*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
…….sambungan……

     Syarat sahnya pengabdian `ubudiyah kita yang
kedua ialah kita redha dengan qada,qadar dan rezeki.
[ Apa yang ALLAH beri,kita redha.Apa yang Dia tentukan
ke atas kita berlaku,kita redha. ]
     Dan kata Imam Ghazali,”Syarat `ubudiyah yang
ketiga ialah mengutamakan redha ALLAH daripada diri mu
sendiri.”
[ Sentiasa kita mencari keredhaan ALLAH kerana inilah
ciri `ubudiyah. ]

     Muslimin/muslimat boleh periksa diri
masing-masing; adakah ketiga-tiga ciri `ubudiyah ini
berada dalam jiwa kita? Yakni memelihara perintah
syarak, redha dengan qada qadar ketentuan dan yang
ketiga,kita mengutamakan keredhaan dengan sentiasa nak
cari redha ALLAH.Inilah perangai para sahabat
Rasulullah s.a.w..Sebab itu mereka disebut “Radiallahu
 anhum waradhu an”.ALLAH telah redha kepada mereka,dan
mereka juga telah redha kepada ALLAH.Dan sebab inilah
juga membuatkan sahabat tak bimbang bila nak mati.
[ Seperti yang pernah kita baca dalam Sirah,yakni
menceritakan tentang ada sahabat yang seronok bila nak
mati kerana tak sabar nak bertemu dengan ‘Kekasih’
mereka,yakni ALLAH SWT.Tapi  kita ni pulak jadi
sebaliknya,iaitu jadi takut nak mati. ] 
   Sebab apa para sahabat gembira?…Sebab ALLAH sudah
redha kepada mereka,sepertimana turunnya ayat-ayat
Quran yang menjadi dalilnya.
Mengapakah ALLAH sampai meredhai para sahabat? Apa
bezanya mereka dengan kita?…Dari segi fizikal bentuk
tubuh badan,memang tak ada bezanya antara sahabat
dengan kita.Tapi yang membezakannya ialah iman,taqwa
dan sifat mereka terhadap Islam.Itulah bezanya.
[ Sehinggakan malaikat menangis bila ada sahabat
mati.Contoh yang ustaz Halim ambil ialah Saad bin Muaz
r.a.,yang telah meninggal dunia dalam peperangan
Khandak.Walaupun perang Khandak ni tak bertempur
secara berdepan,tapi panah memanah antara satu sama
lain berlaku juga.Lalu satu anak panah sesat daripada
pihak musuh,tiba-tiba mengenai Saad bin Muaz,yakni
pemimpin Ansar; maka beliau pun jatuh sakit dan
meninggal dunia.Kalau tuan-tuan belajar Sirah, nama
Saad bin Muaz tidaklah terkenal orangnya, tetapi
namanya dikenali di langit yakni dikalangan para
malaikat. ]
     Sebab itu kata ulama bahwa manusia ni boleh
di’katogeri’kan.Yakni golongan yang pertama ialah
mereka yang dikenali di dunia dan dikenali di
langit.Mereka ialah seperti Rasulullah
s.a.w.,Saiyyidina Abu Bakr as-Siddiq dan Saiyyidina
Umar al-Khatab.
[ Mereka adalah contoh orang yang disayangi manusia
dan juga disayangi para malaikat. ]
Kemudian,golongan yang kedua pula ialah di dunia
sahaja dikenali,tapi di langit tidak pula.
[ Haaa! Golongan ni yang banyak sekarang ni. Sebut
nama saja,semua orang kenai.Tapi di langit,belum
tentu.Mungkin dia dilaknat oleh ALLAH,Malaikat dan
semua manusia.Dia dikutuk/dimaki bukan kerana namanya
atau tubuhnya,tapi ialah kerana perangai dia.Tuan-tuan
bayangkanlah,macamana ‘dia’ nak tidoq malam lena?
Katakanlah,satu malam purata ceramah seluruh Malaysia
dok ada 40 tempat, maka setiap malam ‘dia’ dok kena
lebih kurang 40 kutukan (tu tak masuk lagi kutukan
daripada hadirin lagi).Jadi,lena ka ‘dia’ tidoq?
Apakah erti hidup ‘dia’?…Tara nak lena
saja,terperanjat ‘dia’ bangun, nuuuh,belah timur dok
hentam ‘dia’.Kemudian,masa nak letak balik kepala kat
bantai, terperanjat lagi, kali ini tengok-tengok kita
belah utara pulak dok hayun ‘dia’.Itu baru satu
malam.Tuan-tuan bayang ka,dalam satu bulan,berapa
banyak ‘dia’ dok kena maki? 40x30=1200 makian ‘dia’
kena.Kalau macam ni,apa erti hidup ‘dia’? Salah
sapa?…Yang salah ialah ‘kamu’ jugak.Yakni
sikap/perangai jahat ‘kamu’ yang tak hendak kepada
Islam, maka orang pun marah/benci.
Masa hangat pilihanraya tahun lalu,lagi teruk ‘dia’
kena.Masa tu,ada kajian telah dibuat (matlumat dari
KL),yang mengatakan bahwa satu malam sahaja,orang
keluar dengar ceramah ialah dianggarkan 3 juta
orang.Kalau banyak ni punya orang derma, maka tak
payah panggil Siti Nurhaliza.Cukup dengan hanya tempek
poster,kemudian malam sat lagi,berduyun-duyun turun;
jenuh lah pekerja ‘unit amal’.Mereka yang ramai-ramai
ni mai pasai apa?…Pasai hati mereka sudah mau pada
Islam, hati mahu menghapuskan kezaliman, hati mahu
kesedaran. ]
Dan kata ulama bahwa ada orang yang di dunia tidak
dikenali,tapi dia dikenali di langit.
[ Yakni seperti Saad bin Muaz.Bila Saad mati,Nabi
menangis sambil berkata,”Demi ALLAH,arasy ALLAH sedang
bergegar sekarang kerana kematian Saad bin Muaz. ]
 Sebab itu,mereka (sahabat) tidak merasa bimbang
kerana diredhai ALLAH.

     Oleh itu,penyelewengan akan berlaku bila kita
taat kepada selain daripada ALLAH SWT.Terutama bila
kita cuba berjinak atau berkawan dengan
Yahudi/Nassara.Tolong ingat ayat ini; dimana firman
ALLAH dalam Surah Ali Imran ayat 101 yang bermaksud,
”Hei orang beriman,sekiranya kamu taat kepada
sebahagian ahlul kitab yakni yahudi/nassara, dan kalau
kamu ikut mereka; nescaya yahudi/nassara akan
memalingkan kamu daripada kamu beriman.Maka kamu akan
jadi kafir.” 
[ ALLAH dah bagitau lama dah tentang perangai
puak-puak Yahudi/Nassara ni.Sebab itu,apa perlu ‘kita’
pi ucap tahniah dekat PM yahudi tu? Dan apa perlu
‘kita’ pi buat pertemuan dengan David Levy iaitu
Menteri Pertahanan Israel, walaupun ‘puak karat’ kata
secara spontan saja.Hangpa ingat kami bodo
ka?…Pertemuan ambik masa 45 minit,spontan apa namanya
tu.Yang tu bukan ‘spontan’ lagi,tapi ‘sepantun’.Melayu
dok pi bermesra lawan pantun dengan yahudi pulak.Yang
kita faham,’spontan’ ni lagu mana bertemu tanpa
dirancang dengan split second saja.Yang tu baru
spontan. 
Apakah umat Islam di Malaysia sudah BUTA
sejarah???…Pada masa yang sama dengan pertemuan itu;
Harakah telah melaporkan bahwa Yahudi laknatullah
telah mengeluarkan produknya yakni arak dengan
botolnya bergambarkan Masjidil Aqsa…Astaghfirullah;
kiblat pertama orang-orang Islam,itulah Masjidil Aqsa
sepertimana yang dikatakan ALLAH dalam Surah
al-Israak.Yahudi bubuh gambaq masjid kat botoi-botoi
arak depa,pasai depa nak bagi message kat kita orang
Islam,bahwa kita orang-orang Islam ni kira tak boleh
nak buat apa dah.Mereka menghina kita sampai begitu
sekali.
Yahudi menjadi lebih berani lagi sekarang,kerana ada
pemimpin Islam yang terhegeh-hegeh pi jumpa depa konon
nak ucap ‘congratulation’,untuk buat hubungan dua
hala.Sehingga sanggup panggil pasukan kriket depa
untuk bermain bersama-sama.Apakah kamu buta
sejarah,wahai pemimpin-pemimpin Melayu Islam sekelian?
Sila baca sejarah sikit; kerana depa ni yahudi adalah
satu bangsa yang tak pernah bersyukur kepada ALLAH
ketika mereka diselamatkan oleh ALLAH daripada
Firaun.Sepertimana dalam firman ALLAH yang bermaksud,
“Ingatlah,ketika Kami wahyukan kepada Musa : Wahai
Musa,keluarlah kamu daripada Mesir ini di malam
hari.Bawalah pengikut-pengikut mu dan pukul lah laut
itu dengan tongkatmu,nescaya laut akan terbelah.Wahai
Musa,apabila laut itu terbelah, jalanlah kamu,dan
janganlah kamu takut akan tenggelam dan janganlah kamu
takut akan basah.” 
…Dalam riwayat menyebut bahwa apabila Nabi Musa a.s.
pukul laut,maka ia menjadi 12 lorong.Dan begitulah
juga daripada firman ALLAH lagi yang bermaksud,
“Ingatlah,ketika kaum Musa meminta daripadanya untuk
meminum air.Lalu kata ALLAH : Wahai Musa,pukul lah
tongkatmu ke batu itu.Lalu Musa pukul,maka keluarlah
daripada batu itu 12 matair”
…Mengapa keluar 12 matair? Kerana Nabi Musa membawa 12
kabilah.Kemudian apabila disuruh menyeberang laut dan
dijamin keselamatan mereka oleh ALLAH,maka Nabi Musa
pun membawa 12 kabilah itu menyeberang.Apabila selamat
sampai ke tebing laut seberang sana, maka mereka pun
berdiri tengok Firaun yang mengejar mereka tadi pula
menyeberang.Maka ketika itulah ALLAH berkata kepada
mereka yakni Bani Israil,
“Ketika itu Kami temukan laut dan Kami tenggelamkan
Firuan; sedangkan kamu wahai yahudi Bani Israil
berdiri di tebing sana melihat dan menyaksikan
kehancuran Firaun.”
…Kemudian,elok-elok selepas mereka selamat daripada
ancaman Firaun,lalu ALLAH pun panggil Nabi Musa supaya
pergi ke Gunung Tursina.Yang ni yang dikatakan
perangai yahudi ni; pasai tak lama kemudian setelah
Nabi Musa pergi saja,mereka lantik Musa lain pulak
iaitu Musa Samiri.Mereka lantik Musa Samiri ini kerana
dia pandai jampi-jampi sikit,dia lebih kurang ‘sepupu
spare part’ Mona Fandey jugak la kot.
Kemudian menurut riwayat,Musa Samiri mengambil tanah
daripada bekas tapak kaki kuda Jibril a.s.,lalu
dikepal-kepal dan dijampi lalu akhirnya menjadi seekor
anak lembu (ada ahli tafsir menyebut bahwa bila Jibril
a.s. turun,dia naik kuda.Dan memang pun ada hadis yang
sahih mengatakan bahwa Nabi pernah kata yang Malaikat
turun di Badar dengan menaiki kuda).Kemudian Musa
Samiri pun bagi satu macam punya ‘nasrul haq’ ka apa
ka,lalu anak lembu tu pun boleh
bergerak-gerak.Kemudian dipanggilnya semua Bani Israil
yang baru terselamat tadi dan diistiharkannya yang
tuhan mereka sekarang ialah anak lembu yang boleh
bergerak itu.Maka berkatalah Musa Samiri,
“Inilah tuhan kamu dan inilah tuhan Musa.Cumanya Musa
lupa nak beritahu kepada kita bahwa ini adalah tuhan.”
…Kemudian,apabila kembalinya Nabi Musa daripada Gunung
Tursina,dan didapatinya sebahagian daripada Bani
Israil telah sesat, maka dimarahi abangnya Nabi Harun
a.s. kerana tak menjaga kaumnya.Dipegangnya kepala
Nabi Harun lalu ditariknya janggut Nabi
Harun,sehinggakan berkata Nabi Harun a.s.,
Wahai anak ibuku,janganlah engkau goncang kepala aku
serta tarik janggut aku.”
…Sebab itu,semasa Rasulullah s.a.w. di ‘mikraj’kan,dia
tengok janggut Nabi ALLAH Harun a.s.,colorful yakni
berbelang hitam dan perang.Yang warna perang tu adalah
bekas cekakkan Nabi Musa a.s..Itu dia kuatnya
genggaman Nabi Musa.
Kemudian,apabila Nabi Musa sudah menyedarkan kaumnya
daripada kesesatan; ALLAH suruh orang-orang yang sesat
tadi bertaubat dengan cara pakat bunuh diri
masing-masing.Tu dia,cara taubat pada zaman Nabi
Musa,iaitu pakat bunuh diri.Tafsir pula menyebut bahwa
masing-masing pakat ambik pisau,kemudian tikam
serentak; aku tikam hang,hang tikam aku.Manakala,yang
tinggal saki baki yang tak sesat itu lah,berjalan
dengan Nabi Musa. 
Bila mereka berjalan diatas Padang Pasir yang cukup
panas,maka ALLAH hantar awan untuk melindungi mereka
daripada terik matahari…Tengok,punyalah ALLAH sayang
dekat hambaNya,tapi yahudi laknat ni tetap tak
bersyukur jugak.   
Kemudian bila berjalan-berjalan tu,mereka rasa lapar
pulak.Lalu mereka minta supaya Nabi Musa berdoa kepada
ALLAH supaya bagi makanan untuk mereka.Inilah yang
dikatakan ALLAH Maha Pengasih; diperkenankan
permintaan mereka dengan menurunkan bertalam-talam
makanan daripada langit setiap hari.Cerita ni wajib
kita percaya kerana ia dari al-Quran, jangan pi kata
merapu pulak.Kemudian tu,ALLAH bagi lagi yakni
burung-burung putih yang jinak (macam merpati) datang
mengelilingi mereka.Yang mereka hanya perlu ialah
pegang/sembelih/makan…Punyalah ALLAH sayang yahudi
ni.Tu pun tak bersyukur lagi; depa habag pulak kat
Nabi Musa,”Tak kan kuih dengan burung saja kot.Bawa
mai lah bawang ka atau kacang ka.”…Tengok la
tuan-tuan,nak mentahkedarah bawang pulak.Itu lah yang
ALLAH kata bermaksud, 
“Mereka jumpa Musa lalu berkata : Wahai Musa, kami tak
sabar dan tak puas.Tak kan sejenis makanan sahaja.Tak
dak ka bawang atau kacang? Mintalah kepada Tuhan
supaya Dia tumbuhkan daripada bumi ini kacang dan
bawang.”
…Ya, memang ALLAH bagi semua yang diminta itu kat
depa; tapi bila mai satu masa yang ALLAH suruh depa
berjihad, depa lagu tak mau pi pulak…Niiie dia yahudi
tu.
Kemudian,selepas zaman Nabi Musa a.s. wafat; dilantik
lagi seorang Nabi yang bernama Yushak bin Nun
a.s..Sewaktu itu Baitul Maqdis dicengkam oleh satu
kuasa yang zalim, maka ALLAH perintah Nabi Yushak bin
Nun bawa Bani Israil,yang telah ALLAH kurniakan nikmat
dengan begitu banyak sekali itu,supaya pergi berjihad
untuk membebaskan Baitul Maqdis.Tapi bila Nabi Yushak
ajak mereka berjihad, mereka kata apa kat Nabi
Yushak,”Wahai Nabi Yushak, hang pi lah berjihad dengan
Tuhan hang.Kami tak mau pi,pasai kami hanya nak duduk
bersenang-senang sahaja.Tapi kalau hang menang,kami
sokong.”…Inilah perangai yahudi,yang suka ‘dok atas
pagar’; bukan dia nak buat kerja apa.Hangpa,jangan dok
buat perangai serupa yahudi,yang suka dok atas
pagar.Lagu mana depa kata kat Nabi Yushak,”Pi lah
hang.Kalau menang ,kami sokong.Kalau kalah,kita serupa
biasalah.Tapi,kalau nak pi,minta maaf.”…Ini lah yang
dikatakan ‘atas pagar’.
    Kemudian,sampai pula kepada peringkat pemilihan
pemimpin pun ALLAH masih ajar lagi.Iaitu ketika hendak
memilih pemimpin Bani Israil, depa pakat
melobi.Sehinggalah ALLAH turunkan ayat yang mengatakan
bahwa pemimpin Bani Israil ketika itu adalah
Thalut.Macam-macam tafsir yang menceritakan siapa
Thalut.Ada yang kata tukang kayu.Ada yang kata kerja
kampung.Tapi pokoknya, dia seorang yang hidup
susah.Maka kata Bani Israil,”Kami kenal benar dengan
Thalut ni.Dia saham pun tak dak.Rumah pun tak
dak.Harta pun tak dak.Macamana dia nak memimpin kami?
Yang sepatutnya jadi pemimpin tu ialah kami, kerana
harta kami banyak."…Tuan-tuan,inilah perangai yahudi
yang ditiru oleh melayu hari ini.Yakni diukur pemimpin
melalui harta.Kalau sapa yang boleh bagi projek
jalanraya ka; kalau sapa yang boleh bagi projek ayam
ka; sapa yang boleh bagi kain pelekat ka; sapa yang
boleh bagi harta ka; maka itulah pemimpin.Dan inilah
perangai orang yahudi.Maka kata ALLAH,
“Aku lantik Thalut itu kerana dia ada 2 kelebihan.Yang
pertama; walaupun dia tak dak harta,tapi dia ada
ilmu.Maka bolehlah dia pimpin kamu ke akhirat.Dan yang
kedua pula ialah kerana tubuhnya sihat.”
…Inilah antara yang diajar oleh ALLAH syarat pilih
pemimpin.Tapi kalau kita tengok syarat ni,kemudian
kita compare dengan pemimpin yang dok ada la ni, kira
dah memang ‘out of spec.’,yakni kira tak layak
langsung.Dengan jahil ugamanya, dengan umur 74 tahun
dah,yang orang kata dah ‘laih’.Memang kita kena tukaq
buang pemimpin yang lagu ni.Tapi disini,ustaz cuma nak
sebut,inilah perangai yahudi.
   Teruknya yahudi ni,sampai ke zaman Nabi Zakaria;
dengan depa bunuh Nabi Zakaria a.s. pulak.Tuan-tuan
nak bayang jahat macamana lagi yahudi ni kalau Nabi
pun sanggup depa bunuh? Apabila Nabi Zakaria bangkit
menentang raja yahudi ketika itu,yang hendak
melaksanakan undang-undang adik beradik boleh
bernikah.Kata Nabi Zakaria,”Ini bukan perangai
manisia,tapi ini adalah perangai binatang.”…Apabila
Nabi Zakaria bersama dengan anaknya Nabi Yahya bangkit
menentang satu enakmen yang nampak bercanggah dengan
hukum ALLAH, maka kedua-duanya diburu.Sehinggakan Bani
Israil tangkap Nabi Zakaria,lalu digergajinya pinggang
Nabi Zakaria,serta dibelah kepalanya.Inilah dia
perangai yahudi.
Jadi,buat apalah kita nak berkawan dengan depa
pulak,kerana depa ni lah yang sebenarnya pengganas
dunia,maka secara otomatik menjadi musuh Nabi dan
musuh ALLAH no.1.
   Sehinggalah sampai pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.
pula; mereka nak bunuh pula Rasulullah dengan satu
komplot menggunakan batu (bukan arsenik).Iaitu semasa
Nabi datang nak melawat perkampungan Bani Nadhir;
mereka naik atas bumbung dan cuba menolak batu besar
jatuh ke atas kepala Rasulullah.Lalu rancangan yahudi
ini dilaporkan awal-awal oleh Jibril a.s. kepada
Rasulullah s.a.w.; maka Rasulullah cukup marah.Lalu
Rasulullah bersama dengan tentera Islam mengepung
perkampungan Bani Nadhir 15 hari 15 malam, maka
akhirnya Bani Nadhir ini pun dihalau dari Madinah dan
mereka berkumpul di Khaibar.Peristiwa ini telah
dirakamkan ALLAH dalam Suratul Hasyr ayat kedua yang
bermaksud,
“Dialah Tuhan yang telah mengeluarkan ahlul kitab
yakni orang-orang yahudi Bani Nadhir,daripada kampung
mereka.”…Mreka telah dihalau kerana nak bunuh Nabi.
   Sehinggalah Nabi wafat, selepas itu mereka tak
henti-henti bermusuh dengan orang-orang Islam.Dan
akhirnya,sampai kepada tahun 1948,mereka berjaya
merampas tanah orang-orang Palestin secara haram
melalui boneka mereka iaitu PBB.Dan sampai
sekarang,kita masih dicengkam di bawah telunjuk
puak-puak yang selama ni adalah musuh ALLAH dan musuh
para Nabi.
Dalam keadaan macam ni,saya cukup heran sungguh;
lagumana ada pemimpin Melayu boleh kata yahudi tu
baik,boleh buat kawan?…Inilah kenyataan dari si jahil
murakkab namanya (2x jahil). ]
     Dalam ceramah-ceramah kita; kita mendedahkan
penyelewengan,tapi kita pula dianggap berdosa.Kita
mendedahkan kezaliman,tapi kita dikatakan
menfitnah.Oleh itu,maka benarlah kata Nabi
s.a.w.,”Bahwa antara tanda hari nak qiamat ialah
apabila orang baik dianggap jahat; manakala orang
jahat pula dianggap baik.”…Emmm,Nabi dah habag lama
dah perangai puak-puak ‘karat’ ni.
Tapi,walau apa pun; kita tetap yakin bahwa sebelum
ALLAH qiamatkan dunia,Islam tetap akan dimenangkan
terlebih dahulu.Ini memang janji Rasulullah
s.a.w..Oleh itu,Islam akan memerintah dunia dulu
sebelum qiamat.Adakah sudah sampai masanya
sekarang?…WALLAHUA`LAM.Kita hanya perlu teruskan
perjuangan,sampai kita dipanggil oleh ALLAH.Dan
kemudian barulah kita akan lihat nanti balasanNya di
negeri akhirat.Maka inilah keyakinan kita.
     Oleh sebab itu,kesimpulannya; tidak boleh kita
taat selain daripada ALLAH.Kerana taat selain daripada
ALLAH dipanggil satu penyelewengan.Sebab itu,
`ubudiyah adalah milik ALLAH SWT.

…….bersambung…….      



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online and get email alerts with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke