*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu Alaikum semua.

Bagi mengurangkan kecederaan dibelasah dimasa depan
saya seru umat Islam banyak beriyadah, bersukan;
jogging, workouts di gymnasium, belajar memanah,
berkuda, berbasikal, berenang, bertinju, silat.Tapi
sebelum itu kurangkan berat badan ke paras ideal. Ini
dapat  dilakukan dengan mengurangkan makan kepada
separuh dari yang selalu anda makan(Arahan ini 
terdapat di Alquraan).Sambil itu beriadahlah.
Ketahuilah Nabi sendiri pun beriadah. Siapalah kita
untuk tidak beriadah?. Islam banyak menyeru kearah
ini. Cuba perhati2kan nas2 kearah ini).

Ramadhan adalah masa yang amat baik untuk menguatkan
badan dan menguji ketahanan jasmani.Dimasa kekurangan
tenaga dari makanan begini kita berpeluang
menghidupkan tenaga dalaman kita. Cubalah untuk
memahami perkara ini. Cuba ambil manafaat tambahan
dari Ramadan. Ini adalah satu daripada kelebihan puasa
yang ramai tidak mengetahui. Ketahuilah perang dalam
Islam juga banyak berlaku di musim ramadhan, tapi
Islam tetap menang. Apakah tiada mesej untuk kita
dalam hal ini? Fikirlah kerana Allah amat suka orang
Islam yang berfikir!

Wasslam

IMMI

--- ROZI <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Kita rakyat Malaysia, parti-parti yang berada dalam
> barisan alternanif,mempertegaskan sekali
> lagi,perjuangan kita untuk mendapatkan kuasa melalui
> pilihanraya. Oleh itu hormatilah demokrasi,
> hormatilah jalan-jalan parti politik bekerja dan
> bersuara untuk mendapatkan kuasa melalui
> pilihanraya.
>        Tetapi kita ingatkan kerajaan Malaysia
> pimpinana Mahathit mohamad, jangan memaksa rakyat
> Malaysia mengubah agenda perjuangan. Ingat, Setakat
> ini kami memeilih jalan yang dipanggil muwajahah
> salmiyah. Kita nak berhimpun secara aman,bercakap
> secara aman, sebar risalah secara aman. Tetapi
> tuan-tuan sekalian, keamanan itu tidak dihargai,
> diporak-perandakan pasukan keselamatan.
>        Merekalah penyebab berlaku huru-hara ataupun
> tercetusnya hura-hara. Kita memilih jalan tidak
> melawan. Apabila pihak polis membelasah orang-orang
> kita, termasuk gadis dihadapan saya kain tudungnya
> direntap, punggungnya disepak jatuh kedalam
> longkang.
>        Para pemuda minta izin kepada saya. "Bang
> Mat! Apa kita nak buat?" Saya kata, "Bersabar! Kita
> bukan memilih untuk melawan." Kawan-kawan yang
> mengelilingi saya menadah belakang mereka untuk
> dipukul oleh polis, asalkan rotan itu tidak singgah
> ke badan saya. Itulah sikap ahli-ahli kita menjaga
> pemimpin.Kalau tidak entah berapa rotan yang hinggap
> di badan saya.
>        Walaupun satu rotan hinggap, kurasa pedih
> hingga hari ini! Seribu para pemuda bertanya, "Bang
> Mat, apa nak buat?" Kita bersabar! Jangan kita
> melawan dengan pasukan keselamatan.
>        Bayangkan pasukan polis,pasukan keselamatan,
> saudaraku, adik-adikku, sahabat-sahabatku yang duduk
> dalam pasukan polis, Bagaimana kalau pemimpin kami
> mengatakan : "Jihad dan beredialah untuk mati!"
> Kalau itu lah yang keluar dari mulut kami, apa akan
> jadi?
>        Bergelimpanglah mayat, khasnya orang Islam,
> di atas jalan raya, sam ada pihak polis atau di
> pihak orang ramai. Mahukah kita keadaan itu?
> (Hadirin memberi respon yang riuh).
>        Para pemimpin kita masih berkepala dingin.
> Kita masih bersikap sacrifice! Walaupun badan kita
> dipukul, wanita kita ditendang dipijak, kita memilih
> jalan damai, sebab kita tahu yang kita tentang ialah
> Dr Mahathir dan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional.
>        Tetapi para hadirin yang dihormati sekalian.
> Manusia ini ada batas kesabaran. 116 ditangkap,
> lebih 50 cedera, seorang hampir hilang penglihatan,
> sudah dua hari dalam lokap baru bawa ke hospital
> untuk diperiksa.......Ini semua tindakan berbarisan,
> jahilliah, Israel, Yahudi!
>        Kami masih boleh bersabar. Tetapi jika
> dihadapan mata kami berlaku lagi tindakan yang ganas
> sedemikian rupa, apabila aku tidak boleh berkata
> lagi bersabar; tetapi waktu itu naluri jiwa ku
> mengatakan: Ayuh kita menempuh maut! Kalau waktu itu
> aku berkata demikian, apa jadi?
>        Sebab itu tuan-tuan sekalian, Sebab itu
> tuan-tuan sekalian, dalam parlimen tadi wakil rakyat
> Shah Alam yang biadap, kurang ajar, mencadangkan
> suya pihak polis menangakap pemimpin-pemimpin yang
> menganjurkan demokrasi......saya kata;"Apa nak
> tangkap? Mati pun saya tak takut."
>        Pigi rah!! Pemimpin barisan nasioanal
> pengecut! Saya punya jerkah dalam parlimaen tadi,
> hampir sakit dada saya. Oh sikit-sikit nak tangkap,
> sikit-sikit nak suruh tangkap, saya jerit dalam
> parlimen: "Kalau bergitu, bunuh semua pembangkang."
> Kamu duduk sorang-sorang di Malaysia ni. Ini negeri
> bapak kamu!
>        Samseng sebegitu rupa! Sikit-sikit, ugut
> penangkapan. Mereka ingat ini negara mak bapak
> mereka? Kalau rakyat sebanyak ini kita kerahkan,
> kita boleh pecahkan penjara. Boleh atau tidak
> (Hadirin menjawab;"Bolehhhhhh!) Ingat kesabaran kita
> ada hadnya. Ingat! ingat!
>        Ini umat Islam di abad 15 Hijrah, demi
> menegakkan keadilan, menegakkan kedaulatan Islam,
> menegakkan kedaulatan ummah, bukan setakat tenaga
> dan wang ringgit, nywa sedia kita korbankan!
>        Tapi tahap kesabaran kita masih ada. Oleh itu
> Tan Sri Norian Mai, perbaiki keadaan, jangan sampai
> perkara ini berulang.... Ingat! Kami tak ada wang,
> kami tak ada kekuatan. Yang kami ada ialah semangat
> Jihad Fi Sabi-lillah!
>        Para hadirin yang di hormati sekalian, kita
> dalam perjuangan perlu ada perpaduan dan kesabaran.
> Kita akan terus hadap Umno dan Bariasan Nasional
> secara beradap, secara demokrasi. Tapi kalau
> kerajaan Dr Mahathir ingin ubah agenda perjuangan,
> kami akan berkata; Pucuk dicita ulam mendatang.
> 
> Ceramah Mohamad Sabu, Taman Melewar-8/11/00 
>  
> 


=====
Wassalam.

IMMI

                 ====&&&&    Dan adalah orang Islam itu :    &&&=======

1Tidak zalim   2. Tidak membazir 3. Menjaga keselesaan jiran 4.

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - Thousands of Stores. Millions of Products.
http://shopping.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: hadi ma <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke