PAS jadi perintis penubuhan Majlis Perundingan Perpaduan Nasional
Oleh Nur Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Hrkh) - PAS akan jadi perintis kepada penubuhan Majlis
Perundingan Perpaduan Nasional.Usul penubuhannya disokong penuh oleh
perwakilan dalam Muktamar Tahunan PAS Ke-47 petang ini.

Usul itu dibawa oleh Dewan Pemuda PAS Pusat melalui wakilnya, Ishak Ismail.

Menurut Ishak, Majlis Perundingan Perpaduan Nasional itu bertujuan
memperkukuhkan hubungan dengan masyarakat pelbagai agama dan kaum di negara
ini.

Katanya, majlis itu juga berperanan menggubal rangka polisi dan pendekatan
yang menyeluruh bagi menangani isu perpaduan nasional dan hubungan antara
kaum.

"Terutama melalui pertemuan atau dialog secara tetap dengan wakil-wakil
pelbagai agama dan budaya serta mempelopori dialog peradaban secara
besar-besaran di semua peringkat bagi memperbetulkan persepsi dan
menjelaskan kekeliruan terhadap Islam dan pe! rjuangan PAS," katanya.

Menurut beliau, usaha memupuk perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum
penting bagi mewujudkan sebuah masyarakat bernegara yang harmoni dan bersatu
padu.

Justeru, ujarnya, Majlis Perundingan Perpaduan Nasional diharapkan dapat
meningkatkan tahap kesedaran, kefahaman, penerimaan dan keyakinan masyarakat
bukan Islam terhadap Islam yang didukungi PAS.

Sementara itu, wakil Dewan Ulamak PAS Pusat, Aminurashid Yatiban, ketika
menyokong usul itu berkata, penubuhan majlis itu dapat memperkukuh dan
memperkasakan perpaduan nasional disamping perlu di rangka dalam yang lebih
terperinci dan tersusun.

"Ulama' mengharapkan supaya penubuhan majlis itu nanti bergerak secara
konsisten dan berterusan kerana kita melihat beberapa aspek, terutama dalam
memberi keyakinan kepada kaum bukan Islam.

"Ini akan menambahkan kekuatan kita menyampaikan dakwah kepada mereka,"
katanya. Usul itu diterima muktamar.
Comments ? E-mail Us






COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail Personal Address - Get email at your own domain with Yahoo! Mail.

Kirim email ke