*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
-KENYATAAN MEDIA-
DATO’ HAJI FADZIL MOHD. NOOR
KETUA PEMBANGKANG
27 JUN 2000

‘MAHATHIR JANGAN POLITIKKAN GANGSTERISME DI SEKOLAH’

Masalah displin di sekolah-sekolah memang satu isu yang amat serius
sehingga
mencapai tahap yang membimbangkan semua pihak. Inilah bukti jelas
kegagalan dasar
pendidikan kerajaan BN yang sangat dibangga-banggakan itu.

Walaupun pelajar sekolah diajar supaya menerima nilai-nilai baik tetapi
nampaknya
ini semua hanya retorika semata-mata. Ini kerana contoh yang ditunjukkan
oleh pihak
lain terutama orang dewasa yang berpengaruh dalam masyarakat tetapi
menjadi ikutan
oleh para remaja termasuk pelajar sekolah.

Kenyataan Dr Mahathir bahawa pelajar menjadi liar adalah akibat daripada
pengaruh
gerakan luar seperti reformasi adalah meleset samasekali. Sebenarnya
pelajar
mendapat ilham untuk melakukan perkara-perkara buruk setelah melihat
gelagat
pemimpin-pemimpin masyarakat terutama ahli politik pemerintah dan mereka
yang biasa
dianggap pelindung ketenteraman dalam masyarakat khususnya pihak polis.
Juga tidak
keterlaluan jika pengaruh media massa yang menonjolkan keganasan turut
menyumbang
kepada tingkahlaku ganas para pelajar kita sekarang.

Kalau pelajar menumbuk pelajar lain apakah ia tidak boleh dikaitkan
dengan tindakan
bekas ketua polis negara menumbuk bekas timbalan perdana menteri atau
seorang bekas
menteri besar menumbuk kakitangan MAS di KLIA tidak berapa lama dahulu?
Kalau
pelajar mengugut pelajar lain mungkinkah mereka dipengaruhi oleh perdana
menteri
sendiri yang dikatakan mengugut pegawai tinggi BPR supaya tidak
meneruskan siasatan
ke atas seorang ketua jabatan kerajaan? Dan jika seorang pelajar
menyertakan
sebutir peluru hidup bersama kad ucapan kepada gurunya apakah ia tidak
belajar
daripada tindak-tanduk pihak polis yang mengacukan pistol keatas kepala
penunjuk
perasaan dalam siri tunjuk perasaan aman satu ketika dahulu? Yang
anehnya polis
sendiri mengesahkan ayah pelajar terbabit itu sendiri seorang polis.
Sebenarnya Dr
Mahathir cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada masalah asas yang
melanda
sistem pendidikan dan persekolahan negara kita.

 Seorang yang waras pastinya akan menolak kenyataan Dr Mahathir. Masalah
displin di
sekolah-sekolah sudah wujud sekian lama, tetapi media massa pro-UMNO
memilih untuk
menonjolkan isu ini ketika ini untuk memberi ‘senjata’ kepada Dr
Mahathir menyerang
massa yang menentang pentadbiran beliau yang sangat korup itu.
Barangkali Mahathir
fikir bahawa teori rekaan beliau  bahawa ada usaha-usaha untuk
‘menjatuhkan
Malaysia’ (sebenarnya mengusir beliau) akan lebih bermakna dan
‘credible’ jika
semua masalah yang dihadapi dipersalahkan ke atas ‘pihak-pihak yang mahu
mengancam
kedaulatan Malaysia’.

Diagnosis yang dibuat oleh Dr. Mahathir terhadap masalah ini adalah
salah. Selagi
Dr. Mahathir berpegang kepada diagnosis yang dibuatnya ini, pasti gejala

gangsterisme ini tidak akan dapat dirawat. Dr. Mahathir hanya menipu
dirinya
sendiri dan pemikiran rakyat pula cuba diselewengkan. Rakyat Malaysia
tidaklah
begitu naif untuk menerima bulat-bulat kenyataan dangkal seumpama itu.


Dato’ Haji Fadzil Mohd. Noor
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke