*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ BERITA PANAS!! ADAKAH IANYA AKAN TERJADI? 1. Mahafiraun dalam proses untuk menggantikan Sanusi Junid dengan Tan Sri Halim Ali (KSN)sebagai MB Kedah. Keahlian Halim Ali sebagai ahli UMNO sudah pun di back date. Ini untuk dapatkan sokongan pegawai-pegawai kerajaan. 2. Di N9 pula Isa akan diganti dengan Aseh Che Mat. Juga untuk mendapatkan sokongan pegawai-pegawai kerajaan. 3. Mahafiraun sudah sediakan 100,000 salinan video dan VCD yang kononnnya adegan seks Anwar. Ia akan ditaburkan sebaik sahaja Ariffin Jaka jatuhkan hukuman. RAFIDAH AKUI DIA MEMANG TERLIBAT DALAM RASUAH Antara yang menarik dari Mahkamah Tinggi hari ini: · DSAI akan ke HUKM pada pukul 2.15 pm ini · DSAI menjelaskan Rafidah menuduhnya campurtangan dengan melaporkan kepada PM dalam kes pemberian saham kepada menantunya. · Sebenarnya BPR dan Peguam Negara telahpun memaklumkan terlebih dahulu secara terus kepada PM sebelum itu. DSAI hanya menjalankan tanggungjawabnya. · Rafidah mengkritik Mahathir melalui suratnya kepada DSAI. Dia mempertikaikan tentang Daim yang terlampau banyak membolot kekayaan dalam masa yang sama memegang jawatan Penasihat Ekonomi. · Rafidah mengkritik tentang projek Mega' Gunawan Steel' yang turut dibolot oleh Daim. · Rafidah merungut tidak puas hati dengan siasatan : Saham dia ratusan juta BPR nampak tapi rompakan Daim berbillion-billion ringgit tidak ada tindakan pun SANGGUP MENGGANTIKAN ANWAR DI PENJARA Saya bekas seorang Pegawai Tentera yang berpangkat Mejar dalam Tentera Darat Malaysia yang telah mempertahankan negara dari ancaman kominis bertahun-tahun cukup bersimpati dan kasihan apabila menemui DSAI di mahkamah baru-baru ini. Kesedihan ini tidak dapat saya sembunyikan apabila airmata saya berlinang dengan tak disedari setelah saya melihat DSAI bergurau-gurau dengan anak lelakinya di mahkamah. Kedua-dua beranak ini berpelukan, melawak dan saling melepaskan rasa rindu diantara satu sama lain. Pada hari itu anak lelaki DSAI tidak kesekolah dan apabila ditanya kenapa dia tak kesekolah, anak lelakinya berkata dia `boring’. Saya cukup kasihan dan hati saya cukup tersentuh dengan keadaan itu. DSAI kelihatan semakin susut badannya, mukanya cekung, bibirnya kering dan dia kelihatan memang tidak sihat. Semasa menjawab soalan-soalan yang disoal oleh Peguam Pembela beliau, saya dapati beliau cuba menjawab dengan tenang dan terang tetapi nyata dari maqrifat saya bahawa DSAI sedang mengalami tekanan jiwa. Saya berkeyakinan penuh bahawa DSAI sedang mengalami kesakitan dalaman yang cukup serius. Beliau cuba menyembunyikan kesakitan beliau dengan senyuman dan sikap periang beliau yang ditunjukkan kepada keluarga beliau. Saya dapat merasai apa yang DSAI lalui akibat fitnah manusia, kerana saya juga melalui pengalaman yang sama sewaktu berkhidmat dalam ATM. Fitnah yang saya hadapi meyebabkan saya mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan lebih awal, kerana rasa tertipu dengan perkhidmatan saya setelah berkhidmat lebih 21 tahun. Saya dituduh menerima rasuah melalui satu surat layang. Setelah melalui siasatan demi siasatan ternyata tuduhan ini langsung tidak berasas. Saya telah ditahan reman oleh pihak BPR didalam lokap selama seminggu. Ternyata undang-undang manusia ini cukup kejam, kerana menahan orang yang tidak bersalah didalam lokap. ISYAALLLAH ORANG YANG TERLIBAT INI AKAN DILAKNAT OLEH ALLAH SWT SAMADA DIDUNIA ATAU AKHIRAT. Seperti kes DSAI saya tahu bahawa saya ditahan demi untuk melindungi pegawai atasan ATM yang terlibat dalam rasuah. Perkara ini terbukti selepas sebulan saya ditahan seorang Pegawai Kanan Tentera didakwa kerana rasuah. Tetapi tidak seperti yang saya lalui Pegawai Kanan Tentera ini bebas tidak ditahan didalam lokap. Inilah keadilan di Malaysia. Saya akan membongkar satu demi satu amalan rasuah yang diamal didalam ATM oleh segelintir Pegawai Atasan ATM dari masa kesemasa. Insyallah. Saya berikrar akan bersama DSAI untuk membongkar penyelewengan yang berlaku didalam kerajaan terutama didalam ATM. Demi untuk keadilan saya sanggup mengganti diri saya dengan DSAI dipenjara bagi membolehkan DSAI membersihkan semua pemimpim Malaysia yang korup dan zalim. Atas dasar peribadi yang ikhlas saya juga sanggup mengganti DSAI dipenjara kerana bersimpati dengan kesengsaraan yang DSAI dan keluarga nya alami selama ini.Saya dan keluarga berdoa agar DSAI dan keluarga sentiasa didalam peliharaan oleh Allah swt hendaknya.Oleh pembaca MAHAFIRAUN 2020 28 OKT1999 PESAWAT INDON LAYAK KE MUZIUM - GUS DUR TEMPELAK MAHAFIRAUN Ramai yang mengikuti perkembangan di Indonesia, iaitu pengisytiharan Kabinet Indonesia baru di bawah kepimpinan Kiyai Hj. Abdul Rahman Wahid sebagai Presiden RI yang ke empat pada hari Selasa yang lalu. Dicelah-celah kesibukan pengisytiharan tersebut ada yang bertanyakan Kiyai Gus Dur berhubung masa depan industri pesawat terbang milik negara tersebut di bawah nama PT Industri Pesawat Terbang Nusantara. Kiyai Gus Dur terus terang menyatakan bahwa : "We know that the airplane industry that we had nowadays has only ended up only fit for a museum" NST 27/10/99 (Kita tahu bahwa industri pesawat terbang negara ini kini cuma layak ditempatkan dimuzium sahaja) Menurut Kiyai Gus Dur industri ini tidak sesuai buat Indonesia kerana masanya belum tiba bagi Indonesia untuk menceburkan diri dalam industri canggih seumpama ini malah ianya lebih membebankan lagi hutang negara tersebut. Selama ini pun industri tersebut dapat berdiri di bawah Suharto oleh kerana terlalu banyak insentif dan pelepasan cukai yang diberikan sehingga dikritik kuat oleh IMF sendiri.Mahafiraun duduk diam membisu membaca berita ini. Bukankah dia yang memaksa TUDM membeli pesawat-pesawat ini dari Indonesia baru-baru ini demi mebantu kroninya Pak Harto. Sekarang apa sudah jadi wira-wira terbang kita dilengkapkan oleh PM dengan pesawat yang hanya layak untuk dicampakkan ke dalam muzium! Ahli Parlimen Pembangkang perlu membawa isu hangat ini ke Parlimen untuk penjelasan!28 OKTOBER 1999 PENGHINAAN PENGARAH PENDIDIKAN KEDAH TERHADAP GURU-GURU Kelmarin saya hdir ke taklimat Haji Hassan,Pengarah JPN Di SM Teknik SP 1. Tidak ada apa yang menarik.Haji Hassan dalam ucapannya cuba pengaruhi guru-guru supaya kagum dengan Che Det.Dalam setiap abad hanya seorang pemimpin sahaja yang lahir.Orang itu ialah Che DET, katanya dengan megah.Guru-guru dinasihatkan agar jangan lawan kerajaan,khususnya UMNO dan BN. BN yang bayar gaji dan memberi rezeki kepada semua cikgu."Tanpa BN negara porak-poranda dan akan berlaku kacau bilau", ugut Haji Hassan.Saya telah menjadi guru hampir 28 tahun.Inilah ucapan yang amat hina yang pernah saya dengar.Keluar dari mulut seorang pengarah.Saya amat kesal.Dia ingat kami semua yang hadir adalah JKKK kampung.Ucapan seperti itu hanya layak untuk JKKK sahaja.Sepatutnya Haji Hassan tidak layak jadi Pengarah JPN Kedah,hanya layak jadi Penghulu sahaja.Dia sentuh secara ringkas mengenai guru-guru yang menentang kerajaan dan telahpun diambil tindakan. 3 orang guru diambil contoh kes. Pertama guru matematik SMK Jabi,kedua guru di SMK Sg.Layar Sg.Petani dan ketiga Cikgu Abd.Wahab yang ditukar ke Pahang dan sahabat baik Haji Hassan.Saya berasa tersinggung kerana Haji Hassan masih lagi ungkit perkara itu dalam perhimpunan awam. Sedangkan guru-guru yang dihukum ini tidak diberi ruang untuk membela diri. Haji Hassan kutuk guru di SMK Sg.Layar yang kononnya tidak boleh terima pertukaran ke P.Pinang. Saya kenal cikgu SMK Sg.Layar tersebut. Saya lihat dia bukanlah guru yang aktif dalam politik. Tidak pernah naik pentas politik pun. Tidak pernah ceramah di mana-mana. Lainlah dengan Cikgu Abd.Wahab yang memegang jawatan besar dalam PAS dan berceramah aiang dan malam.Cikgu SMK Sg.Layar itu patut membela dirinya.Dia tahu siapa yang membuat surat layang ke kementerian dan memfitnah beliau. Saya sangat setuju kalah Pengarah buat siasatan, kemudian baru jatuhkan hukuman. Ini tidak terus sahaja surat turun dari "langit" dan tukar cikgu tersebut tanpa sebarang sebab.Tidak ada sebarang peringatan dan surat tunjuk sebab.Tidak pernah dipanggil untuk disoalsiasat. Tiba-tiba tukar dan JPN bagi alasan sebab politik. Saya rasa tindakan-tindakan sebegini menyebabkan kaum guru makin marah.Sebab itu usahlah pihak Pengarah yang menjadi alat UMNO dan BN cuba untuk ugut dan pengaruhi cikgu-cikgu. Saya amat berkeyakina, apa yang telah berlaku ini menambahkuatkan lagi semangat cikgu-cikgu untuk bersama berganding bahu ke arah kerajaan baru yang dipimpin oleh pemimpin yang lebi ADIL DAN SAKSAMA.Tidak seperti pimpinan yang ada pada hari ini yang sering membuat keputusan dan tindakan membuta tuli.Minta maaf kepada Pengarah Pendidikan Kedah kerana hanya dalam ruangan ini dapat saya sampaikan luahan hati.Kalau secara terbuka sudah pasti saya juga akan menjadi mangsa sebagaimana guru-guru lain.Sahabatmu, Sungai Petani.28 OKTOBER 1999 KEGAGALAN SEMINAR BTN DI PULAU PINANG Assalamualaikum, Hari ini 27.10.99 (Rabu) kami Guru Besar bersama dengan 2 orang Penolong Kanan seluruh Sekolah Rendah Kebangsaan Seberang Perai telah diarahkan untuk menghadiri Seminar anjuran BTN P.Pinang, di Maktab Perguruan Tuanku Bainun, Bt.Mertajam. Saya ingin menceritakan apa yang terjadi di Seminar itu. Rata-rata 90% G/Besar dan P/Kanan di Sbg.Perai meluat dekat MAHAFIRAUN. Sesampai di tempat pendaftaran (7.50 pagi), saya terdengar ramai G/Besar merungut sebab kena tinggal sekolah. Bayangkan jika terjadi sesuatu di sekolah kerana pada hari itu kesemua sekolah di Sbg.Perai ketiadaan G/Besar dan 2 orang P/Kanan. Mungkin Allah nak tunjuk, 2 orang penceramah (fasilitator BTN), lambat sampai kerana jalan banjir. Jadi sesampainya mereka, mereka terpaksa beri ceramah yang tergesa-gesa (sebab mengejar masa). Semua G/Besar dan P/Kanan punyalah boring mendengar ceramah mereka. Asyik bercakap pasal ketuanan melayu dan ditunjukkan angka (statistik) jurang profesional dan pendapatan diantara orang Melayu dan bukan Melayu. "Kata seorang G/Besar, fasilitator ini punyalah bodoh. Statistik yang ditunjukkan itu menunjukkan kegagalan kerajaan MAHAFIRAUN. Apa yang umno/bn buat untuk merapatkan jurang kekayaan tersebut. Yang kaya hanya anak-beranak dan kroni2 mereka saja. Orang ramai hanya makan kuah saja. 90% G/Besar dan P/Kanan yang boring telah tidak mempedulikan cermahnya. Ini menjadikan fasilitator itu seolah-olah bercakap seorang diri dan yang dengar cuma di barisan hadapan saja. Secara terang-terang G/Besar dan P/Kanan yang boring ini, ada yang tidur, ada yang keluar dewan dan bersembang diluar, ada yang terus balik, dan yang tinggal di dalam dewan ini terus bersembang dan ketawa dengan kuat sehingga tenggelam ceramah fasilitator tersebut. Menyedari ramai yang sudah boring fasilatator tersebut terus memberhetikan ceramahnya tanpa diadakan sessi soal jawab (agaknya BTN sekarang takut hendak berdialog dengan guru2 mengenai isu2 semasa) Kesimpulannya BTN. P.Pinang telah membuang masa dan duit saja(kerana terpakas menyedia sarapan dan makan tengahari dan membayar 2 orang fasilitator), Matlamatnya untuk menyuruh G/Besar dab P/Kanan menyokong MAHAFIRAUN tak tercapai. Malahan ramai G/Besar dan P/Kanan Sbg.Perai makin meluat dan berazam untuk memberi undi pada Barisan Alternatif. Oleh GB Meluat Kemungkaran P.Pinang.28 OKTOBER 1999 MENGGUNAKAN NAMA ORANG TERKENAL BUKAN PERKARA BARU Assalaamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pencinta keadilan.Habis kecoh satu negara pasal soalan peperiksaan menggunakan nama Mahafiraun dan kroninya. Guru tersebut juga khabarnya telah menerima ‘akibat’ dari keberaniannya itu. Tindakan tidak rasional pemimpin dan media (TV3 Suku terutamanya) menggembar-gemburkan hal ini sungguh mengaibkan warga pendidik. Isteri saya, seorang pendidik, mendedahkan kepada saya bahawa tindakan menggunakan nama orang2 terkenal (celebrities) di dalam soalan2 ujian dan peperiksaan bukanlah perkara baru yang nak diterperanjatkan. Berikut adalah buktinya (macam peguam pulak isteri saya ni): Tajuk buku : Bahasa Inggeris - Skor A dalam PMR Pengarang : Zulaikha Lau Abdullah & Lim Ah Yoo Penerbit : Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1999 Pada mukasurat P-19 buku di atas, soalan Text 7 (fill in the blanks) berbunyi begini: "Karpal Singh was a rich but bad-tempered old man. He was too stingy to give anything to the beggars and was unfriendly. His only hobby was counting his money. No one was surprised when one Sunday morning, he was found stabbed to death." Pada mukasurat 2-3 buku yang sama, terdapat artikel mengenai ‘Mohzani’ yang telah berjaya mendaki gunung Everest.Nengok tu, yang positif, dia guna nama kroni; yang negatif dan tak baik tu habis digunakan nama orang yang dibenci kerajaan. Namun begitu, warga pendidik dan rakyat secara amnya, masih lagi waras untuk tidak memperbesar2kan perkara ini. Mereka masih berpegang pada hakikat bahawa nama2 dalam soalan2 peperiksaan adalah rekaan semata2 (arbitrarily chosen) yang tidak ada kena-mengena dengan yang hidup atau yang mati.Tanyalah mana2 orang Malaysia pun siapa dia Karpal Singh. Walaupun ada beribu orang bernama Karpal Singh di Malaysia ni, namun yang seorang itu jugalah yang mula2 timbul difikiran mereka. Kenapa? Kerana dia seorang celebrity. Namun begitu, saya tidak rasa Karpal akan marah dan histeria kalau ia terdengar anaknya membaca soalan di atas, walaupun dia menyedari bahawa buku ini digunakan di seluruh Malaysia. Tetapi itulah yang sedang dilakukan oleh pembodek2 Mahafiraun yang kekeringan modal. Dengan nada emosional, mereka mengapi2kan lagi isu ini seolah2 guru tersebut seorang pengkhianat negara. Mungkin ada pula diantara kita yang tak dapat menerima alasan di atas (bahawa nama2 tersebut adalah kebetulan saja). Mungkin anda berkata: "Ianya terlalu obvious... nama2 Eric Chia, Daim, Mirzan dalam soalan yang sama! Dengan konotasi negatif pulak tu!" Kalau begitu, kita mesti tabik kepada guru tersebut kerana keberaniannya meluahkan perasaan. Setiap orang di antara kita punya cara yang tersendiri untuk meluahkan perasaan disaat kita diperas dan dizalimi. Zunar dengan kartunnya, Dinsman dengan sajaknya, Harun Din dengan ceramahnya, DSAI dengan seluruh jiwa raganya, guru2 pula dengan bahan2 pengajarannya! Pihak kerajaan pula janganlah asyik nak menuduh guru2 cuba mendidik pelajar2 membenci pemimpin negara. Menurut isteri saya, pelajar2 sekarang amat peka dengan perkembangan politik semasa. Tanpa disuruh2, mereka akan menggunakan nama2 seperti Mahafiraun, MahaShit dll dalam karangan mereka.Ada juga yang menggantung gambar Nik Aziz di tempat gambar Perdana Perdana Menteri dalam kelas mereka! Hatta anak saya di sekolah rendah pun sama. Satu soalan ujiannya menanyakan nama PM Malaysia, lalu anak saya tulis: "Mahathir Mat Kutty" (kami tak pernah beritahu dia begitu). Yang bestnya,jawapan itu diterima oleh gurunya. Padan muka kamu Mahathir!! Oleh Jebat Siber 28 OKT 1999 SUHAIMI IBRAHIM MUKA TEMBOK BERMUKA DUA Suhaimi Ibrahim, presiden Gabungan Pelajar Melayu Songsang (GPMS), diperkenalkan kepada Pak Utih oleh Anwar Ibrahim sendiri. Terus terang Pak Utih nyatakan, walaupun pada masa itu Suhaimi digembar-gemburkan sebagai pemimpin yang meningkat naik, pada firasat Pak Utih ada sesuatu yang tidak kena dengan perangai Suhaimi. Kini terbuktilah, Suhaimi seorang petualang, bukan pemimpin sejati.Rasa curiga Pak Utih kepada Suhaimi bersebab. Pertama, Suhaimi mengaku pemimpin belia dan pelajar, tetapi belia dan pelajar tidak pernah mengakui ketokohan Suhaimi. Ucapan dan cadangan Suhaimi tidak kritis atau membina, tetapi hambar dan cetek ilmu. Suhaimi lebih minat berhujah mengenai Erra Fazira atau Siti Nurhaliza, tetapi langsung tidak mengetahui keunggulan Malik Bennabi, Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA), Ishak Haji Muhammad atau lain-lain ilmuan. Ketokohan Suhaimi palsu. Kedua, Suhaimi bersikap talam dua muka. Sewaktu Anwar dipecat, Suhaimi beriya-iya menangisi nasib pemimpin Reformasi itu. Tetapi, Suhaimi kini mencaci dan menghina Anwar secara terang-terangan. Suhaimi boleh dikatakan kacang lupakan kulit, beruk peliharaan yang menggigit tangan tuannya sendiri.Ketiga, Suhami masih taksub dengan fesyen kepimpinan publisiti murahan yang dibenci oleh kumpulan belia dan golongan muda masakini. Walhal Suhaimi cukup sedar wajah tembok tidak lagi dapat menarik perhatian rakyat. Ini tidak membimbangkan Suhaimi kerana khidmatnya bukan untuk pelajar atau belia tetapi untuk diri sendiri dan MAHAFIRAUN.Pak Utih rasa pihak pelajar dan belia harus bertekad jangan memaafkan Suhaimi. Malah, Pak Utih merasakan wajar golongan ini memasang niat bertekad untuk menghapuskan Suhaimi dan karier politiknya. Jangan disimpan orang seperti ini. Eloklah disisihkan awal-awal. Pak Utih – Biar Suhaimi menangis, jangan nanti dia buat kita menangis! LAGI KERJA KEJI CUBA MENGAIBKAN SDR. ANWAR Para konspirator yang sudah menggelabah akibat pendedahan yang dilakukan oleh Sdr. Anwar dimahkamah telah cuba membuat bukti palsu di kementerian kewangan dibawah pimpinan Daim Zainuddin kononnya Sdr. Anwar meluluskan lesen judi kepada syarikat Diriwan di Sabah. Semalam (26 Okt 1999) pakar rekacipta bukti palsu terkenal negara Musa Hassan bersama pasukan penyiasat polis telah merampas fail Diriwan dari Kementerian Kewangan. Setelah sekian lama mereka cuba mencari bukti penyelewengan Sdr. Anwar di Kementerian Kewangan tetapi gagal, mereka merancang pula untuk merekacipta bukti semata-mata untuk memalukan Sdr. Anwar yang kononnya meluluskan lesen judi di Sabah. Mereka amat memerlukan bahan kempen untuk memburukkan Sdr. Anwar untuk menghadapi pilihanraya terkotor kali ini. Mereka cuba memalukan Sdr.Anwar supaya rakyat hilang simpati terhadap beliau. Maka mereka tidak mempunyai pilihan lain melainkan menggunakan pakar pereka bukti palsu terkenal Musa Hassan supaya dapat dihebahkan kononnya Sdr. Anwar meluluskan lesen judi kepada Diriwan. Untuk makluman semua lesen ini diluluskan olehMahathir dan Daim sebelum Sdr. Anwar menjawat jawatan Menteri Kewangan dan mula beroperasi semasa Sdr. Anwar menjadi Menteri Kewangan. Berjaga-jagalah dengan segala tektik kotor UMNO Dan BN pada pilihanraya kali ini. Sekian. Salam perjuangan dari Awang Siber KENYATAAN ORANG BONGKAK Kenyataan akhbar ada mengatakan bahawa PiiM hanya akan ke Mahkamah kerana isu liwat. Isu-isu lain tidak berbangkit. Lihat bagaimana kenyataan seorang yang cuba mengatur perjalanan mahkamah dan perbicaraan DSAI. Satu-satu manusia dalam sejarah Malaysia berulangkali mendahului Mahkamah. Kenyataan yang dibangkitkan dalam sidang media menunjukkan sifat menyombong diri dan cuba menidakkan perkara sebenar, iaitu perkara pokok yang tercetus tuduhan liwat. Fikirlah secara rasional, adakah buah (isu liwat) timbul sekiranya tiada pokoknya (konpirasi). Nampaknya kenyataan itu cuba menyembunyi sesuatu yang besar disebalik kes liwat DSAI. Bagi orang yang berakal, sesuatu yang terjadi mesti mempunyai jalinan cerita sebelumnya. Jalinan cerita inilah yang cuba disimpan rapi .... tapi kini telah dibongkar oleh DSAI. Sungguh jahat dan busuk aliran cerita tersebut. AKAL GUNA UNTUK BERFIKIR! ______________________________________________________ Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>