*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tahukah anda kenapa terdapat ayat yang berikut dalam Al-Qur'an,

Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang yang
mengatakan: "Sesungguhnya Allah miskin dan kami orang kaya."
...[Ali Imran(3):181]

Ayat di atas diturunkan kepada kaum Yahudi di zaman Nabi kita di
Madinah untuk menegur ucapan pemimpin-pemimpin mereka yang suka
mempersendakan Islam. Mereka mengaku beriman kepada Allah, Tuhan
yang Maha Esa, tetapi oleh kerana dengki terhadap dakwah Nabi
kita membawa kebenaran ajaran Tauhid padahal dia adalah seorang
berketurunan Arab, bukannya dari kalangan Bani Israel, pemimpin
Yahudi berani mengeluarkan ucapan-ucapan kufur. Mengikut ajaran
kitab mereka sendiri, adalah HARAM mengeluarkan kata-kata begitu.
Kata-kata umpama "Sesungguhnya Allah miskin dan kami orang kaya",
adalah ucapan kufur, tetapi pemimpin-pemimpin Yahudi berani
berkata secara terang-terang begitu.

Yang lebih menghairankan lagi ialah alim-ulama Yahudi tahu bahawa
ucapan-ucapan seumpama itu adalah haram dan BERCANGGAH dengan
ajaran ugama mereka sendiri. Perbuatan tidak berani menegur dan
memperbetulkan akidah pemimpin-pemimpin yang kufur itulah STAIL
ulama Yahudi. Ayat itu telah diturunkan lebih kurang 1400 tahun
dahulu, tetapi ia menjadi iktibar bagi kita umat Islam, terutama
kepada alim-ulama yang ada kepentingan duniawi.

Di Malaysia ini, ketika bekas ketua polis negara pernah mengatakan
bahawa JUDI BUKAN HARAM kerana tidak ada disebut dalam Al-Qur'an,
maka ulama UMNO dan IKIM diam sahaja, tidak menegur *silap faham*
bekas ketua polis itu. Sikap tidak berani menegur kerana takut 
kepada pemimpin adalah amalan ulama Yahudi.

Memang sikap warak ulama Yahudi tidak ada tolok banding, tetapi
kerana mereka bersifat mementingkan bangsa "Melayu" (Yahudi),
mereka sanggup melihat pemimpin-pemimpin mereka mengeluarkan
kata-kata kufur.

Abu Hasan Chan

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: AHC <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke