*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rezeki punah

Oleh Nor Aziah Othman 

PETALING JAYA: "Apa boleh saya lakukan untuk mencari sesuap nasi untuk menyara 
keluarga selepas peralatan gerai makan saya dirampas anggota penguatkuasa Majlis 
Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) semalam?,” kata ibu tunggal Azilahani Harun, 30.

Menurutnya, kira-kira 20 penguatkuasa MPPJ bertindak merampas perkakas memasak, kerusi 
dan meja di gerainya di jalan Seksyen 14/29 kira-kira pada jam 9 pagi semalam tanpa 
sebarang amaran bertulis.

“Mereka bukan saja merampas barang-barang perniagaan saya malah menghalau 
pelanggan yang sedang makan,” katanya.

Kejadian itu benar-benar meletakkan ibu tunggal itu dalam keadaan tertekan kerana dia 
tidak mempunyai pilihan selain menjalankan perniagaan nasi lemak sejak sekian lama.

Sejak kematian suami enam bulan lalu, Azilahani terpaksa menyara persekolahan anak dan 
perbelanjaan perubatan ibu di Hospital Mentakab, hasil perniagaan nasi lemak.

Menurutnya, MPPJ menghalang perniagaannya hanya dengan alasan dia tidak memiliki lesen 
perniagaan.

“Saya berniaga di sini sejak 11 tahun lalu. Sudah berapa kali saya turun naik 
pejabat MPPJ membuat permohonan mendapatkan lesen perniagaan tetapi kerap ditolak 
tanpa sebarang alasan munasabah,“ katanya.

Tinjauan Harian Metro mendapati peniaga sememangnya menjaga kebersihan masing-masing 
dan mereka juga menyediakan banyak tong sampah.

Seorang lagi peniaga, Satina Yama, 42, turut mengalami nasib serupa apabila perkakas 
gerainya juga dirampas oleh penguatkuasa MPPJ hingga kerugian hampir RM15,000.

Dia yang berniaga hampir 16 tahun kecewa dengan permohonan pindah milik lesen daripada 
anak saudaranya, Mohd Rizal Mohd Basri yang ditolak beberapa kali oleh MPPJ.

“Berkali-kali saya menghantar surat permohonan tetapi masih tidak mendapat 
jawapan hinggalah akhirnya semua perkakas gerai saya dirampas tanpa sebab munasabah 
yang diberikan,” katanya.

Dia meminta MPPJ lebih bertimbang rasa terhadap nasib peniaga Melayu yang sering 
berhadapan dengan kesukaran mendapatkan lesen perniagaan biarpun memenuhi syarat 
ditetapkan.


-- 

_______________________________________________
Sign-up for your own FREE Personalized E-mail at Mail.com
http://www.mail.com/?sr=signup

Travelocity.com is giving away two million travel miles.
http://ad.doubleclick.net/clk;3969773;6991039;g?http://svc.travelocity.com/promos/millionmiles_main/0,,TRAVELOCITY,00.html


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "sam dol" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke