*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
assalamu alaikum wrt.

Syukurlah kerajaan UMNO/BN semakin sedar bahaya semua
benda2 nih. PAS dah buat lama dah...

Pak Lah tolonglah jengok2 karaoke, ke..disko ke...sana
pun sarang maksiat jugak. bapak maksiat - arak
berlambak.

alau sayang gak ngan karaoke + disko tu buat macam
brunei - karaoke ada, arak tak de. camne ??

kg air tanjung aru.

Langkah drastik kabinet -- TPM: Kerajaan buat
keputusan muktamad haramkan pusat permainan video
KUALA LUMPUR 4 Okt. - Kerajaan hari ini membuat
keputusan muktamad mengharamkan pusat permainan video
di seluruh negara setelah mengambil kira betapa
berbahaya dan besarnya masalah sosial yang dicetuskan
oleh permainan tersebut.

Serentak dengan itu, kabinet yang membuat keputusan
drastik tersebut turut mengarahkan semua lesen
permainan video yang telah dikeluarkan oleh mana-mana
pihak berkuasa ditarik balik dalam tempoh dua bulan
berkuat kuasa serta-merta.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi ketika mengumumkannya menegaskan, tiada lesen
baru berkaitan permainan video akan dikeluarkan
selepas ini. Lesen-lesen permainan ini dikeluarkan
oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Keputusan itu melibatkan semua jenis permainan video,
sama ada berbentuk perjudian seperti lumba kuda,
simulator dan pertarungan.

Beliau berkata, tindakan tegas dari segi undang-undang
akan diambil terhadap mana-mana penghuni atau pemilik
premis atau mana-mana pihak yang masih meneruskan
operasi video haram selepas tamat tempoh dua bulan
itu.

''Kenyataan ini hendaklah dianggap sebagai notis yang
mencukupi bagi tujuan penutupan arked-arked video
permainan,'' katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan
oleh pejabat beliau di Putrajaya petang ini.

Keputusan kabinet itu dibuat berikutan pendedahan
Utusan Malaysia mengenai permainan video yang semakin
berleluasa sedangkan kerajaan telah mengarahkan semua
agensi penguat kuasa membanteras gejala yang
menimbulkan masalah sosial itu.

Menurut Abdullah, semua pihak berkuasa kerajaan adalah
diarahkan melaksanakan keputusan tersebut. 

''Pihak berkuasa juga hendaklah meningkatkan lagi
tindakan undang-undang dan penguatkuasaan terhadap
kegiatan atau operasi permainan video di tempat-tempat
awam,'' katanya.

Ditanya sama ada ia turut melibatkan permainan video
di Genting Highlands beliau berkata, ''semua...jangan
minta saya jelaskan lebih lanjut, mereka yang membaca
ini (sambil menunjuk kepada kenyataan ringkasnya
mengenai keputusan kabinet itu), mereka akan tahu.''

''Saya mahu mesej ini (penutupan semua pusat video
permainan) sampai kepada orang ramai terlebih
dahulu,'' katanya kepada pemberita selepas
mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO
di ibu pejabat parti di sini, lewat petang ini.

Semalam Abdullah menyatakan hasrat kerajaan mahu semua
pihak berkuasa tempatan dan jabatan kerajaan
mengharamkan terus kegiatan pusat permainan video yang
menjadi punca gejala sosial golongan remaja negara
ini.

Tegas beliau, tindakan terbaik bagi mengatasi kegiatan
pusat permainan video haram itu ialah dengan
mengharamkan pusat-pusat berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri yang membuat kenyataan
tersebut selepas membaca pendedahan Utusan Malaysia
berkata: ''Pada saya benda ini dah nampak teruk
sangat. Eloklah kalau pihak kerajaan tempatan dan
badan-badan dan jabatan kerajaan yang lain mengambil
tindakan ia diharamkan.''

Utusan dalam laporan khasnya mendedahkan bagaimana
terdapat remaja yang sanggup berhutang sehingga
RM6,000 akibat ketagihan permainan video itu.

Berikutan pendedahan itu, beberapa pihak termasuk
polis dan penguat kuasa mengakui penglibatan anggota
masing-masing menghalang usaha pihak berkuasa
membanteras gejala tersebut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai mengaku
terdapat segelintir anggotanya bersekongkol dengan
pengusaha pusat permainan video haram sehingga
menggagalkan serbuan polis terhadap premis berkenaan.

Beliau dengan tegas meminta kerajaan mengharamkan
terus pusat tersebut untuk membanteras kegiatan
perjudian haram yang menjadi penyakit sosial di negara
ini.

Oleh: NORAINI ABDUL RAZAK



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Photos - 35mm Quality Prints, Now Get 15 Free!
http://photos.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "=?iso-8859-1?q?PAS=20Tg.=20Aru?=" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke