang banyak dalam bidang IT ini dan akan semakin meningkat permintaan terhadap tenaga kerja di masa-masa akan datang.

Di antara jawatan-jawatan yang terdapat dalam bidang IT ialah Technician, Technical Support, System Analyst, Network Administrator, DTP Artist, IT Trainer, Web Master, Web Designer, Programmer, Network Engineer, PC Dealer dan banyak lagi.

 

Anda layak memohon skim ini jika anda :

@ beragama Islam @ berumur tidak lebih 30 tahun @ lulus SPM dengan pangkat 1, 2, atau 3 @ bersedia mematuhi syarat-syarat skim

 

Sepintas lalu…

Dengan skim pembiayaan ini, anda akan layak mengikuti Kursus Kemahiran IT selama 3 bulan penuh secara intensif. Yuran pengajian ditanggung/dibiayai oleh kami. Kursus padat ini mengandungi 9 subjek yang paling mahal dan paling dikehendaki di pasaran kerjaya IT sekarang. Pencapaian anda selama kursus akan dinilai berdasarkan sistem GPA(Grade Point Average) dan CGPA(Cumulative Grade Point Average). Subjek yang perlu diikuti ialah :

 

KOD

SUBJEK

JAM KREDIT

OFC 114

OFFICE 2000

4

PCM 314

PC MAINTENANCE

4

INT 213

INTERNET

3

ITB 522

IT BUSSINESS

2

VBC 733

VISUAL BASIC

3

MMD 632

MULTIMEDIA DEVELOPMENT

2

NET 934

NETWORKING

4

ACS 423

MICROSOFT ACCESS

3

DTP 823

DESKTOP PUBLISHING

2

 

Selama tempoh kursus, penginapan disediakan. Kemudahan yang dapat anda gunakan adalah


* katil, tilam, bantal & almari pakaian * dapur gas & peralatan memasak * mesin basuh * peti sejuk * penggunaan komputer 24 jam * capaian internet dari 9.00 pg - 12.00 mlm

Penganugerahan sijil akan disempurnakan dalam majlis mini konvokesyen. Anda berpeluang memiliki :

* Sijil Kursus Intensif IT

* Anugerah Bestari (CGPA 3.5 ke atas)

* Anugerah Pelatih Terbaik

* Anugerah Komputer Emas

* Sijil Pilihan : diakreditasi oleh universiti tempatan

Permohonan untuk mendapatkan pembiayaan ini boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati dari :

Pendaftar

InfoTrack Network

PT 797, Tingkat Bawah, Taman Sri Pauh, Jalan JPJ Panji, 16100 Kota Bharu.

Sebarang pertanyaan sila hubungi : 09-7655727, 09-7647911, 013-9029585

E-mail : [EMAIL PROTECTED] Laman web : http://www.itnet.itgo.com

________________________________________________________________________ Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "abu idris" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke