*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Jawatan KETUA PERGERAKAN PEMUDA PUSAT Latarbelakang: Mohamad Ezam Mohd Nor muncul sebagai tokoh muda paling kontroversi dalam gerakan reformasi apabila dakwaan beliau bahawa bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor bertanggungjawab memukul Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disahkan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja lima bulan selepas itu. Mendapat pendidikan awal di Sekolah rendah Salak Selatan dan kemudiannya di Victoria Institution, Kuala Lumpur, Ezam muncul sebagai salah seorang pelajar terbaik apabila memperolehi 8A dalam peperiksaan SRPnya. Beliau meneruskan kecemerlangan akademiknya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) selepas itu sehingga memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi. Selepas memperolehi pengajian peringkat tingginya, Ezam meneruskan kerjaya dalam bidang keilmuan dengan menyertai Institut Kajian Dasar (IKD) sebagai pegawai penyelidik dan mendaki tangga kerjayanya dengan cemerlang sehingga dilantik ke kerusi Timbalan Pengarah. Pada tahun 1994 disemarakkan dengan semangat dan idealisma perjuangan datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu melakukan reformasi total dalam semua aspek kehidupan bagi melahirkan mesyarakat Malaysia yang lebih dinamik, insani tetapi pada masa yang sama bersifat global, Ezam mengambil keputusan untuk menyertai politik dan memilih UMNO sebagai platform perjuangannya. Dengan latarbelakang keluarganya yang terdiri daripada aktivis UMNO, Ezam dengan mudah menyesuaikan diri dengan dunia politik dan beliau kemudiannya terpilih untuk mengetuai Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian PJ Selatan. Pada 1 November 1996, Ezam yang masih muda dan sedang dalam proses mendalami ilmu politik tempatan, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar di Kementerian Kewangan. Dari situ beliau dengan pantas sekali mempelajari sistem politik negara dan pentadbiran negara - kali ini secara langsung daripada orang yang berada di kerusi nombor dua pentadbiran kerajaan. Dua tahun kemudian beliau memenagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian pada usia 31 tahun dan mencatat sejarah sebagai penyandang jawatan tersebut yang termuda di Malaysia sehinggalah saat dipecat dari UMNO oleh Dr Mahathir pada tahun 1998. Selepas Datuk Seri Anwar ditahan dibawah ISA, Ezam meneruskan gerakan reformasi dari luar negara dengan tugas-tugas diplomasi selama hampir enam bulan di Jakarta dan seluruh negara ASEAN sebelum mengambil keputusan untuk kembali ke tanahair untuk mengetuai Pergerakan Pemuda keADILan.n ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: [EMAIL PROTECTED]