Mahathir Kepala Batu!
Betapa kasar panggilan dan gelaran di atas. Bukannya
kerana saya emosional tetapi tindak-tanduknya yang degil, berdendam, tidak
berperikemanusiaan maka buat rakyat macam 'anjing' !. Dahlah dia mengatakan
sdr.Anwar menipu tentang penyakitnya, halangan SUHAKAM untuk melawat tahanan ISA
mendedahkan kejahatan dalam dirinya. Keadaan memaksa Mahathir bersikap demikian
rupa kerana dia amat takut dan sedaya upaya sedang menghalang kebangkitan para
reformis dan semakin ramai rakyat menentang beliau sekarang ini.
Ketakutan dan kebimbangan yang di alami oleh Mahathir telah sampai kemuncak
sehingga memaksa dia menggunakan akta ISA. Tindakan Mahathir ini di ibaratkan '
mencurah minyak ke dalam api ' . Mahathir sepatutnya mencari jalan berbaik-baik
bersifat penyayang dan memperbaiki sirratulrahim dengan para musuhnya. Mahathir
juga tentu tahu dan amat mengenali para musuhnya bukanlah golongan yang mengacu
senjata kepadanya. Jika ada golongan seperti ini, Mahathir tentunya tinggal nama
sahaja sekarang ini. Mahathir sepatutnya berterima kasih dan menghormati para
pembangkang dan musuhnya kerana golongan ini masih menghormati demokrasi. Hanya
Mahathir semakin hari semakin melupakan demokrasi dan bertindak zalim kepada
rakyat yang menentangnya seperti seorang diktator.
Mahathir dan kerajaan sekarang ini mesti mengubah dengan cepat kesilapan ini.
Perbuatan seperti menghalang sdr.Anwar merawat di Germany, menghalang Suhakam
melawat tahanan ISA dan merendah-rendahkan suara rakyat mahu ISA di hapuskan
hanya mengundang bencana kepada dirinya dan UMNO.
Mahathir tidak perlu mendabik dada dan bermegah dengan kuasa yang ada
padanya. Himpunan ribuan rakyat mengelilingi PutraJaya dan kediamannya di sana
sudah cukup melemahkan kekuatan polis. Mahathir boleh melarikan diri ke negara
lain, tetapi kesalahannya akan di hakimi dan dia akan di labelkan 'MOST WANTED
PERSON: US2 MILLION REWARD-LIFE OR DEATH'. |