*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,
Bila baca cerita ini, teringat saya satu sessi ketika kursus Bina Negara
yang dianjurkan oleh BTN yang kononnya hendak memartabatkan bangsa
melayu. Dalam sessi itu seorang fasilitator telah cuba membasuh fikiran
kami dengan mengemukakan hujah kenapa BN mahu jadikan hari Ahad sebagai
hari cuti mingguan bagi negeri-negeri di Malaysia termasuklah negeri
kelahiran saya Kelantan. Antara hujah yang masih saya ingat ialah beliau
menyatakan kerana pada hari Jumaat disiarkan cerita hindustan, ramai
orang melayu islam yang suka menonton cerita tersebut. jadi lebih baik
hari tersebut dijadikan sebagai hari bekerja kerana mereka akan dapat
pahala kerana bekerja.
    Bila dia kata begitu, hati saya begitu mendidih sekali. Alangkah
bodohnya melayu yang mengaku Islam ini, kerana sedikit wang kerana
menjadi fasilitator BTN sanggup dia berkata begitu. Lalu saya bangun
untuk mencegah beliau dari meneruskan kata-katanya. Saya mengatakan
alangkah bodoh dan dungunya orang yang berfikiran sedemikian. Sedangkan
dia tahu bahawa hari Jumaat adalah sayyidul-ayyam (raja sekala hari) dan
banyak sekali kelebihannya. Kebetulan pada masa itu yang menjadi menteri
penerangannya ialah Dato' Mat Bulat. Saya kata, perkara tersebut boleh
diubah kerana menteri penerangan ialah orang melayu yang mengaku Islam,
kuasa di tangan kita. Oleh kerana kerajaan ada 2 saluran tv, apa
salahnya jika di tv1 sepanjang hari Jumaat disiarkan program Islam,
sekurang-kurangnya pihak kerajaan dah beri pilihan kepada penganut Islam
untuk memilih siaran mana yang ingin dilihat. Masalahnya kerajaan tak
nak buat, tambahan pula pemerintah Malaysia sekarang ni bukannya nak
laksanakan Islam malah nak melanyak Islam.

Apa pandangan  netter yang lain

Wassalam.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: eefiza <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke