*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Berita dalam Harakahdaily.com
http://www.harakahdaily.com/sept/m12sep2000_5.shtml

Beritanya:

Bukan Islam dijemput melawat Kelantan
OLEH: JOHARI JAAFAR

IPOH, 12 Sept (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, 
mempelawa masyarakat bukan Islam di luar Kelantan melawat negeri itu untuk 
melihat sendiri apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri berkenaan 
terhadap bukan Islam di sana.

Gesaan itu dibuat oleh beliau sewaktu bercakap di majlis dialog bersamanya 
yang dianjurkan oleh DAP Negeri Perak di sini, baru-baru ini.

Menurut beliau, media massa yang pro terutama akhbar berbahasa Melayu 
kerajaan tidak melaporkan berita yang tepat mengenai Kelantan, malah media 
massa arus perdana sering kali memberikan gambaran yang buruk terhadap 
Kerajaan Kelantan yang diterajui oleh PAS.

Begitu juga pemimpin-pemimpin Umno yang sentiasa mencanangkan tentang 
keburukan dan kelemahan Kerajaan Kelantan dengan memberikan gambaran bahawa 
Kerajaan Negeri itu menindas orang-orang bukan Islam.

"Saya amat mengalu-alukan kedatangan orang-orang Cina dan India di negeri 
ini melawat Kelantan dan bertemu sendiri dengan masyarakat Cina dan India di 
sana."

"Saya percaya jika orang-orang Cina dan India di negeri ini mendapat 
gambaran yang sebenarnya tentang Kerajaan Kelantan pimpinan PAS, bukan Islam 
di Negeri Perak tidak akan merasa takut untuk memberikan sokongan kepada 
Barisan Alternatif khususnya kepada PAS," tambah beliau.

Masyarakat bukan Islam tidak pernah dianiayai, malah mereka tidak pun 
dipaksa memeluk agama Islam kerana Islam mengajar bahawa tidak ada paksaan 
dalam memilih agama kepada mereka yang bukan Islam.

"Orang bukan Islam kekal dengan anutan agama masing-masing dan kita tidak 
paksa mereka supaya menganut Islam, kenapa pula bukan Islam takut kepada 
PAS," katanya.

PAS yang berjuang atas dasar Islam akan mempertahankan keadilan yang hakiki, 
kerana itu Kerajaan Kelantan seberapa daya akan menjalankan pemerintahan 
yang adil kepada semua tanpa mengira agama dan fahaman politik.

Beliau berharap dengan adanya majlis dialog seumpama itu tembok penghalang 
antara bukan Islam dengan PAS akan dapat dipecahkan, sekaligus salah faham 
terhadap Islam dan PAS itu dapat dihapuskan.

"Bukan Islam yang melawat Kelantan diharapkan akan memberikan memberitahu 
saudara-mara dan sahabat handai mereka di sini tentang apa yang lihat dan 
dengar daripada masyarakat Cina dan India di Kelantan," katanya lagi.

Turut hadir di majlis itu Speaker DUN Kelantan, Pengerusi DAP, Encik Kit 
Siang, Setiausahanya, Encik Kerk Kim Hock, Pengerusi DAP Perak, Nge Hoong 
Kam, dan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Sabran Asmawi.

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke