Terdapat Attachment disini (dlm bentuk email) == Laman Jiwa Merdeka http://beras.tripod.com --------------------------------------------- Banner Kebajikan : http://pemantau.tripod.com/artikel/16Feb2000derma.html _____________________________________________________________ Saya menggunakan email @ikhlas.com Awak bila lagi ? http://ikhlas.com
Sabtu, 18 Mac 2000: Mujahidin Menggagalkan Penaklukan Rusia ke atas Saadi-Khutor (Komsomolskoye) Dua minggu lalu, sekumpulan kecil Mujahidin di bawah pimpinan Komander Qalayev telah melancarkan serangan ke atas tentera Rusia di kaki pergunungan Chechen. Unit ini memusnahkan berbagai formasi Rusia, membunuh sejumlah besar barisan tentera musuh dan memusnahkan banyak kenderaan dalam satu siri serang hendap serang-dan-undur. Semasa operasi, Mujahidin dikelilingi oleh sebilangan besar unit musuh di kampung Saadi-Khutor (yang dirujuk di dalam media dengan nama Rusianya iaitu Komsomolskoye). Tentera Rusia telah menakluk sepenuhnya kawasan bandar dan bersedia untuk menghancurkan kumpulan kecil Mujahidin itu; paukan pengebom udara Rusia dan helikopter penyerang telah menghujani kampung itu terus-menerus dalam persediaan untuk serangan darat. Selepas beberapa hari serangan bom yang teruk, tentera Rusia melancarkan serangan berangkai (serangan darat yang hebat disokong oleh serangan udara) terhadap kampung tersebut. Pihak Rusia mara dengan yakin dengan kemenangan mereka, pihak Barat telah mengumumkan kemenangan Rusia sebelum peperangan bermula - seluruh dunia mencanangkan kemaraan pihak Rusia yang merupakan kemusnahan kepada kumpulan kecil Mujahidin di Saadi-Khutor. Allah mempunyai rancangan yang berbeza. Seperti di Grozny, Mujahidin telah menghancurkan serangan Rusia; terpegun dengan kekalahan mereka dan kerugian besar yang mereka terima, tentera Rusia mengundur diri dalam kebingungan dan beralih kepada serangan udara dan pengeboman. Tentera sokongan dihantar ke kampung itu dan serangan baru dilancarkan. General Rusia yakin kali ini mereka akan berjaya. Tidak. Mujahidin telah menghancurkan serangan ke-2, ke-3, ke-4, dan ke-5.... Tergamam dan kebingungan pihak Rusia menghadapi satu lagi kejutan, Mujahidin yang ditawan dapat mencuri keluar dari kampung itu tanpa kecederaan/kerugian apa2 dan tidak dapat dikesan oleh pihak Rusia pun. Seperti di Grozny, satu kumpulan Mujahidin yang kecil, kurang tenaga tentera dan senjata, telah berjaya mempermain dan mengalahkan tentera Rusia yang jauh lebih ramai dan bersenjata lebih canggih; pihak musuh mengalami kerugian besar dari segi tentera dan peralatan dan, dikalahkan oleh pejuang-pejuang Allah, tidak langsung memasuki kampung yang telah ditinggalkan itu sehingga 3 hari selepas pengunduran pihak Mujahidin. Itu adalah cerita Saadi-Yurt. Ada 300 buah kampung lagi di Chechnya. Kuasa Rusia Mengadakan Kedudukan Bertahan Baru Berikutan kekalahan teruk akibat siri serangan gerila oleh Mujahidin, tentera Rusia telah mengambil langkah bertahan dan membina posisi kubu yang kukuh dengan harapan untuk melemahkan serangan Mujahidin. Sumber-sumber Mujahidin telah memastikan yang peralatan Rusia termasuk senjata anti-personnel, trenches, dan bom tanah. Perubahan taktik tentera Rusia telah membuktikan Mujahidin mempunyai inisiatif dan meletakkan peraturan2 peperangan ini. Rusia telah bertahan di posisi yang di ketahui manakal Mujahidin boleh menyerang bila dan di mana saja mereka mahu. Senario peperangan yang seperti inilah yang membawa kekalahan pihak Rusia dalam tahun 1996. Diambil dgn kebenaran drpd :- http://abumuslim.tripod.com/news.html#Sabtu18 http://www.qoqaz.com.my/news.html#Sabtu18 sekian note: sila forward tanpa membuang URL asal. Hasbullah Pit Abdul Rahman - sebol (ikhlas.com) http://ikhlas.com http://dmoz.org/Bookmarks/S/sebol/ ________________________________________________________________ Saodah, Cucu Tok Seman Ngoknget , rumah tepi sungai tu . Sekarang ni sudah ada email secara percuma , [EMAIL PROTECTED] . Awak bila lagi ? http://ikhlas.com