*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tuhan itu Maha Bijaksana. Kalau kita meneliti kepada setiap apa yang
diciptaNya,
semuanya diciptakan dengan begitu sempurna.  Dalam mencipta sesuatu Dia
tidak pernah melakukan proses 'try and error' seperti yang sering
manusia lakukan dalam mencipta sesuatu.

Tidak pernah Tuhan itu lupa mewujudkan mekanisma air sejat naik menjadi
awan bila Dia menjadikan sungai mengalir dari daratan ke laut. Tentulah
akan kering air sungai kalau Dia terlupa nak menjadikan mekanisma
kejadian awan itu.

Bagaimanalah kalau Tuhan itu tersilap menjadikan mata manusia sehingga
kita tidak boleh melihat dengan jelas dan terang. Terpaksalah kita
memakaikan cermin mata kepada kanak-kanak yang dilahirkan supaya
penglihatan mereka dapat dibetulkan semula.

Seperti mana Tuhan tidak pernah silap dan lupa bila Dia menciptakan
sesuatu begitulah juga Dia tidak pernah silap dan lupa bila Dia
menurunkan isi Quran kepada kita. Tidak ada apa yang dilupakan oleh
Allah tentang apa pun berkaitan isi kandungan Quran itu, ini telah pun
diperakukan oleh Allah di dalam Quran itu sendiri.

Adalah sangat bahaya percakapan orang yang menuturkan hukum yang di buat

oleh manusia itu lebih baik dari hukum yang disarankan oleh Allah dalam
Quran. Bimbang perkataan seperti itu seolah-olah seperti mereka
mengatakan manusia lebih bijak dari Allah yang menciptakannya.

Pernah saya meminta pendapat beberapa orang tua di Negeri Sembilan
tentang kenapa pembahagian harta pusaka mengikut cara adat khususnya
tanah pusaka masih di amalkan di negeri itu. Banyak dari mereka itu
menjawab mengatakan pembahagian cara adat ini lebih baik bebanding cara
faraid (agama Islam) kerana ia dapat membela dan memberi perlindungan
kepada wanita-wanita di negeri ini bila berlaku perceraian.

Jawapan mereka yang seperti itu menyebabkan saya berfikir panjang, telah

terlupakah Tuhan akan perkara membela nasib wanita yang bercerai ini
semasa Dia menciptakan hukum faraid yang begitu jelas diperincikan dalam

Quran itu. Tidak mungkin Tuhan itu terlupa. Maha Suci Tuhan dari sifat
tersebut. Semestinyalah Tuhan lah yang lebih bijak dan lebih Mengetahui
tentang kehidupan manusia yang dijadikanNya ini. Sungguh bahaya
perkataan orang-orang tua ini, bimbang seperti mereka mengatakan hukum
manusia itu lebih baik dari hukum Allah.

"Tuhan itu tiada keliru dan tiada lupa."………Thaha ayat 52.

Dosa kerana kesalahan tidak melaksanakan hukum Allah kerana tidak ada
upaya atau kuasa untuk melaksanakannya mungkin bolehlah di maafkanNya.
Tetapi bagaimana kalau mengatakan hukum manusia lebih baik dari hukum
Allah, kerana ini samalah seperti mengatakan manusia lebih bijak dari
Allah, silap-silap tanpa disedari oleh mereka boleh membawa kepada
syirik, nauzubillah.


Hukum Allah itulah sebenarnya yang lebih baik dan lebih berkat. Islam
itu bermakna selamat sejahtera, sesiapa yang mengamal dan menghayatinya
dalam kehidupannya pasti akan beroleh kesejahteraan.  Di sebalik
kebaikan yang didakwa oleh pengamal adat harta pusaka di Negeri Sembilan

ini, terdapat beberapa kelemahannya yang begitu nyata di zaman sekarang
ini. Mungkin ia sesuai untuk suatu masa di zaman dahulu, tetapi ia
tidaklah sesuai untuk sepanjang masa seperti hukum Quran yang sesuai
bagi sepanjang zaman.

Kesan dari amalan pembahagian harta cara adat ini telah menyebabkan
anak-anak lelaki Negeri Sembilan yang berkahwin dengan orang luar dan
bekerja di perantauan tidak balik lagi selepas mereka bersara. Mereka
lebih senang membina kehidupan di tempat lain kerana mereka tidak ada
tanah untuk balik ke kampong asal mereka. Mengikut adatnya anak lelaki
memang tidak dapat mewarisi tanah pusaka.

Kehilangan anak-anak lelaki Negeri Sembilan akibat perantauan ini
menyebabkan negeri ini banyak mengalami kekurangan tenaga fizikal dan
mental yang sepatutnya boleh digembelingkan bagi membangunkan negeri
ini. Tidak dinafikan Negeri Sembilan banyak juga melahirkan bijak pandai

dan graduan-graduan universiti tetapi penghijrahan mereka yang tidak
kembali itu tidak dapat dimanafaatkan kembali oleh negeri ini. Itulah
antara sebab-sebab sampai sekarang Negeri Sembilan masih mundur
berbanding negeri-negeri jirannya. Salah satu faktor kemunduran negeri
ini adalah kerana adat yang sudah tidak releven lagi itu mencengkam kuat

masyarakat di negeri ini. Kalau negeri tidak membangun dan mundur
akhirnya bukan sahaja nasib kaum wanita tidak dapat dibela, malah nasib
kaum lelaki di negeri inipun tidak ketentuan.

Untuk kebaikan dan kemajuan negeri ini maka masyarakat di Negeri
Sembilan perlulah membuang amalan pembahagian harta cara adat yang lapuk

ini. Kita ambilah dan ikutlah cara sepertimana yang telah ditunjukkan
oleh Allah dalam Quran. Tidak salah kita mencipta aturan kehidupan kita
mengikut fikiran kita sendiri, tetapi jika ada aturan yang lebih baik
kenapa pula kita tidak mahu berubah kepada yang lebih baik. Apa lagi
aturan itu datangnya dari Allah yang tentunya paling sempurna.

"Sekiranya engkau turut kemahuan mereka sesudah datang pengetahuan
kepada mu, tentulah engkau termasuk orang-orang yang melanggar
peraturan."…… Al-Baqarah ayat 145.

Kalau masyarakat Negeri Sembilan telah mempunyai kesedaran tentang Islam

yang tinggi, maka sudah sampailah masanya untuk mereka berunding dengan
pihak kerajaan bagi menghapuskan sama sekali pembahagian tanah cara adat

ini. Undang-undang perlulah digubal oleh pihak kerajaan negeri atau
persekutuan supaya tidak membenarkan lagi berlakunya pembahagian tanah
cara adat dimana-mana jua di negara ini.  Kerajaan kena tetapkan suatu
tarikh di mana dari tarikh itu empunya tanah-tanah adat ini adalah
pemilik-pemilik tanah yang sah dan pembahagian tanah selepas itu
hendaklah dibuat cara Islam atau faraid. Wallahualam.




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Alias Mohd Yusof <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke