Khabar 6
======
Pada 29-09-99, di kg Sungai Mati Langgar, lebih kurang 12 km dari alor setar, dalam parlimen POKOK SENA, diadakan satu ceramah bersama puteri REFORMASI, Nurul Izzah. Memang ramai orang yg hadir, terutama anak2 muda. Mereka pun mungkin dah tak minat siti norhaliza sebab mengampu mamak nyanyok, sekarang ini beralih selera untuk mendengar suara dan rintihan puteri REFORMASI. Dianggarkan 4000 orang hadir. Difahamkan ceramah nurul izzah, pada awalnya akan dibuat berhampiran masjid sungai mati. Oleh kerana terdapat bantahan dari org2 tertentu, penganjur memindahkan tempat tersebut. Walaupun dalam hutan pisang, orang ramai datang. Tak kira hujan, selut atau gelebok, mereka berasak2 untuk meramaikan ceramah disamping menunjukkan simpati kepada anak seorang pejuang yang dizalimi oleh mamak nyanyok. Konspiratornya termasuklah sanusi joget. Syabas Nurul Izzah. Semasa Izzah berucap, orang ramai begitu asyik mendengar dan memberikan sepenuh perhatian. Suasana menjadi hening, seperti tiada orang pun! Walaupun ketika itu lebih kurang 4000 ribu orang berada disitu.
 
Khabar 7
======
Berbeza pula sambutan rakyat terhadap satu majlis umno pada 28-09-99, iaitu majlis pemimpin bersama rakyat. Majlis yang dihadiri oleh menteri besar kedah Sanusi Joget yg botak diadakan di sebuah masjid di Jabi, Pokok Sena, lebih kurang 3 batu dari tempat ceramah puteri REFORMASI. Masjid itu dibelakang sekolah kebangsaan Jabi. Tergantung sepanduk yg mengalu2kan kedatangan org ramai ke masjid tersebut. Majlis bermula jam 7.00 ptg. Inilah strategi baru umno kedah yang telah sedar orang ramai tidak lagi memberi sokongan kepada mereka. Mereka cuba pula menggunakan masjid untuk berkempen dan mendapat simpati rakyat. Ramailah yg datang untuk bersama2 sanusi joget, terutamanya mat lebai sudin, wakil dun bukit lada yang pernah diceritakan dalam edisi lalu. Jamuan disediakan. Free. Tetapi... malang juga bagi sanusi joget....... jumlah yg datang pada majlis itu hanya 33 orang sahaja! Ulang tiga puluh tiga orang sahaja. Ini satu tamparan hebat kepada menteri besar sanusi joget! Diketahui org bandar sudah bosan dan meluat. Sekarang pula orang kampung pun tak mau lagi pada umno. Buatlah di mana2 pun. Hatta di masjid sekali pun, kalau umno punya majlis, orang kampung pun sudah menjauhkan diri.
 
Inilah kuasa Allah, dua majlis berbeza di kawasan parlimen yang sama (POKOK SENA). Kenapa dimasjid rakyat tidak hadir? Tetapi dalam kebun pisang ramai pula yang datang? Jawapannya rakyat tidak percaya lagi apa yg dikatakan oleh pemimpin2 umno. Rakyat mahu dengar dari Parti2 Alternatif. Amat malang sekali apabila seorang yg berjawatan menteri besar tidak mendapat sambutan dari rakyat. Lebih malang sekali, bila dibandingkan seorang puteri yg cuma berusia 19 tahun dapat menarik lebih ramai rakyat bersama2nya. Itu belum lagi dibandingkan dengan ceramah2 perdana yang lain. Sanusi joget perlu mencari alternatif baru menarik minat rakyat untuk mendengar omong2 dan fitnahnya. Peminat sibotak sanusi joget 33 orang, peminat nurul izzah 4000 orang. Berapa kali ganda?
 
Khabar 8
======
Seperkara yang menarik perhatian apabila singgah di stesyen minyak Esso Jalan Sultanah ialah melihat banyaknya poster2 yang lekatkan ditiang2 stesyen minyak itu. Poster2 itu bukanlah tentang ceramah2 parti Alternatif. Poster yg dipamerkan itu ialah akaun2 yang belum dijelaskan kepada syarikat minyak tersebut. Antara akaun2 yg terpampang ialah akaun Jamil Long, ketua penerangan umno pokok Sena. Tertulis disitu "Kereta-kereta bernombor KAL33, KAV2020A, KAP633 tidak dibenarkan mengisi minyak disini. Tuan punya Jamil Long". Apabila ditanya kepada tuan stesyen minyak itu, jamil long ini masih berhutang hampir RM2000 kepadanya, gara2 mengisi minyak kereta. Katanya jamil long ini sudah tidak datang lagi mengisi minyak dan sekarang beralih ke stesyen minya lain. Kepada tuanpunya2 stesyen minyak, tolong berhati2 bila jamil long ini datang, jangan bagi kredit, minta cash! Inilah ketua penerangan umno pokok sena, tuan punya stesyen minyak yg melayu disonglap, kemudian dalam ceramahnya maki hamun orang. Kabarnya jamil long ini bekas S46! Kata Mahfuz "Kalau nak kenai sapa jamil long, pi stesyen minyak Esso jalan sultanah, ataupun pi tanya kakitangan telekom alor setar."
 
Khabar 9
======
Terbaca dalam satu laman mahazalim tentang guru di Sungai petani ditukarkan. Ini khabar dari kawasan parlimen pokok Sena. Seorang guru sekolah menengah telah memberikan soalan2 peperiksaan kepada pelajarnya dalam satu peperiksaan sekolah. Apa yang menarik perhatian ialah terdapat soalan2 yang boleh dikategorikan sebagai SOALAN REFORMASI. Maka melatahlah si pengarah pendidikan kedah, hasan hashim. Dipanggilnya guru tersebut ke pejabatnya, disoal siasat. Akhirnya guru itu hendak ditukarkan. Hasan memberi dua pilihan kepada guru tersebut, sama ada di Perak atau Pahang. Guru tersebut difahamkan tidak mahu menerima pilihan tersebut. Kelam kabut juga si hasan ini. Sampai sekarang guru tersebut masih berada di sekolah itu. Beginilah cara kementerian pendidikan mendidik guru2 dengan ugutan2 supaya menyokong umno dan barisan nasional. Tetapi para guru yg cerdik dan berilmu pengetahuan tidak akan mudah terpedaya. Para guru sememangnya 'up-to-date' dengan perkembangan politik semasa. Mereka lebih tahu pilihan parti yg terbaik.
 
Khabar 10
=======
Cerita ini agak lama sedikit. Semasa datuk khalid, timbalan menteri pendidikan datang ke sekolah agama kedah 2 bulan yg lalu untuk merasmikan satu majis, pengarah pendidikan kedah ini si hasan hashim telah membuat satu ucapan yg membodek. Memang menjadi tabiat hasan ini suka menunjuk2 kepada org atasan. Dengan cara ini orang akan kata dia pengarah yang pandai dan rajin. Macamana pula si hasan membodek kali ini? Dalam ucapannya dihadapan datuk khalid dia kata lebih kurang begini "Masa datuk sampai tadi tentunya datuk ada melihat bendera PAS besar didepan pintu masuk di atas pokok. Sebenarnya saya dah datang kelmarin, saya tengok tak ada pun bendera pas. Malam tadi pun saya round tengok, tak ada lagi. Pagi tadi masa saya sampai saya tengok dah ada. Besar pulak tu. Saya suruhlah pekerja sekolah ini buangkan. Depa tak berani sebab tinggi. Saya percaya bendera itu bukan dipasang oleh pengetua sekolah ini." Dalam ucapan datuk khalid, dia sedikit pun tidak menyentuh tentang bendera itu. Nampak sangat si hasan ini kaki bodek. Dia sorang yg nampak, dia ingat org lain pun tengok macam dia jugak. Jadi sebelum dia jangka datuk khalid kenen (cannon) dia pasal bendera PAS depan sekolah itu, lebih baik dia defend diri dulu. Betul2lah muka tak malu si pengarah pendidikan kedah ini. Moto pendidikan kedah 'Pendidikan Cemerlang, Kedah Gemilang, SiHasan Membodek Bukan Kepalang" Patutlah setiap tahun, prestasi peperiksaan PTS, UPSR, PMR, SPM, STPM negeri kedah sentiasa dapat nombor SATU dari BAWAH! Sebabnya pengarah yg ada sekarang lebih mengampu dan ikut sangat cakap najib dugong. Dengan cara mengugut dan menukarkan guru2 yang dianggap anti umno, sampai bila pun tak akan cemerlang pendidikan kedah.
 
=========
Nota: Contoh soalan reformasi (bukan soalah sebenar yg dibuat oleh guru tersebut).
 
Daim, Mahathir dan Rafidah telah membuka satu syarikat bernama Syarikat SOWARA atau Songlap Wang Rakyat. Selepas setahun perniagaan itu telah memberikan keuntungan bersih yang sangat memberansangkan iaitu sebanyak 300 juta. Sekiranya Daim mengeluarkan modal sebanyak 20 juta, Mahathir 30 juta, manakalah Rafidah 10 juta. Tentukan keuntungan yang diperolehi oleh Mahathir berpandukan nisbah modal yang dikeluarkan oleh ketiga-tiga mereka dalam Syarikat SOWARA tersebut. (Kesemua matawang dalam RM)
A. 50 juta 
B. 100 juta
C. 150 juta
D. 300 juta
 
Mengikut perkiraan, jawapan itu ialah 150 juta. Seorang murid memberikan jawapan 300 juta. Apabila cikgu tanya sebab apa di jawab 300 juta?. Katanya 'kesemua keuntungan itu adalah kepunyaan mahathir sebabnya Daim dan Rafidah adalah kroni dan proksi kepada mahathir.' Betul jugak hujah murid itu! Markah penuh.
 
 
Sampai jumpa lagi......
 

Kirim email ke