Kecurian Senjata - Muslihat MAHAFIRAUN

Kejadian besar kecurian senjata di kem tentera baru-baru ini mengundang pelbagai andaian dan spekulasi. Namun begitu terdapat peberapa keanehan yang berlaku sebelum, semasa dan selepas kejadian yang perlu dipandang serius.

Kejadian ini dipercayai bukan hanya suatu insiden terpinggir, tetapi suatu 'Grand Design' pihak tertentu dengan perancangan yang khusus. Sila renungi beberapa fakta dan andaian ini.

1. Kejadian ini berlaku seakan mengambil centre-stage daripada isu penculikan Abu Sayyaf yang sudah pun mengendur dan tidak lagi menjadi perhatian. Ia seakan mengalihkan pandangan kepada isu-isu semasa yang tidak kurang besarnya. Antaranya isu kenyataan bekas pengarah BPR dan laporan polis yang dibuatnya berkenaan pembabitan MAHAFIRAUN menghalang tugas BPR daripada meneruskan siasatan kepada Ali Abul Hasan. Norian Mai membisu dan menjauhkan diri daripada pemberita untuk membuat sebarang komen. Tiba-tiba kes kecurian ini muncul dan beliau hanya menumpukan kepada isu ini, membiarkan isu MAHAFIRAUN lenyap begitu sahaja.

Juga isu mengaitkan Ketua Hakim Negara dengan Amalan Rasuah yang belum berkesudahan. Isu serangan virus Nipah yang dikesan di Sarawak yang mula merebak dengan cepatnya.

2. Kejadian kecurian ini mendapat liputan luas akhbar dengan laporan yang begitu terperinci. Di dalam zaman akhbar yang begitu dikuasai oleh kerajaan BN, berita-berita yang mengancam kredibiliti mereka dan keselamatan Negara biasanya disorok seberapa boleh. Contohnya apabila wabak Nipah melanda, maklumat-maklumat yang diterima sangat ringkas dan angka rujukan yang diberi juga jauh daripada yang sebenarnya berlaku. Seperti komen yang biasa kita dengar, "lebih besar berita, lebih besar pembohongannya".

3. Kejadian ini mengundang persoalan, "Kenapa mereka (pencuri) melakukannya?". Dilihat daripada perancangan dan modus operandinya, ia berjalan sungguh licin dan teratur, (berkemungkinan oleh orang dalam sendiri) suatu perancangan yang rapi. Tetapi selepas saja berjaya melarikan senjata, mereka menyorok di dalam dusun, membuat beberapa tembakan percubaan dan mendiamkan diri. Tiada perancangan khusus samada untuk melarikannya (senjata) ke seberang untuk penjualan senjata (kemungkinan yang tipis kerana lebih mudah mendapat senjata di seberang dari di Malaysia) atau melakukan rampasan kuasa dsb, seperti merampas stesyen radio, tv, menahan tebusan dari kalangan ahli politik dan sebagainya. Kumpulan ini hanya menahan beberapa orang kampung sebagai tebusan tanpa apa-apa demand.

4. Jika ia benar-benar berlaku diluar pengetahuan kerajaan, MAHAFIRAUN dan kunco-kunconya dah lama cabut lari atau meningkatkan kawalan mengejut di kediamannya dan kedudukan strategik seperti stesyen tv dan parlimen. Sebaliknya MAHAFIRAUN kelihatan tenang dan memberi beberapa pandangan yang provokatif seakan-akan mengaitkan kejadian dengan pihak pembangkang.

5. Statement daripada Najib dan timbalannya, seperti orang hilang punca, meneka-neka kemungkinan liar dan sangkaan-sangkaan tanpa maklumat tepat seperti "kebarangkalian motif adalah melakukan jenayah, kemungkinan sebab-sebab politik belum dapat dipastikan". (jenayah apa nak dilakukan dengan senjata sebanyak itu…..?)

6. Kedua-dua sebab 4 & 5 seakan cuba membayangkan "Motif mereka sebenarnya menimbulkan huru hara, rampasan kuasa oleh golongan ekstrimis pembangkang atau gerakan Islam, cuma kita masih belum ada maklumat lagi untuk mengaitkan mereka…..tunggu maklumat (lakonan) kami seterusnya".

7. Kejadian ini bersambungan dengan redanya serangan bertubi-tubi mereka kepada parti keADILan (sempena pilihanraya kecil Teluk Kemang), dan serangan terhadap PAS (ketika berlangsungnya muktamar). Ia seakan suatu wrap up untuk menyerang pembangkang dengan seluruh kekuatan dengan sentimen keselamatan negara. Mungkin operasi lalang 2 akan muncul selepas "maklumat mengaitkan kejadian kecurian dengan pemimpin pembangkang yang kecewa dan mengambil jalan mudah….."… 

8. Sama seperti tuduhan bekas gabenor bank negara mengaitkan Anwar dengan akaun berkanun sebanyak 3 bilion ringgit. Berita diperbesar-besarkan, mengaitkan Anwar dengan kuasa luar yang ingin menjajah. Semua orang tergamam. Kemudiannya berita itu sepi selepas pilihanraya, tiada siasatan lanjut tentang tuduhan, siapa pemberi maklumat malah bekas gabenor yang sepatutnya menunggu perbicaraannya atas tuduhan penyalahgunaan kuasa juga dikatakan sudah melarikan diri sekeluarga ke UK.

9. Peristiwa ini lanjutan dari 2 kes penting iaitu pencolekan oleh Abu Sayyaf oleh 'pemisah Islam' dan pembunuhan setiausaha GAM (Acheh-juga 'pemisah Islam') di Kampung Pandan baru-baru ini. Ia seakan mengingat-ingatkan rakyat akan bahayanya gerakan Islam kepada keselamatan. Suatu sindiran tajam kepada PAS (pastinya ia lebih dari niat menyindir).

10. Ia juga lanjutan daripada gesaan-gesaan dari pemimpin PAS akan konsep Jihad di dalam Islam seperti terkandung di dalam khutbah tuan guru Hadi Awang di masjid Rusila (ketika muktamar berlangsung) dan jemputan ceramah ringkas oleh wakil MILF. Kerajaan BN menggunakan kesempatan ini untuk menyekat kemaraan PAS dengan menggunakan ISA & akta hasutan. 

Tolong edarkan maKlumat ini seberapa segera bagi mengagalkan grand design mereka terhadap pemimpin -pemimpin PAS dan keADILan. Strategi mereka jelas. Masa yang dirancang juga tepat. Ini projek serampang dua mata, menarik sokongan rakyat agar mempercayai teori gila mereka tentang penjajahan kuasa asing dan menguburkan terus gerakan rakyat yang diketuai BA atau setidak-tidaknya menangkap mereka yang dirasakan merbahaya terhadap survival politik mereka.  Pemimpin BA berjaga-jaga dan ambil tindakan yang perlu. Jangan berdiam diri atau mengikut rentak permainan mereka. 

Grand design ini akan gagal jika rakyat tidak mempercayai mereka. Gagalkan mereka. Bertindak segera



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.

Reply via email to