H-Net* Mastika Hadith - Muqaddimah - Bab 7 - Hadith 22.

2001-11-18 Terurut Topik Omar AlKhatab
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh, 
Mastika Hadith - Muqaddimah







Bab 7 : Wajib menuntut Ilmu Agama dan kelebihannya.
Hadith 21 :
Dari Ibnu Mas`ud r.a., dari Nabi s.a.w, sabdanya : "Pelajarilah ilmu-ilmu agama dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; - Pelajarilah perkara-perkara yang difardhukan di dalam Islam dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; pelajarilah al-Quran dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; kerana sebenarnya aku seorang yang akan mati (seperti makhluk-makhluk yang lain), dan ilmu juga akan diambil (kembali oleh Tuhan dan hilang lenyap), dan akan lahirlah berbagai-bagai fitnah kekacauan sehingga akan berselisih dua orang dalam suatu perkara yang difardhukan, yang mereka tidak dapat seorang pun yang boleh menyelesaikan perkara yang diperselisihkan itu." (Al-Darimy dan al-Darokhuthni)
Muslimin Muslimat rahimmatulmullah. Hadith yang ke 22 yang kita baca pada kali ini, masih lagi membicarakan perkara yang berhubung dengan kepentingan ilmu dan perkara-perkara yang ada hubung-kaitnya dengan menyampaikan ilmu itu kepada manusia. Sebab itu Nabi s.a.w. menyebut di dalam hadith ini bahwa paling tidak kita mesti pelajari 3 perkara utama ini. 
1) Belajar ilmu-ilmu agama;
2) Belajar perkara yang difardhukan oleh ugama;
3) belajar tentang al-Quran.
dan kemudian; ajarkan pula kepada orang lain.
1) Nabi s.a.w. amat-amat menekan umatnya supaya memahami betapa besarnya faedah mencari dan menuntut ilmu. Kerana ia merupakan suatu perkara yang boleh menghapuskan kejahilan daripada diri kita. Jahil ini sebenar adalah gelaran yang diberi oleh Rasulullah s.a.w. kepada seorang manusia yang bernama Umar bin Hisyam (Abu Jahal). Gelaran ni dia dapat bukan kerana dia tak ada kuasa, bahkan dialah sebenarnya PM Mekah waktu jahiliyah dulu. Dia ada ahli exconya yang menerajui pelbagai jabatan; seperti jabatan perangnya, jabatan jaga airnya, jabatan pertaniannya; semuanya ini di bawah kawalan PM si Abu Jahal. Sebelum Nabi s.a.w. jadi rasul, kekuasaan Abu Jahal begitu terserlah sehingga ada orang panggil dia "Abal hakam" (ketua hakim). Sebab segala keputusannya hendaklah diterima walaupun bercanggah dengan Islam. Tetapi bila Nabi dilantik ALLAH menjadi rasul, maka gelaran "Abal Hakam" itu Nabi tukar jadi "Abu Jahal"...
Pasai apa jadi lagu tu, tuan-tuan?...Ini adalah kerana dia tak reti Islam. Walaupun dia ada ilmu memerintah dan dia amat tahu selok belok perdagangan export import apa ni semua, sehinggakan ALLAH isytihar kepada mereka Surah Quraisy kerana kehebatan mereka berniaga; tetapi bila tak kenal halal haram, maka Nabi s.a.w. panggil dia dengan gelaran "Abu Jahal" (paling bodoh manusia). Inilah dia contoh orang yang tak mengaji dan contoh orang yang tak ada ilmu. Maka benarlah seperti apa yang disebut dalam pepatah Arab, "Kejahilan itu adalah pembunuh bagi kehidupan."...Bila dah kena bunuh, maka mana mungkin nak dibezanya yang mana satu haq dan yang mana satu kebat!
hilan. Dah tak tahu nak beza dah antara perkara asas yang perlu kita belajar, dengan perkara-perkara yang boleh menghancurkan aqidah, iman dan sebagainya. 
Sebab itu Nabi s.a.w. berpesan benda begini kepada kita, supaya nanti kita ada bekalan. Kerana dengan ilmu itulah akan menghasilkan amalan. Dan dengan amalan itulah nanti, kita akan bawa untuk berbekal di hadapan ALLAH SWT pada hari Qiamat kelak. Sebab itu Nabi s.a.w. menyebut di dalam satu hadith yang lain, ketika baginda menghuraikan kod etika kehidupan di dunia; iaitu bagaimana kita nak dapat "Fiddun ya hasanah wa fil akhiratil hasanah wa qina aza bannar"?...Mafhum hadith itu, "Jadikanlah kehidupan kamu di dunia ini seperti 2 orang jenis manusia. Yang pertamanya ialah seperti orang yang duduk dalam keadaan sedang merantau di luar negeri"...Mengapa Nabi s.a.w. ajar macam tu?...Sebab apabila seseorang itu pergi merantau, maka pasti akan wujud satu pe!
rasaan di dalam hati kita bahwa kita sentiasa rindu nak balik ke kampung halaman. Biarlah berpuluh tahun dirantau orang, tapi perasaan rindu nak balik kampung ni pasti ada.
( Saya tak lah belajar keluar negara pun, tapi pengalaman hampir 10 tahun hidup sendirian di kota Metropolitan KL ada la jugak. Walaupun KL hidup malam-malamnya dengan segala jenis hiburan yang boleh kita cari; tapi anak mami Penang jugak yang disyoknya. )
...Jadi, bila balik kampung tu, takkan balik dengan tangan kosong aje. Takkan takdak satu dua cenderamata apa ka kat orang tua?...Sebab itu, Nabi s.a.w. kata kamu sedang merantau jauh dan kamu akan kembali ke kampung halaman. Iaitu nak ceritanya ialah daripada ALLAH kamu datang dan kepada ALLAH juga kamu akan kembali. Dan samalah jugak, takkan nak kembali kepada ALLAH dengan tangan kosong aje. Kata Nabi s.a.w., "Mesti ada bekalan. Dan bekalan itu ialah amalan. Dan amalan ini, semuanya berpunca daripada ilmu yang kita pelajari."...
2) Kemudian yang keduanya pula kata Nabi s.a.w., "Ajar pada orang ramai."...Sebab itu tak boleh kita adakan suatu kaedah nak sekat dan nak matikan peranan masjid dalam menyampaikan 

Re: H-Net* Mastika Hadith - Muqaddimah - Bab 7 - Hadith 22.

2001-11-18 Terurut Topik Osman Mia


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
 --- Omar AlKhatab [EMAIL PROTECTED] wrote:  
 Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh, 
 
 Mastika Hadith - Muqaddimah
 
 
 Bab 7 : Wajib menuntut Ilmu Agama dan
 kelebihannya.
 

Assalammu alaikum. Betulkah jika saya jelaskan
yang wajib di atas ialah wajib fardu kifayah,
bukan wajib fardu ain? Sekian.

Osman Mia
http://dimashq.hypermart.net/go.pl/osman



Do You Yahoo!?
Get your free @yahoo.co.uk address at http://mail.yahoo.co.uk
or your free @yahoo.ie address at http://mail.yahoo.ie

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: =?iso-8859-1?q?Osman=20Mia?= [EMAIL PROTECTED]