*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum sehinggalah mereka merubahnya dengan diri mereka sendiri... " (Al-Quran 13:11) KAMI, barisan pelajar Malaysia di Kotaraya London dengan penuh rasa bertanggungjawab kepada tanahair Malaysia, dan didorong oleh kesedaran untuk mencintai dan mempertahankan keadilan, menyeru kepada ibubapa KAMI, saudara mara, golongan profesional, ulamak dan pendidik, para siswazah dan pelajar di semua institusi pengajian, serta seluruh rakyat Malaysia supaya bersedia untuk membuat perubahan ke arah Malaysia yang lebih harmoni dan berwibawa dengan memberikan undi dan sokongan kepada Barisan Alternatif (BA) di dalam Piliharaya Umum Ke-10 yang akan berlangsung pada 29 November akan datang. Seruan ini dibuat sebagai cetusan daripada rasa tanggungjawab KAMI untuk melihat masyarakat Malaysia hidup di dalam suasana yang lebih baik menjelang alaf baru sebagai tanda penghargaan kami kepada rakyat yang telah bersedia berkorban 'menaja pengajian kami' melalui biasiswa dan sumbangan yang diberikan. Berfikir dan bertindak secara profesional yang menjadi teras identiti KAMI, telah sekian lama memperlihatkan perubahan positif kepada minda para siswazah Malaysia di Kotaraya London untuk lebih celik serta meletakkan maruah dan kepentingan rakyat sebagai sasaran perjuangan kami. Kotaraya London yang pernah menjadi pusat melahirkan pendukung kepimpinan negara terpaksa akur dengan realiti bahawa apabila UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah menyimpang dari nawaitu asalnya,maka sewajarnyalah mereka ditolak. Kelab Umno London kini hanya tinggal nama dan terpaksa mengimport taktik-taktik kotor kepimpinan tertinggi mereka di tanahair untuk memastikan ia terus bernadi. Kemarau keahlian yang begitu meruncing telah mendorong mereka untuk memaksa pelajar A-Level meramaikan Mesyuarat Agung Kelab UMNO London sebagaimana yang dilakukan oleh BN di dalam sesi perternuan bersama rakyat di segenap penjuru tanahair dewasa ini. Oleh yang demikian, KAMI berkeyakinan bahawa perubahan di Kotaraya London ini wajar diteruskan kesinambungannya dengan membuat perubahan yang lebih mendasar dan penting di dalam kepimpinan negara melalui Pilihanraya Umum Ke-10 akan datang. Ini adalah sejajar dengan realiti bahawa UMNO dan BN sudah sampai kepada kemuncak korupsi dan pencemaran amalan demokrasi berdasarkan kepada fakta-fakta berikut: Mengkesampingkan Suara dan Hak Rakyat - BN telah mencemari asas amalan demokrasi yang menghormati hak rakyat yang telah dipersetujui bersama oleh semua bangsa dengan menguatkuasakan akta-akta yang zalim termasuk akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan Dan Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU). - Menyekat kebebasan media untuk memberikan laporan yang lebih adil dan saksama dengan mengeksploitasi jentera-jentera utama kerajaan untuk berkempen secara 'berat sebelah' dan menutup suara pembangkang dari pengetahuan masyarakat. Sikap ini boleh ditafsirkan sebagai pendirian UMNO dan BN yang memperkecilkan kewibawaan minda rakyat untuk berfikir dan membuat pendirian sendiri. Hal ini tidak berlaku di negara-negara lain yang mengamalkan demokrasi termasuk Britain yang memberikan laluan kepada semua pihak untuk menyampaikan mesej, cadangan, dan kritikan masing-masing secara aman dan bebas di saluran-saluran rasmi media mereka. Kerajaan yang tidak mempercayai kewibawaan rakyatnya, tidak wajar lagi diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah! Mencemarkan Kepercayaan Rakyat Terhadap Institusi-lnstitusi Penting Negara - Tindakan UMNO dan BN memusatkan pengagihan kuasa kepada kepentingan individu di dalam parti telah mendorong sistem kehakiman untuk tidak lagi dilihat sebagai suatu institusi bebas yang bertanggungjawab memelihara kemuliaan undang-undang, perlembagaan negara serta kelangsungan keadilan di dalam masyarakat. Kes pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Saleh Abbas dan kes perbicaraan Dato' Seri Anwar lbrahim adalah contoh yang nyata kepada kenyataan ini. - Menggunakan pihak polis untuk menakut-nakutkan orang ramai telah melahirkan kebimbangan rakyat tentang potensi keamanan negara dan menghilangkan kepercayaan mereka kepada slogan 'Mesra Rakyat' pihak polis. Krisis kepercayaan rakyat kepada Institusi Kehakiman dan Polis adalah isyarat utama kepada berleluasanya penyalahgunaan kuasa oleh kepimpinan negara yang diterajui oleh UMNO dan BN. - Ketidaksediaan Badan Pencegah Rasuah untuk menjalan siasatan secara adil dan telus kepada penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa pemimpin UMNO dan BN yang mengaut keuntungan peribadi melalui kedudukan inasing-masing. Amalan Kronisma dan Nepotisima di Dalam Pentadbiran Perbendaharaan Negara. - Penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin-pemimpin yang telah mengumpulkan kekayaan melalui kedudukan mereka. Amalan kronisma dan nepotisina sudah diterima pakai sebagai budaya peinimpin UMNO dan BN. Ini telah mendedahkan rakyat kepada tekanan ekonomi dan 'kecurian hak' yang serius. - Pembaziran harta negara di saat kegawatan ekonomi melalui projek mega yang bercanggah dengan keutamaan yang sepatutnya disalurkan ke arah menaikkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang masih merupakan majoriti rakyat. Krisis Sosial Yang Semakin Meruncing - Sikap pemimpin UMNO dan BN yang tidak serius menangani permasalahan sosial yang melanda masyarakat, khususnya golongan remaja adalah petanda bahawa jika mereka terus diberikan mandat memerintah, masyarakat akan semakin pincang dan akhirnya pembangunan material juga akan dengan sendirinya lumpuh bilamana kualiti tenaga manusia sudah gersang daripada nilai-nilai murni yang menjadi teras kehidupan masyarakat Malaysia sejak sekian lama. - Slogan 'Bersih, Cekap dan Amanah', 'Kepimpinan Melalui Teladan' dan sebagainya, hanya tinggal slogan kosong tanpa makna. Pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh kepada rakyat telah berubah menjadi barisan pertama yang mengkhianati slogan-slogan yang mereka sendiri laungkan sedikit masa dulu. Oleh yang demikian... KAMI, pelajar Malaysia di Kotaraya London yang telah sekian lama menekuni pemasalahan ini, optimis dengan penuh yakin bahawa tidak ada jalan lain untuk mengeluarkan masyarakat daripada belenggu krisis menyeluruh ini, selain daripada memberi peluang kepada muka-muka baru yang lebih berwibawa di dalam Barisan Alternatif untlik membuktikan kemampuan mereka. Gabungan padu tokoh-tokoh ulamak dan profesional, kerjasama masyarakat berbilang kaum yang bersatu menuntut keadilan berserta doa dan sokongan padu segenap lapisan masyarakat, diyakini akan membawa Malaysia ke arah yang lebih sejahtera, seimbang, berwibawa dan dihormati menjelang alaf baru. Peluang ini mestilah dijelmakan dalam bentuk sokongan padu segenap lapisan masyarakat kepada Barisan Alternatif (BA), dan kemuncaknya adalah undian jitu kepada calon-calon BA menjelang Pilihanraya Umum ke-10 pada 29 November akan datang. Sekali lagi, KAMI para pelajar Malaysia di Kotaraya London menggesa rakyat supaya memanfaatkan pilihanraya akan datang untuk bangun dan berjuang menentang kezaliman dan menyucikan negara daripada krisis yang merugikan rakyat dan generasi akan datang. "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum sehinggalah mereka merubahnya dengan din mereka sendiri... " (Al-Quran 13:11) KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL, Abdullah AI-Muqsit, Wakil Pelajar Malaysia Kotaraya London Jumaat, 19 November 1999. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: [EMAIL PROTECTED]