*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh;
…….sambungan…….

Kemudian ustaz Ahmad Jailani membaca sedikit petikan
daripada bahagian muqqadimah dalam kitab ‘Kanun
Jinayah Syariah’ dan sistem kehakiman dalam
perundangan Islam berdasarkan al-Quran/hadis yang
dikarang oleh Hj Said Hj Ibrahim.Pengarang kitab ini
memulakan dengan kata-kata,
“Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang.”

Perenggan 1
Segala puji-pujian bagi ALLAH yang bersifat dengan
EsaNya.Yang berkata dalam kitabNya al-Quranul Karim,
“Kenapa tidak ada beberapa orang daripada setiap
firkah (kumpulan) yang kerjanya ialah memahami agama,
yakni yang mempelajari ilmu.”
[ Apabila ada panggilan untuk pergi berperang, jangan
kesemuanya pergi berperang.Tetapi mesti ada sebahagian
daripada orang Islam yang tinggal di kampung halaman
yang kerjanya ialah memperdalamkan ilmu agama ALLAH
SWT. ]

Selawat dan salam ke atas seorang yang tidak ada nabi
selepas daripadanya, iaitulah selawat dan salam keatas
Nabi Muhammad s.a.w..Yang berkata, “Sesiapa yang
dikehendaki oleh ALLAH TA`ALA dengannya kebaikan, maka
diberikan kefahaman tentang agama.” 
Dan selawat dan salam juga keatas ahli keluarganya,
para sahabatnya dan para tabiin sehingga pada hari
qiamat.
[ Pengarang memulakan muqqadimah dengan satu ayat
daripada al-Quran dan satu hadis daripada Nabi s.a.w.
tentang pentingnya ilmu.Sebab itu, kita sebagai orang
Islam, mesti mau ada ilmu.Kalau kita tidak ada ilmu
atau tidak ada kefahaman, maka kita akan menjadi
manusia yang mudah diseleweng oleh syaitan; samada
syaitan manusia ataupun syaitan jin.Contohnya; ustaz
Ahnad Jailani bawa satu cerita yang berlaku beberapa
bulan yang lalu, yang pada ketika itu hangat
diperkatakan.Iaitu masalah penarikan tuduhan rasuah
keatas seorang menteri wanita dalam negara kita dengan
alasan bahwa tiada bukti yang kukuh.Lalu ustaz Ahmad
Jailani yang juga seorang peguam, memberitahu kita
dari segi aspek perundangan yang sebenarnya dalam kes
sebegini.Dalam kes ini, penuduh yakni saudara Ezam ada
menyimpan satu dokumen rasmi kerajaan.Setelah dokumen
itu disiasat, maka didapati ada kes ‘primafacie’
terhadap menteri wanita berkenaan.Yang dikatakan
‘primafacie’ kes ni, ialah ada bukti untuk mengheret
seseorang itu ke mahkamah.Tetapi tiba-tiba pula, ada
seorang menteri yang lain mengatakan bahwa kes
berkenaan tidak dibawa ke mahkamah kerana tidak ada
bukti untuk mendakwa menteri wanita berkenaan.
Ok, disini kita ada 2 statement yang bercanggah.Yang
pertama tu ialah statement yang disebut sebagai
dokumentari, yang mana menyebut ada primafacie
kes.Manakala yang keduanya pula, adalah press
statement yang dikeluarkan oleh seorang lagi menteri
yang mengatakan bahwa kes itu tidak dibawa ke mahkamah
kerana tiada bukti.
Jadi, kita sebagai seorang yang mengaji agama, isu-isu
semasa disekeliling kita juga perlu diambil
kira.Sepatutnyalah kita dah boleh buat clarification
sendiri dalam kes seumpama ini.Lalu ustaz Ahmad
Jailani memberitahu bahwa dalam undang-undang negara
kita, ‘burden of proof’ ataupun beban pembuktian dalam
undang-undang sekular yang diguna-pakai dalam negara
kita hari ini; dia ada 2 :
i) Primafacie - Ia adalah datang daripada bahasa
Latin.Manakala, orang putih bermaksud ‘clear’.Maknanya
dalam bahasa kita pula ialah jelas ada bukti.
ii) Beyond reasonable doubt – bahasa kita ialah
melampaui keraguan yang munasabah.
   Bilakah kita guna ‘primafacie’?…Kita gunakannya
bila kita nak dakwa seseorang.Seperti kita siasat
seseorang; betul ka dia bunuh orang, betul ka dia ni
mencuri, betul ka dia ni makan rasuah; kemudian bukti
yang kita cari itu pula cukup sekadar
‘primafacie’.Lalu bolehlah kita bawa dia ke
mahkamah.Tapi nak kata dia bersalah ataupun tidak
bersalah, tak cukup dengan ‘primafacie’, maka
disinilah perlunya ‘beyond reasonable doubt’.
( Saya kalih sikit tengok sahabat-sahabat sekuliyyah
ketika itu, nampak lagu ada yang pening nampaknya.Mau
tak pening; ayat Quran pun ustaz bagi, hadis Nabi pun
ustaz bagi, kemudian yang sekular pun ustaz bagu
juga.)
Contohnya; katakanlah nak dakwa sipolan itu mencuri
kerana kita jumpa barang curi dalam rumah dia.Maka
bila kita jumpa barang curi dalam rumah dia, inilah
dia yang dikatakan ‘primafacie’ kes.Maknanya, kita ada
bukti untuk bawa dia ke mahkamah.Tapi nak kata sipolan
itu benar-benar yang mencuri, belum tentu lagi
betul.Kemudian , perbicaraan pun dijalankan dengan
memanggil pegawai penyiasatnya dan juga saksi-saksinya
untuk memberi keterangan.Tetapi dengan kebijaksanaan
peguam-bela yang menyoal saksi-saksi, sehingga
menerbitkan ragu-ragu pada saksi-saksi itu, maka
akhirnya kes terpaksa ditutup kerana ada keraguan yang
munasabah.Jadi, maknanya kes ini ada ‘reasonable
doubt’, kerana tak tau siapa sebenar yang ambil barang
bukti itu, kemudian pi bubuh kat rumah tertuduh.Jadi,
dalam kes ini, walaupun kita ada primafacie, tetapi
diakhir perbicaraan ada keraguan, maka tertuduh akan
dilepaskan.Inilah dia proceeding yang berlaku di
mahkamah sekular dalam negara kita hari ini.
Berbalik kita kepada kes Menteri wanita tadi.Dan apa
yang kita sudah faham dengan contoh yang diberi di
atas, maka kalau kita ikut proceeding mahkamah sekular
sekalipun, sepatutnyalah si menteri wanita ni sudah
boleh dihadapkan ke mahkamah.Kita tak tuduh dia makan
rasuah lagi, tapi bukti menunjukkan bahwa ada
‘primafacie’.Buktinya sepertimana yang ada dalam
dokumen itu, iaitu seperti diberi beberapa allocation
kepada menantunya dan sebagainya.Maka ini adalah suatu
pergerakan yang mana boleh menyebabkan wujudnya
‘primafacie’.Jadi, sepatutnya si menteri wanita ni,
boleh diheret ke mahkamah; tapi sebab apa ada seorang
menteri lain tiba-tiba kata dalam suratkhabar, yang
kes ini tidak ada bukti? Apa maksudnya yang dia kata
‘tidak ada bukti’?…Sedangkan dokumen kerajaan itu
dengan jelas mengatakan ada bukti ‘primafacie’.
   Jadi, tujuan ustaz Ahmad Jailani bawa mai cerita
sebegini sebab dia nak bagitau bahwa kalau kita tidak
belajar ,maka kita akan mudah percaya kepada statement
yang dibuat oleh sesiapa sahaja.Tetapi kalau kita
belajar, apabila ada isu-isu semasa sebegini, kita
akan dapati bagaimana ada manusia yang sanggup
memperdayakan manusia yang lain.Sebab itu, kita
perlukan kepada ilmu, sebagaimana yang ditekankan oleh
Hj Said Hj Ibrahim dalam muqqadimah kitabnya ‘Kanun
Jinayah Syariah’. ]

Perenggan 2.
Pengarang menyatakan bahwa bagi orang-orang yang
beriman yang menghayati hukuman ALLAH/RasulNya,yakni
yang berteraskan al-Quran/hadis; adalah suatu
keyakinan yang lahir dari keimanan mereka.Berkeyakinan
bahwa syariat Islam adalah mengandungi bermacam-macam
jenis hukum syara`.Yang didapati hukum-hukum tersebut
di dalam kitab-kitab fekah mazhab
Hanafi/Maliki/Syafii/Hambali.
[ Dalam perenggan kedua ini, pengarang nak bagitau
bahwa bila kita sudah beriman, maka akan terbitlah
dalam diri kita suatu kepercayaan/keyakinan kepada
hukum ALLAH SWT.
Oleh kerana hukum-hukum ALLAH boleh didapati dalam
kitab-kitab fekah daripada 4 buah mazhab yang disebut
tadi, maka ini bermakna fikiran kita mesti
terbuka/mengetahui adab-adab berselisih pendapat.Yakni
kita mesti raikan juga pendapat-pendapat kawan-kawan
kita daripada mazhab yang lain.Jangan cepat nak
bergaduh dalam perkara-perkara furu`iyah.Sebagai
contoh; satu pihak nak baca talkin.Tak jadi masalah
apa-apa, silakan baca.Kemudian yang satu pihak lagi,
tak mau baca talkin pulak.Pun tak memudaratkan
apa-apa.Tapi kalau masing-masing nak bermuzakarah
pasai bab talkin, maka berbincang lah elok-elok dalam
suasana ilmiah.Bawalah hujah masing-masing, tapi pada
penghujung perbincangan itu, jangan pulak bawa kepada
ber‘masam muka’.Begitu jugalah, jangan dok masam muka
tak tentu pasal dalam bab baca qunut atau bab baca
Yaasiin malam Jumaat, kerana semua ini adalah perkara
kecil sahaja, yang tak sepatutnya kita bergaduh pasai
benda-benda kecik lagu ni.Jadi, kalau masing-masing
ada pendapat, maka masing-masing peganglah pada
keyakinan masing-masing.
Lalu ustaz Ahmad Jailani pun bercerita supaya kita
tidak jadi seperti apa yang berlaku di sebuah kampung
di Temerloh, tak lama dulu.Puncanya terjadi kekecohan
ialah hanya kerana tok imam tak baca doa kedua
(penutup) selepas solat/wirid.Maka salah seorang
daripada makmum pun marah.Lalu si makmum yang marah ni
pun pi tunggu dan sekat tok imam di luar
masjid.Tuan-tuan tau apa yang dia buat kat tok imam
tu?…Dia bagi penampar kat muka tok imam tu,
tuan-tuan.Yang ni lah yang dikatakan bergaduh tak kena
tempat kerana tok imam tu tak buat benda sunat
saja.Memang betul , ada masa-masa tertentu yang perlu
dibenarkan oleh hukum syara` untuk membenarkan kita
bergaduh.Misalannya; apabila kita tengok anak muda
heret anak dara orang naik motor.Kita boleh pi sekat
depa, suruh depa turun pasai depa tak kahwin lagi.Yang
macam ni lah, kita mau bergaduh pasai clear depa buat
maksiat.Tapi awat kita tak berani nak sekat/balun mat
motor yang bawa anak dara orang tu? Pasai apa kita
berani sangat kat tok imam yang sudah tua? Sebab itu,
kita perlulah tahu membezakan akan keadaan macamana
yang membolehkan kita bergaduh dan keadaan macamana
yang tak perlu kita bergaduh.Dan juga kita perlu tahu
juga keadaan macamana perlu kepada kaedah ‘syaddid’
(tegas) dan keadaan macamana yang perlukan kelembutan.
]
Di dalam perenggan ke 2 ini juga, pengarang menekankan
bahwa sebahagian daripada sumber hukum hendaklah kita
ambil daripada kitab-kitab fekah yang ditulis oleh
imam-imam mazhab.Oleh itu, kita janganlah mudah
mengambil sikap gelojoh dalam masalah hukum fekah
kerana banyak lagi sumber-sumber rujukan yang perlu
diteliti sebelum membuat sesuatu keputusan tentang
hukum fekah.
[ Sebagai contohnya, ustaz Ahmad Jailani membawa kita
mengimbau kembali ingatan kita kepada kes Halimatun
Saadiah yang berlaku beberapa tahun yang lalu.Yakni
kes Halimatun Saadiah dibuang kerja kerana pakai
purdah.Dalam kes ini, peguam yang mewakili pihak
majikan yang didakwa telah memanggil seorang mufti
dalam negara kita ini supaya memberi keterangan
sebagai ‘expert evidence’ di mahkamah.(Oleh kerana kes
ini berhubung dengan hal ehwal agama Islam, maka
mereka pun panggil seorang yang pakar dalam bab agama
sebagai ‘ expert evidence’, yaknilah seorang mufti
dalam negara kita). Maka soalan pertama yang diajukan
oleh peguam yang mewakili majikan kepada mufti itu
ialah,“Ada atau tidak, ayat dalam al-Quran yang
mewajibkan wanita Islam pakai purdah?”…Lalu mufti
berkenaan jawab,“Tidak ada.”…Ini bermakna tak ada
hukum dalam Quran yang menyuruh wanita pakai
purdah.Oleh kerana keterangan itu dinyatakan oleh
seorang pakar dalam bab agama, manakala peguam yang
mewakili Halimatun Saadiah pula bukan seorang Islam
(yakni Sikh), maka peguam Halimatun ini tidak tahu
akan hukum agama, lalu tidaklah dapat ia melakukan
‘cross examine’ balik terhadap saksi (mufti) itu.
Kemudian kata ustaz Ahmad Jailani bahwa kalau lah
peguam yang mewakili Halimatun ketika itu adalah dari
kalangan peguam syariah, yang punyai ilmu dalam
undang-undang syariah, maka tahulah mereka macamana
nak ajar balik si mufti itu supaya bercakap benar
dalam mahkamah.Jangan dok cakap separuh jalan.Seorang
mufti sepatutnya ikhlas, terutamanya kepada seorang
wanita Islam yang cuba untuk menghayati salah satu
hukum dalam ajaran Islam, iaitu memakai purdah.Ustaz
Ahmad Jailani kata kalau dialah yang jadi peguam
Halimatun Saadiah ketika itu, maka dia akan ‘cross
examine’ balik mufti tu dengan soalan,“Sumber hukum
syariah ada berapa dalam ajaran Islam?”…Mufti tu mesti
jawab,“Ada 3.Yang pertamanya adalah kitabullah
(al-Quran).Yang keduanya ialah as-Sunnah (hadis
Nabi).Dan yang ketiganya ialah daripada qaul fuqaha`
(pendapat-pendapat ahli-ahli fekah), yang membawa
makna dengan ijmaknya, qiasnya, dan sebagainya.”…Jadi,
ini bermakna kalau tidak ada dalam Quran, pi lah cari
dalam hadis Nabi.Kemudian kalau dalam hadis Nabi pun
tidak ada, maka tengoklah pula pendapat-pendapat para
ulama seperti ijmak dikalangan ulama dan qias yang
dibuat oleh ulama-ulama Islam dan sebagainya.Jadi,
dalam masalah pakai purdah ini, kalau tak dak dalam
Quran, pi tengok pula dalam hadis Nabi.Mungkin dalam
hadis Nabi ada percanggahan pendapat ,tak pa, kita
rujuk pula kepada sumber yang ketiga.Yakni qaul
fuqaha` iaitu pendapat-pendapat ahli fekah.Ok la ni,
kita mazhab apa di M`sia ni?…Semua orang nanti
jawab,“Mazhab Imam as-Syafii.”…Jadi, la ni cuba kita
tengok qaul yang masyhur dalam mazhab Imam Syafii kata
apa tentang pakai purdah bagi wanita?…Jawapannya ialah
wajib, tuan-tuan woi!…Memang lah dalam mazhab Imam
Syafii sendiri, terdapat banyak pendapat dalam hal
ini.Seperti ada juga yang kata tak wajib, ada juga
yang kata muka wanita adalah aurat, kemudian ada pula
yang kata muka wanita bukan aurat tapi wajib tutup,
dan sebagainya.Tetapi yang kita nak sebut ialah qaul
atau pendapat yang paling masyhur dalam mazhab Imam
Syafii dalam masalah muka wanita ni ialah wajah wanita
bukan aurat tetapi wajib ditutup kerana takut
fitnah.Maksudnya begini; katakanlah bila seorang
wanita berjalan ,tiba-tiba ada orang lelaki dok perati
dan kenyit mata kat wanita itu.Ataupun rakan kerja
lelaki sepejabat dengan wanita itu asyik mengelamun
panjang tengok ke muka wanita itu, jadi bila sampai ke
tahap begini, maka wajiblah wanita itu pakai purdah
kerana mukanya membawa fitnah.Tapi kalau tuan-tuan nak
pegang dengan pendapat daripada mazhab-mazhab lain,
tak jadi masalah, silakan.Tapi cumanya yang kita nak
sebut bahwa di dalam mazhab Imam Syafii sendiri, qaul
yang paling masyhur kata wajib pakai purdah.
Sekarang kita berbalik kepada mufti itu tadi.Sebagai
seorang mufti, sepatutnya dia faham dengan apa kita
perbincangkan tadi.Tapi masalahnya, pasai apa mufti
yang dalam kes Halimatun Saadiah itu, tidak mahu
mendedahkan kepada mahkamah bahwa dalam mazhab Imam
Syafii sendiri ,pakai purdah itu wajib?…Yang ni yang
dikatakan ,ada juga mufti dalam negara kita yang tak
berapa ikhlas ,yakni bercakap hanya sekerat mengenai
hukum agama.Mereka tak mahu ‘disclosed’ hukum-hukum
agama ,yang menyebabkan adanya diantara wanita-wanita
Islam kita yang teraniaya.Sebab itu, kita merasa tidak
pelik ,kenapa di dalam negara kita hari ini; orang
pakai purdah boleh dibuang kerja, tapi orang yang
pakai miniskirt pula tidak dibuang kerja.Malah
dialu-alukan pula.Ini adalah kerana orang yang pakai
purdah ,dia tak boleh layan nafsu seks boss dia.Tapi
orang yang pakai miniskirt ataupun yang tak pakai apa
langsung inilah yang boleh melayan nafsu syahwat boss
mereka.Kalau ada ramai wanita-wanita yang bertelanjang
begini di pejabat, maka boss akan rajin datang awal ke
pejabat.Datang awal bukan rajin nak buat kerja  tapi
datang awal kerana suka tengok peha yang
gebu-gebu.Inilah contoh yang berlaku dalam masyarakat
kita hari ini.
Sebab itu, muslimin/muslimat sekelian , dalam hal
hukum hakam agama, kita perlu ‘strict’/tegas dan kita
juga berharap kepada ahli-ahli agama dalam negara kita
pada masa yang akan datang, mereka lebih ikhlas dalam
menyatakan tentang hukum agama, supaya tidak ada lagi
umat-umat Islam yang teraniaya kerana
kenyataan-kenyataan pakar-pakar agama sendiri yang
tidak jujur dalam bercakap tentang soal agama. ]

…….bersambung…….



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail – Free email you can access from anywhere!
http://mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to