Assalamualaikum wbr....
Minta pendapat semua.....
Masa cuti baru - baru nie saya ada ke pekan
dikampung saya,maka semasa perjalanan pulang dari pekan tersebut ke rumah
orangtua ,saya berhenti seketika melayani penjual -penjual jalanan...sambil
melayan tu terpandanglah saya kearah seorang peniaga Melayu yang jualannya
menarik minat saya.....Ayat -ayat Al-Quran dalam berbentuk khat....tetapi
setelah diteliti dengan dekat ayat-ayat tersebut dipertontonkan ( dibuatkan )
dalam bentuk permainan yang dikenali sebagai JIGSAW
PUZZLE
( permainan yang menggunakan minda untuk
mencantukkan kepingan2 gambar )....maka saya pun berkesempatan meminta
penjelasan dari peniaga Melayu tersebut....."katanya kebanyakan yang membeli
permainan itu kebanyakannya orang dewasa..dan mereka biasanya menjadikan
permainan tersebut sebagai perhiasan rumah ".Saya sempat membelek permainan
tersebut dan mendapati ianya berasal dari sebuah negara jiran diutara...(
tertulis perkataan yang menjadikan ianya identiti negara tersebut ).Setibanya di
rumah saya cuba mencari no.telefon MAIP ( Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat
Perak ) tetapi hampa tiada orang bekerja hari tu....Saya menelefon sebuah akhbar
petang berbahasa Melayu cawangan Perak ....dan wakil akhbar terbabit akan
meminta rakannya yang berdekatan dengan pekan saya menyiasat dan melaporkannya
kepada umum.
Apa yang menjadi kemusykilan kepada
saya:
i. Andaikata ayat -ayat Al-Quran tersebut terjatuh
( dibeli ) oleh orang Melayu Islam ianya mungkin dapat memanfaatkan ayat
tersebut...Alhamdulillah
ii. andai ianya dibeli oleh orang Melayu yang tidak
faham akan Islam....maka ayat -ayat tersebut mungkin akan dimainkannya bersama
anak-anak.....( tanpa wuduk !!!! ) atau
iii.andai ianya dijual dan dibeli oleh orang -orang
bukan ISLAM.....???? MasyaALLAH.
Bayankanlah.....harap -harap pendedahan ini dapat
diambil tindakan oleh pihak yang berwajib.....
Wassalam .
|