*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




MUSA HITAM PERLI UMNO MAHATHIR
Oleh MSO 
[EMAIL PROTECTED] 

Mantan Timbalan Perdana Menteri Pertama Tan Sri Musa Hitam mengakui perjuangan Umno 
hari jauh berbeza dengan perjuangan Umno sewaktu ia mula ditubuhkan dahulu. 

Menurutnya, dulu perjuangan Umno berasa kepada kepentingan bangsa, agama dan tanah air 
dan bukannya mementingkan soal kepentingan diri seperti masa kini. 

Ketika berucap melancarkan buku Kunang-Kunang karya Datuk Syed Ahmad Jamal di Dewan 
Bahasa dan Pustaka petang tadi, beliau menegaskan; Dulu soal kepentingan diri tidak 
ada di dalam Umno, yang ada hanya berjuang untuk masyarakat. 

Menurut beliau juga, Umno dahulu penuh sopan santun, tetapi Umno hari ini sudah hilang 
toleransi. Beliau lantas memperli dan merujuk kepada tindakan pemimpin Umno di mana 
sebelum Mantan TIM ketiga itu dipecat ia terlebih dahulu diaib dan dimalukan. 

Katanya Umno dulu dikatakan bersiasah, tetapi Umno hari ini sudah hilang siasah. Kalau 
Umno mengamalkan siasah, ia akan menyiasat sebelum menghukum, tetapi hari ini hukum 
dahulu lepas itu baru gelabah, katanya disambut tepuk sorak oleh yang hadir. 

Mantan Timbalan Perdana Menteri Pertama itu juga menyeru secara simbolik, Malaysia 
boleh mencapai apa yang dicita-citakan asalkan kita memboleh dan dibolehkan. Adalah 
difahamkan maksud Tan Sri Musa itu ialah, berkaitan dengan kelanggoran untuk merebut 
jawatan di dalam Umno pada 11 Mei akan datang. 

Umno telah membuat keputusan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dibenarkan 
dipertandingkan. Ekoran itu menyebabkan ahli Umno yang bercadang untuk menentang 
Mahathir dan Abdullah Badawi masih terkial-kial dan pasti apakah mereka boleh atau 
tidak menentang Presiden dan Naib Presiden Umno itu. 

Turut sama hadir di majlis itu ialah Puteri Reformasi Nurul Izzah Anwar. 
  





Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Imran Daud" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to