*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Petikan dr utusan...mari kita bincang..!

Graduan sastera perlu pelbagaikan ilmu

                    Saudara Pengarang,
                    SAYA terpanggil untuk memberi
pendapat mengenai isu pengangguran di
                    kalangan graduan sastera yang
menjadi perbualan hangat kebelakangan
                    ini.

                    Sejak timbulnya isu berkenaan,
banyak pandangan yang mendesak
                    universiti tempatan hanya perlu
menyediakan kursus-kursus pengajian
                    mengikut kehendak pasaran manakala
kursus-kursus beraliran sastera
                    dan sosial patut dihentikan.

                    Isu ini muncul ekoran pendedahan
Majlis Tindakan Ekonomi Negara
                    (MTEN) yang menyatakan bahawa 94
peratus daripada 24,728 siswazah
                    lepasan institusi pengajian tinggi
(IPT) yang mendaftar untuk mengikuti
                    skim siswazah menganggur (SSM)
merupakan golongan bumiputera.

                    Kenyataan yang dibuat oleh
Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Mustapha
                    Mohamad itu juga meletakkan
kesalahan pemilihan kursus sastera
                    ataupun kursus-kursus yang tidak
diperlukan di pasaran kerja sebagai
                    punca pengangguran.

                    Awang Sulung dalam Utusan Malaysia
(14 dan 17 Mac 2002) pula
                    begitu lantang menyalahkan pelajar
Melayu yang tidak bercita-cita tinggi
                    dan hanya mengharapkan segulung
ijazah untuk menjadi seorang
                    pegawai kerajaan.

                    Begitu juga dengan pandangan
beberapa tokoh lain yang juga
                    mempunyai pandangan senada.

                    Sebagai graduan sastera saya
begitu kecewa dengan pandangan
                    sedemikian yang menganggap graduan
Melayu berfikiran sempit dan
                    tidak mahu berusaha untuk
meningkatkan diri dengan menceburi bidang
                    sains atau lain-lain yang bersifat
komersial.

                    Satu soalan yang ingin ditanyakan,
jika semua menjadi saintis, pakar
                    komputer atau doktor, siapa pula
yang akan mengajar anak bangsa
                    mengenai sejarah dan tamadun
Melayu? Samalah soalan jika semua
                    menjadi guru, siapa pula yang mahu
turun ke laut menangkap ikan? Jadi
                    nelayan.

                    Pengangguran di kalangan graduan
sastera sebenarnya tidak boleh
                    disalahkan pelajar Melayu dan
kepada universiti yang menyediakan
                    kursus-kursus aliran seperti ini
kerana tanpa penawaran kursus-kursus
                    yang bersifat "mudah" dan tidak
perlu memerah otak (pandangan Awang
                    Sulung) ini di mana hendak
diletakkan para pelajar yang kurang
                    cemerlang di peringkat SPM atau
STPM?

                    Statistik yang diberikan bahawa:
"32,375 pelajar memilih aliran sastera di
                    peringkat STPM manakala di aliran
sains hanya terdapat 15,623 pelajar.
                    Sebahagian besar pelajar di aliran
sastera adalah Melayu" sepatutnya
                    tidak disalahkan kepada pelajar
kerana bukan semua pelajar aliran
                    sastera mahu memasuki aliran
berkenaan.

                    Tetapi dengan tahap pencapaian
dalam peperiksaan SPM yang
                    diperoleh, mereka hanya layak
memasuki aliran sastera dan jika aliran
                    sastera tidak ada, sudah tentu
mereka akan menjadi penganggur lebih
                    muda atau kalau bernasib lebih
baik menjadi petani, nelayan yang tentu
                    nasibnya lebih malang berbanding
mereka yang beraliran sains.

                    Tanyalah pelajar-pelajar aliran
sastera ini mengenai cita-cita mereka
                    sejak kecil dan saya yakin hanya
segelintir sahaja yang akan
                    menyatakan bahawa mereka mahu
menjadi pegawai kerajaan apatah lagi
                    menjadi seorang sasterawan.

                    Mereka juga mempunyai cita-cita
besar untuk menjadi jurutera, doktor,
                    ahli fizik atau juruterbang.

                    Namun atas pelbagai sebab (yang
turut menjadi isu hangat sebelum ini)
                    mereka tidak begitu cemerlang di
peringkat sekolah memaksa mereka
                    menceburi aliran sastera yang
sebelumnya tidak wujud sama sekali di
                    dalam fikiran mereka sebelum ini.

                    Bagi saya punca utama pengangguran
di kalangan graduan sastera
                    adalah kerana graduan itu sendiri
tidak mahu mempelajari ilmu-ilmu lain
                    misalnya komputer dan hanya
mengharapkan pekerjaan yang
                    berasaskan ijazah yang mereka
miliki.

                    Namun begitu ia tidak bermakna
semua graduan terbabit tidak
                    mempunyai asas-asas kemahiran lain
seperti mana yang dikehendaki
                    oleh pasaran pekerjaan tetapi
disebabkan keadaan ekonomi yang tidak
                    menentu dan juga persaingan dengan
graduan bukan sastera yang turut
                    menganggur, menyebabkan mereka
terpinggir.

                    Apa yang penting sekarang ialah
para graduan sastera perlu menambah
                    ilmu kemahiran mereka dalam bidang
bukan sastera dan menjadikannya
                    senjata utama untuk mendapatkan
pekerjaan.

                    Manakala ijazah yang diperoleh di
peringkat universiti hanya perlu
                    dianggap sebagai batu loncatan
bagi mendapat status atau gelaran
                    graduan.

                    Berasaskan pemikiran ini dan
dengan kemahiran komputer yang saya
                    miliki (melalui pendidikan tidak
formal) saya mampu bekerja dengan
                    selesa dan mendapat gaji yang
setanding dengan graduan dari aliran
                    sains. Malah ilmu sastera yang
saya pelajari di universiti telah lama
                    tenggelam di bawah timbunan ilmu
dan kemahiran komputer.

                    Saya bersetuju dengan pandangan
Awang Sulung bahawa kita tidak
                    boleh lagi berfikiran sempit dan
mengharapkan makan gaji dengan
                    kerajaan. Kita perlu berusaha
untuk bersaing dengan graduan dari aliran
                    sains dan jalan ke arah itu
sebenarnya sudah terbuka luas. Apa yang
                    pasti kita perlu menggandakan
usaha dan pandai mencari haluan. -
                    PEMAJU INTERNET LULUSAN SASTERA,
Kuala Lumpur.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Movies - coverage of the 74th Academy Awards®
http://movies.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Irsa Zain <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke