*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MALAYSIA MENUJU MUFLIS 
 
http://webrtv.pemudapas.net/tk/b05/drno27.htm

Mungkin banyak pendokong dan penyokong setia Regim Mahathir tidak percaya akan masalah 
ekonomi yang terus meruntun negara sekarang. Almaklumlah memandangkan laporan akhbar 
yang nempaknya positif sahaja, apatah lagi indeks BSKL yang agak stabil sekarang. 
Samentelah lagi taraf kehidupan mereka yang tidak terganggu rentaknya. Mereka masih 
boleh lagi bercutian ke luar negara dan menikmati makanan yang enak-enak. Belanja 
sarapan pagi mereka mampu membeliakkan mata dan menyenakkan perut rakyat marhaen yang 
melihat bilnya. 

Akan tetapi itu hanyalah mewakili jumlah rakyat yang kecil sahaja. Kelompok mereka ini 
memanglah tidak tergugat walau seteruk mana rakyat menderita selagi mereka boleh 
berpaut kepada arus perdana politik pemerintah. Selagi mereka terus amin dan angguk 
apa saja kata Mahathir selagi itulah mereka bergelar orang berada. Dan kenderaan 
mereka tentu sahaja Mercedes biji kacang ataupun sekurang-kurangnya Merc mata 
belalang. Sedang rakyat hanya mampu terkulat-kulat memandang. 

Tinggalkan seketika dunia Brahmin di kalangan rakyat ini. Mereka boleh saja terdiri 
dari Bumiputra, Superbumiputra mahupun ras lain yang sepatutnya sama-sama menjunjung 
Perlembagaan negara.Bagi mereka yang penting adalah wang dan kesenangan, bukan lagi 
prinsip hidup yang mampu melondehkan mereka. 

Pemerintahan Regim Mahathir lebih menumpukan kepada pembangunan beberapa kerat manusia 
yang kita rasa ada pula kepentingan peribadinya. Projek Mega yang dibuat bukanlah 
untuk kepentingan dan kemudahan rakyat jelata yang merupakan pembayar cukai. Soalnya 
siapa yang mengecap nikmat dari pembinaan Bangunan Gajah Putih itu? Kenapa tatkala 
rakyat dahagakan pendidikan percuma dan prasarana lain, kerajaan memekakkan telinga 
dan berhabisan pula untuk projek-projek gila? 

Bermaruahkah dalam menjadikan alasan ketiadaan peruntukan untuk rakyat mendapatkan 
biasiswa dan pelajaran percuma, Regim Mahathir meneruskan pula projek-projek yang 
menguntungkan kroni? Bagaimana pula dengan perkhidmatan kesihatan yang nak diswastakan 
dengan sebahagian besar nya dibolot oleh anak Mamak pemimpin parti Melayu yang 
mengecil- Umno? 

Bon……bon……..bon……..suratgadailah tu…..!!!! 

Dalam menghalalkan projek mega Mahathir sering memperkatakan bahawa negara tidak 
meminjam dari luar negara kerana peruntukan dalaman mencukupi. Seperti yang didedahkan 
oleh Marhain Tua, Mahathir memanglah seorang penipu semulajadi yang memang sesuai 
digelar Raja kelentong. Dengan penjualan Bon-bon oleh Kerajaan dan juga melalui 
Petronas jelas menunjukkan tanda-tanda muflis. Adakah orang kaya menggadaikan emas 
perhiasan isteri? Yang memenuhi pajak adai adalah mereka yang merempat dan terdesak 
hidupnya. Dalam bahasa Kewangan yang enak didengari, Bon sebenarnya adalah gadaian 
juga!! Bukankah Morgan Stanley dan juga Solomon Barney & Smith menjadi tukang lelong 
negara Malaysia dengan usahasama Mahathir?? Dalam kerakusan Mahathir yang tiada 
tepinya, negara telah pun mempunyai beban Hutang Luar berjumlah RM186 Billion! 
Seandainya Ringgit Malaysia jatuh dalam kadar yang sama dengan Argentina setelah pesos 
diapungkan, hutang Luar akan menjejaki dan hampir menyamai Argentina sekitar RM !
500 billion!! Apabila keadaan itu yang melanda Malaysia, pastinya Regim mahathir tidak 
mampu melunaskan segala hutang dan Bon yang semakin menampakkan kebalighannya 
(matang)!! Apakah untuk itu Mahathir merafak sembah kepada Brother Bush??! Betulkah 
Mahathir akan merayu agar Motorola tidak mengubah operasinya ke China? Apa pula 
timbal-baliknya? Yazid Sufaat….??!! Apa pula balasan jika Microsoft berjaya dipujuk 
memindahkan operasi dari Singapura ke MSC??? 

Apabila Mahathir ‘the Clown’ menjadi pengulas ekonomi 

Kekecohan ekonomi negara pernah ditulis oleh penulis MT, Mgg Pillai, Harun Rashid dan 
juga penulis lain. Mahathir mengambil pendekatan serong yang sesuai dengan 
ketokohannya sebgaai Raja Kelentong apabila masih lagi berbohong bagi menghalalkan 
sesuatu tindakan. Mahathir mengatakan masa depan ekonomi negara semakin cerah dengan 
pulihnya ekonomi Amerika Syarikat yang merupakan pasaran eksport terbesar negara. 
Kuntau lidahnya itu adalah untuk mengabui hakikat Regimnya yang meneruskan penjualan 
surat gadai Bon ke pasaran kewangan dunia. Untuk menguatkan dalil bagi penjualan bon 
Petronas Mahathir terus berkelentong. 

Dalam bentuk kartun mudah, Harun Rashid telah menggambarkan Raja Kelentong sebagai 
sebuah ‘clown’ yang memperkatakan tentang ekonomi negara yang mencanak sedangkan yang 
terpampang adalah penurunan belaka kecuali hutang negara dan Petronas. Bagaimana 
mungkin ekonomi Amerika akan kembali pulih dengan cergas apabila ia kini 
memperuntukkan sebahagian besar kewangannya untuk peperangan yang diciptanya sendiri?? 

Statistik mana Raja Kelentong gunapakai apabila mengatakan ekonomi Amerika akan 
mencanak sedikit masa lagi, sedangkan negara Uncle Sam itu sedang terhenyak teruk oleh 
skandal Enron yang membengkak, sandiwara 911 dan rakyat kehilangan pekerjaan?? Begitu 
juga ketika Raja Kelentong menekankan tentang peningkatan Dagangan Luar Negara yang 
diketahui sebahagian besarnya adalah dengan Amerika. Bagaimana dalam trenda yang 
menurun, tetiba boleh meningkat pula?? Bagaimana mungkin dalam keadaan penghasilan 
barangan merosot, eksport luarnya boleh meningkat?? 

Apa perlu Petronas mengeluarkan Bon?? 

Syarikat Petroleum milik Negara itu dahulunya amat kukuh. Dengan asset bernilai hampir 
RM 150 billion, ia dahulunya adalah sebuah syarikat bertaraf lembu tenusu yang 
menyumbangkan pendapatan Dollar yang tinggi. Disebabkan penguasaan mutlak oleh seorang 
Raja Kelentong, Petronas kini semakin melidi kewangannya. Mahathir telah menggunakan 
ia sebagai pusaka mak bapanya dalam membazirkan tabung syarikat itu.Hampir kesemua 
bidang Petronas telah dipaksa melibatkan dirinya. Semua transaksi itu bertaraf bailout 
yangmana akhirnya Petronas menjadi Syarikat penanggung hutang. Perbankan, Litar Sepang 
dan berbagai lagi aktiviti ekonomi yang menyebabkan ia terpaksa berhutang pula bagi 
menjalankan operasinya. Baru-baru ini ia dipaksa pula membeli saham dalam Putrajaya 
Holdings yang bertanggungjawab membangunkan Putrajaya. 

Dengan beban kewangan yang demikian oleh angkara seorang Perdana Menteri yang berdarah 
Melayu sesudu itu, Petronas kini hanyalah sebuah syarikat yang hanya gah di atas 
kertas sahaja. Apa perlu ia mempunyai Menara Kembar sedangkan syarikat minyak Global 
seperti Exxon, Shell dan Mobil yang telah begitu lama ujud dan menguasai pasaran dunia 
tidak pun mempunyai kemegahan seperti itu!! 

Di sinilah persoalan Bon tadi timbul. Mahathir telah membuat pinjaman luar secara 
tidak langsung melalui pengeluaran Bon oleh Petronas dan berbagai syarikat lain yang 
kerajaan ada saham besar di dalamnya bagi mengongkosi pembinaan di Putarjaya dan 
lain-lain belanjaurus negara. Dalam masa terdekat ini Maybank dan mungkin Telekom 
Malaysia juga akan mengeluarkan surat gadaian yang lebih dikenali sebagai BOND!! 

Syarikat apa lagi yang agaknya akan beratur selepas ini mengeluarkan bon, Mahathir?? 
Di mana pula logiknya Regim Mahathir tidak pernah membuat pinjaman luar bagi 
membangunkan projek meganya?? 

,b.Dr Nologareng 











______________________
Terbitan : 13 Mei 2002 

 Ke atas  Home 

 

Diterbitkan oleh : 
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [EMAIL PROTECTED] 
 


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bulan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke