*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ KOTA BHARU, Isnin 7 Jan - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini menjawab kenyataan Perdana Menteri dan mahu Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad “mengakui kesilapannya dahulu” sebelum Pas diminta memohon maaf. Kata Nik Aziz, Dr Mahathir tidak pernah memohon maaf kepada keluarga orang-orang yang terbunuh di Memali pada tahun 1985 di mana jumlah kematian adalah lebih tinggi.
Dalam peristiwa November 1985 itu, seramai 14 orang pengikut Ibrahim Libya terbunuh oleh Polis di Kampung Memali, Kedah. “Selain itu, adakah PM sudah memohon maaf atas kenyataanya bahawa mata Anwar Ibrahim lebam kerana perbuatan Anwar sendiri, sedangkan mahkamah mendapati bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor bersalah memukul Anwar?” tambahnya dalam sidang medianya di sini. Kata Nik Aziz lagi, beliau (Dr Mahathir ) memaksa rakyat mendengar stesen-stesen radionya, menonton rangkaian-rangkaian televisyennya, dan membaca akhbar-akhbarnya. “Beliau tidak pernah memberi orang lain peluang untuk mendengar pandangan kedua. Adakah beliau sudah memohon maaf kepada dunia?” katanya. Ketika ditanya sama ada beliau akan menerima jemputan PM untuk menyaksikan pelaksanaan hukum gantung ke atas tiga orang anggota Al-Maunah nanti, Nik Aziz tidak menjawab tetapi mahu PM memohon maaf dahulu. Mengenai keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati kesemua 19 anggota Al-Maunah bersalah seperti yang dituduh dan menjatuhkan hukuman mati ke atas tiga daripada mereka, Nik Aziz berkata beliau belum membaca penghakiman itu. “Saya tidak peduli dengan Al-Maunah, sebab mereka bukan ahli Pas. Lagipun bukanlah cara kita memperjuangkan sesuatu dengan senapang,” jelasnya ketika ditanya lagi sama ada peristiwa Sauk itu sandiwara kerajaan. Setiausaha Agung Pas Nasharuddin menyebut kelmarin bahawa partinya tetap menganggap peristiwa Sauk itu sebagai satu sandiwara Kerajaan dan enggan memohon maaf dengan pandangan seumpama itu. Semalam Dr Mahathir berkata Pas tidak pernah mengaku salah dan meminta maaf walaupun mereka melemparkan segala bentuk fitnah dan pembohongan. __________________________________________________ Do You Yahoo!? Send FREE video emails in Yahoo! Mail! http://promo.yahoo.com/videomail/ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Amie shah <[EMAIL PROTECTED]>