*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamulalaikum,

Syabas kita ucapkan kepada TPM dan para pemikir UMNO,
termasuk KP Jakim (yang masih belum mengisytiharkan
dirinya sebagai ahli UMNO) yang
akhirnya mengambil keputusan bahawa AJK Masjid di
seluruh negara akan dilantik oleh kerajaan kecuali di
negeri Kelantan dan Trengganu. Ini satu usaha yang
mirip dengan pemerintahan Mao Tze Tung yang satu
ketika dahulu  memiliknegarakan kesemua tanah dan
kekayaan negara untuk kebajikan semua. Dalam erti kata
lain, kini tibalah pula giliran institusi masjid untuk
dimilikUMNOkan oleh kerajaan, juga kununnya
untuk mengelakkan perpecahan di kalangan umat Islam.

Dari semenjak zaman lepas merdeka lagi, hampir kesemua
jentera pentadbiran kampung diUMNOkan. Ini termasuk
JKKK, KEMAS, Balairaya, dan
lain-lain lagi. Malah di negeri-negeri "BN tiga
serangkai" iaitu NS, Melaka dan Johor, AJK masjid
masih diwarisi oleh UMNO. Satu falsafah
perjuangan yang pernah dibanggakan iaitu "Melayu itu
UMNO, dan UMNO itu Melayu" masih berjaya dikekalkan
dari dulu, kini dan mungkin selamanya.

Kerajaaan sudah pasti akan melantik AJK masjid di
kalangan mereka yang sebulu dengannya. Dalam erti kata
lain, jika korum AJK tidak mencukupi
di kalangan ahli UMNO, mungkin ada di kalangan ahli
MCA dan MIC yang akan menjadi AJK Bersekutu. Ini
mungkin satu usaha murni kerajaan untuk
mendekatkan golongan bukan Islam kepada Islam. Satu
usaha serampang dua mata dalam melaksanakan usaha
dakwah. Satu tamparan buat PAS!

Rata-rata di seluruh negara, ramai ahli UMNO yang agak
liat untuk ke masjid. Malah ada di kalangan ADUN UMNO
yang tidak pernah muncul untuk
solat berjemaah dengan pengundi. Dengan melantik AJK
di kalangan ahli UMNO, mungkin hati mereka akan
terbuka untuk sujud di rumah Allah lebih
kerap.  Mereka akan mula berminat untuk mempelajari
Islam. Akhirnya, jika ditakdirkan kefahaman Islam
mereka semakin jelas, sudah pasti
mereka akan meninggalkan ajaran salah dalam UMNO dan
mendekatkan diri kepada perjuangan Islam yang sebenar.
Satu bonus untuk PAS! 

Mentadbirkan masjid bukanlah satu kerja yang mudah.
Menyusun program ceramah, menyelenggara masjid,
mengaturkan keperluangan kewangan masjid
juga bukanlah satu kerja yang mudah. Ianya memerlukan
daya juang dan pengorbanan yang tinggi. Kita semua
sedia maklum akan perwatakan ahli UMNO yang lebih
bersifat kebendaan. Bila mereka yang mentadbirkan
masjid, barulah mereka tahu akan susah senangnya
menguruskan sebuah
institusi yang berkait rapat dengan soal keimanan dan
hidup mati. Semoga mereka dapat berubah menjadi mukmin
yang sejati dan lebih bersikap amanah dalam
menguruskan kewangan masjid. PAS mungkin boleh
menubuhkan satu AJK bayangan bersifat Hizbah yang akan
sentiasa memantau aktiviti yang dijalankan oleh AJK
masjid di kalangan ahli UMNO.

Peluang yang luas akan terbuka kepada penceramah bebas
yang pro-UMNO
yang selama ini digam oleh jemaah. Dengan peruntukan
yang besar dari kerajaan, sudah pasti kadar bayaran
kepada penceramah seperti Astora
Jabat, Mahadzir Khir, Ramlah Adam, Umi Hafilda akan
berlipat ganda bila mereka menyampaikan kuliah atau
tazkirah. Malah mungkin Ibrahim Ali
akan menjadi khatib jemputan di seluruh negara. Satu
peluang keemasan untuk mereka melipatgandakan  fulus!

Cuma satu saja yang kita rasa agak khuatir. Jika
kesemua masjid di seluruh negara ditadbir mengikut
sistem BRIG. JENERAL HAMID ( KP Jakim)
 seperti di Masjid Negara, akan wujudlah
sekurang-kurangnya 7 imam di setiap masjid sebagai
satu tanda protes rakyat. Maka bergema dan 
bersahut-sahutanlah laungan takbir setiap kali khutbah
Jumaat dibacakan dengan teks UMNO di seluruh negara.

Selamat mencuba kepada UMNO.

Wassalam

PAK ENGKU







     Prev | Next | Inbox

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Engku Hamid <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke