*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Baiknya IPTS ------------- 1. Pelajar2 melayu yg tak dapat masuk IPTA dapat meneruskan pengajian mereka. 2. Dapat menampung kehendak industri yg semakin meningkat. 3. Lebih ramai rakyat kita mempunyai kelulusan tinggi. Buruknya IPTS 1. Yuran tinggi kualiti rendah. IPTA yuran rendah kualiti tinggi. 2. Pensyarah IPTA berkelayakan, ada MA dan PhD. Kat IPTS boleh kira berapa ada MA dan PhD. Degree 70 -100% 3. Kat IPTA, R&D kuat tetapi IPTS R&D boleh katakan tak de langsung. Akibatnya 1. Graduan yang lahir tidak mempunyai kualiti dan standard yang sepatutnya. 2. Bila interview-jauh berbeza jika dibandingkan dengan IPTA atau Poli/UiTM/IKM dsb. 3. Jadi - apalah nilai sebuah sijil diploma atau degree kalau tak de quality ?? Ada yg mengatakan Najib kena kencing Fong Chan On. Dia dikelabui dengan Malaysia menjadi pusat pendidikan. Saya fikir Malaysia sesuai menjadi pusat pendidikan pringkat post graduate dan bukan first degree. Kita sebenarnya telalu gopoh dan ghairah. CADANGAN 1. Kerajaan perlu ambil alih IPTS melalui konglomerat seperti PROTON, PKEN, PETRONAS, MISC, MAS dan sebagainya. 2. Beri suntikan modal dan letak mereka yang bekelayakan menerajui IPTS bukannya mereka yang mentah dan berfikir untung semata-mata. 3. LAN perlu ketatkan dan perlu ada rating IPTS yang ada. taraf *, **, ***, ****, ****. KESIMPULAN Datuk Najib tidak boleh menafikan apa yang disebut oleh Pensyarah dalam UM hari ini. Apa yang datuk Najib tahu, pergilah tengok IPTS bumiputera yg ada sekarang - offer Dip computer sciense tapi praktikal training tak de, makmal pun PC klon jekk, develope system pakai PASCAL atau FOXPRO. lecturer baru graduate, sambil tunggu keje tempat lain. lecturer asyik tukar2 orang !!! Macamana nak memenuhi kehendak industri ? Hutang PTPN/MARA berpuluh ribu !!. PAS/BA perlu tindakan yang lebih konsisten dan berterusan. Pendidikan ada CORE BUSINESS dalam mana-mana negara. Manifesto PAS/BA perlu jelas dan detail - apa dasar pendididkan BA. Penerangan dasar ini hendaklah dimulakan dari sekarang. Kita tengok tahun 2003 !!! BERITA MALAYSIA -------------------------------------------------------------------------------- August 21 , 2000 16:29PM PENUBUHAN IPTS MEMPUNYAI BANYAK KESAN POSITIF, KATA NAJIB KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Orang ramai tidak harus melihat kesan penubuhan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) daripada segi pembahagian kaum sahaja kerana ia sebenarnya mempunyai banyak kesan lain yang positif, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata dasar menggalakkan penubuhan IPTS yang diperkenalkan semasa beliau menjadi Menteri Pendidikan itu telah berjaya menjimatkan beratus juta ringgit wang kerajaan yang sebelum ini dibelanjakan bagi menghantar pelajar mengikuti pengajian di luar negara. "Dasar ini juga telah membantu usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini," katanya pada sidang media selepas melancarkan pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia 2002, di sini Isnin. Beliau mengulas laporan sebuah akhbar hari ini yang memetik kenyataan Pensyarah Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya Nawi Abdullah yang mendakwa jurang perbezaan bilangan profesional Melayu dan bukan Melayu dijangka semakin melebar pada tahun 2003 apabila pelajar bukan Melayu menamatkan pengajian daripada IPTS. Menurut Nawi, ketidak seimbangan itu wujud kerana pelajar Melayu menghadapi kesukaran melanjutkan pelajaran di IPTS kerana yuran yang dikenakan adalah terlalu tinggi berbanding yuran institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Najib berkata semasa menerajui Kementerian Pendidikan beliau juga telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan IPTS di negara ini bagi memastikan yuran yang dikenakan mereka adalah berpatutan. Najib yang juga Naib Presiden Umno berkata parti itu juga telah mengemukakan beberapa saranan kepada kerajaan bagi membantu pelajar Bumiputera di IPTS dan IPTA termasuk meminta tabung bantuan pengajian sedia ada diperluaskan. Dalam perkembangan lain, Najib berkata Kementerian Pertahanan akan lebih berhati-hati pada masa depan dalam memberi sokongan terhadap syarikat tempatan yang ingin menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan syarikat pertahanan asing. Menurutnya, langkah itu perlu bagi memastikan syarikat terbabit tidak mengggunakan nama kementerian dan MoU itu bagi mendapatkan publisiti, sedangkan mereka tidak berhasrat melaksanakan perjanjian yang telah ditandatangani itu. Ditanya mengenai langkah terbaru kementerian bagi memastikan kejadian penculikan di Pulau Sipadan 23 April lepas tidak berulang, Najib berkata kementerian telah menasihati semua hotel di kawasan terpencil yang tidak mempunyai kemudahan komunikasi supaya menyediakan kemudahan radio Very High Frequency (VHF). Katanya kemudahan radio itu akan membolehkan pengusaha hotel terbabit menghubungi pasukan tentera dan polis bagi mendapatkan bantuan sekiranya menghadapi ancaman. -- BERNAMA __________________________________________________ Do You Yahoo!? Yahoo! Mail – Free email you can access from anywhere! http://mail.yahoo.com/ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "=?iso-8859-1?q?PAS=20Tg.=20Aru?=" <[EMAIL PROTECTED]>