MASA DEPAN UMNO DI KELANTAN GELAP GELITA

 

KOTA BAHARU, 18 Dis  -- Pengerusi Badan Perhubungam Umno Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah berkata masa depan Umno di Kelantan terus gelap gelita kerana parti itu terus menerus mengalami "kekalahan yang teruk" dalam pilihan raya umum akhir bulan lepas.

"Masa depan Umno (di Kelantan) tidak menentu...semangat orang kita hilang, kalah beberapa kali memberi makna kita sudah surrender (menyerah)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya Umno tidak akan mempunyai berpeluang untuk memenangi hati rakyat Kelantan kerana berdasarkan jumlah pengundi yang memilih PAS sangat memberansangkan berbading yang memilih Umno tidaklah melibatkan jumlah yang ramai.

Beliau berkata berdasarkan keputusan pilihan raya umum baru-baru ini didapati hanya 4.8 peratus pengundi Kelantan yang memilih Umno manakala 95.2 peratus telah "bertukar arah" dan menyokong PAS.

Tengku Razaleigh berkata jumlah itu bukanlah kecil dan sangat memeranjatkan Umno dan jika diberi lebih banyak wang golongan itu tidak akan kembali menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN).

Kirim email ke