*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
 
Lately ni, a few things yang terjadi yang involve charity. i'm sure ramai yang perasan charity ras adiba untuk kaki nya, charity kembar siam dari Malaysia yang datang ke UK, dan last but not least charity Adik Sofea yang telah meninggal dunia tempoh hari. Kat sini aku nak sentuh one charity yang touched me & my family personaly- kembar siam yang datang ke uk. and nak kongsi cerita bersama sifoorians di sini..

As you may know, a few weeks ago, ada kembar siam dari malaysia di bawa ke UK untuk menjalankan pembedahan- nak seperate kan deorang. namanya Ahmad & Muhamad Rosli. Bahagian badan mereka bercantum.

Kisah kembar siam ni from time to time keluar di tv. Baru baru ni, hari Ahad lepas, charity yang membantu mereka buat appeal kat tv untuk mintak derma UK150,000 untuk pembedahan. Lebih kurang RM900,000.

Tengok macam mana manusia hendak membantu manusia.. yang membantunya, jangan pulak terkejut- orang British/Mat Salleh. Nama dia George. What a previlage for me untuk jumpa dia & berkawan dengan George and isterinya Lisa. George ni kaya orang nya... a millionaire. 

Nak di buat kan cerita, Ahad lepas, George & kembar siam tersebut keluar tv, appeal untuk minta derma dari penduduk uk. Berita siap siarkan phone number mereka dan cara membayar derma. Appeal George & kembar siam kita ni keluar news tiap tiap 20 minit dalam masa 24 jam. Imagine, camne luas nya promosi mat salleh ni nak membantu orang kita.

Aku & wife pun, call la mereka- cakap dengan George (selepas berjam jam cuba dial). Sembang2, lepas tu, aku mintak George pass kan kat parents kembar tersebut- saja je la nak kasik support. Atleast knowing fellow malaysian pun turut serta. Tapi yang sedihnya, kakak yang bercakap dengan kami (cakap ngan wife aku sebenarnya) kasi tau yang sorang pun orang melayu takde datang/call/jenguk-jenguk mereka. Deorang dah ada kat uk dah seminggu lebih dah and ini kali ke dua-tiga deorang keluar tv. Tak kira masuk paper/radio...

Masa ni, terkilan gak aku & wife. how come takde orang melayu datang visit. Bila kami tanya, orang2 Malaysia Embassy ada datang visit tak?Memang takde pun datang... deorang ada la suruh family ni datang London untuk jumpa deorang. Apa la punya tak logic... dengan keadaan deorang tu yang nak raise money, lagi orang melayu kita yang kononnya wakil di UK buat camtuh.

So, lepas bercakap dengan kakak tu, aku and wife pun fikir nak visit deorang. Deorang berada di essex- 4 jam dari Birmingham, tempat kami. Tapi sebab nak kasi support, bukan sahaja kepada family ni, tapi sebab rasa malu orang british sungguh2 keluar berita tiap2 20 minit, nak cuba raise kos pembedahan, yang melayu di sini kurang pulak kasi support.

Hari Isnin tu, kami pun pergi la ke essex. 4 jam drive... bawak baby aku yang 2 bulan tuh sama. A good thing gak sebab nak ajar anak aku tu yang "giving" is important. Sampai2 rumah George, dapat kenal George & Lisa. Dapat jumpa family kembar siam dan most importantly, dapat la aku jumpa the twins kasik chocolate & toys untuk Ahmad & Muhammad. Deorang berdua ni very lively and inteligent.

Banyak bercakap... suka buat bising- macam many 4 year old la. Seronok tengok deorang... apa sikit nyanyi... sana sini. Happy je. 

Also, a great moment for me sebab dapat jumpa George. The millionaire, tapi dia pun cacat juga- dia duduk atas wheelchair! Masa tu gak la terdetik, camna someone on a wheelchair boleh jadi a millionaire- ni jenis rumah dia ada swimming pool & bilik snooker nih. Siap aku layan snooker dengan George satu frame. Abis aku kena kitai! (bagi yang tak paham bab
ni sorry la ye...) and lagi important ly, camna la George boleh jadi compassion sangat
sampai sanggup sponsor the kids, their parents & sorang translator ke UK untuk  menjalankan pembedahan.

Memang la mintak derma 150,000, however, tambang kapal terbang, tempat tingal, makan minum semua dia yang support. Also, satu lagi, George ni buat banyak charity work... sebab deorang charity organization la deorang mintak derma. and sebab George ni is quite an icon  dalam bidang charity ni in that area, dia ada charisma to get authorities to take action.

Just to name a few, dia dapat setkan berjumpa dengan Sultan Pahang, dia dapat call raja Riyadht tak silap aku, Egypt punya authority, dan macam2 lagi... tak kira pulak semalam punya paper David Beckham, Michael Owen & Boy George pun turut serta membantu atas usaha George nih. aku borak2 dengan George ni and aku boleh tangkap... from the way dia cerita kat aku, aku confident dia boleh raise the 150,000. and kalau tak dapat pun, aku
boleh rasa yang dia akan sponsor the balance of it.

Now, tadi baru je, aku cerita Malaysian Embassy buat hampeh.. sekarang satu lagi hampeh orang melayu kita buat gak... 

MAsa George sponsor kembar, parents deorang & translator naik kapal terbang MAS, deorang kena la bayar ticket. Guess what- MAS charge kembar siam tu as 2 person. Deorang ni ambik 1 seat je sebab ada 1 je badan. Punya la malu aku dengar... bukan setakat tuh je. Dah la suruh bayar 2 seat, terpaksa la gak mengalah, dapat ticket, naik kapal terbang... sedar sedar 2 seat yang MAS kasik tu satu seat depan and satu lagi seat
belakang. Buat my blood go upstairs je. What an insult!

Camne la kembar siam tuh sorang nak duduk depan and sorang duduk belakang. Kalau boleh camtuh, tak yah la dah susah payah nak operate. KAdang2 pelik gak deorang nih...  Malu tak terkira la bila aku dengar story ni. Orang english yang aku dok selalu kutuk (masa WC) yang menolong, orang kita lak macam menyusahkan badan.

Later later, lepas dah kena complaint. dah marah sana sini (George ni out spoken... i don't blame him, kalau korang dalam keadaan ni pun mau mengamuk), baru MAS kasik duduk business class. It was an insult kepada orang2 yang tak berkebolehan apa yang deorang buat at first place tuh.

So tu la dianya cerita & update. Dalam papers tak keluar la cerita2 ni... however as a first hand experience, aku amat privelage dapat jumpa these new friends with my wife & baby. George will always be a hero figure bagi aku. dari segi compassion & also dari segi making money (bab caman dia jadi kaya ni, nanti la kalau ada rezeki aku cerita.. tak cerita pun takpe  ye tak?)

Oh yes, George baru masuk Islam (however, belum fully lagi belajar Islam... kena buat slowly)... translator tadi tuh yang masukkan dia Islam. Dia and Lisa berkahwin di MAlaysia. DIa memang suka orang Malaysia... infact, lepas twins ni, dia ada sorang lagi perempuan melayu di melaka dia nak bantu. Budak perempuan tu dah 2 tahun terlantar di katil sebab
accident.

Moral cerita ni, kalau there's only ONE thing yang korang belajar from cerita ni and boleh amalkan, baru la tak terasa penat aku menaip panjang lebar ni. That one thing is compassion- be compassion to others, especially yang memerlukan bantuan. Kalau takde sen nak kasik pun takpe, support, sekurang2 nya a smile pun dah mencukupi. When was the last time kita nampak orang cacat and kita tegur mereka. Just berbual2... make friends. When was the last time kita jalan2 kat globe and nampak makcik/pakcik yang cacat penglihatan, pastu kita tegur mereka... tak kira la nak kasi sedekah ke. atau, beli la air mineral kasi deorang minum.

One time dulu aku pernah nampak oranng cacat ni (takde kaki), mintak sedekah kat tengah2 panas di KL. and ada la sorang makcik ni, dia tak kasik sedekah, however, dia pergi kedai berhampiran & beli payung. Dia kasik payung tu kat orang tu untuk teduh. See how small things boleh jadi big impact kat orang yang memerlukan. Even senyum, berbual... semua tu tak perlu duit but ianya akan beri kesan lebih mendalam kepada penerima.

Takde masa kita nak blame orang malaysia kat uk ke, malaysian embassy ke, or MAS yang buat hampeh kat atas nun (eventhough macam2 gak kena kutukan aku- banyak la pahala deorang icon_smile.gif). At the end of the day, apa kita sendiri as an individual yang boleh make the change.

So, me & my wife learned a lot from the trip... lepak dengan deorang dua hari. ANd nanti bila baby kami besar, kami akan ajar dia the same thing. Bagi yang dah baca ni, hopefully dapat la learn that ONE THING OF  COMPASSION.

Al fathihah buat Sofea Qhairunissa.

Jangan lupa doa doakan untuk Ahmad & Muhamad Rosli agar pembedahan mereka dapat diteruskan. 

Nota: Penulis ucapkan terimakasih kepada rakan penulis yang sudi mengirimkan email ini buat tatapan semua pembaca.

 

Cucu Reformasi 



MSN Photos is the easiest way to share and print your photos: Click Here
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "cucu reformasi" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to