*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum w.r.t

Dipetik dari salah satu laman web Islam

PERINGATAN UNTUK PEMIMPIN. 

(Surat Sayyidina Ali r.a. kepada Al-Malik Ashtar, 
Gabenor Mesir) 

Malik, 

Aku mengarahkan engkau untuk bertakwa kepada Allah ,
memilih Allah dan jalan-Nya lebih daripada yang lain .
Berikan
keutamaan perhambaan dan ingatan kepadanya. Taat
kepadanya dengan penuh keyakinan. Ikuti arahan
Al-Qur’an dan Sunnah
Rasulnya s.a.w. Siapa yang mengingkarinya akan
menerima azab yang pedih. Kegagalan menuruti titah
perintah Allah akan
menandakan kegagalan hidup di dunia dan di hari
kemudian. Justeru itu, hendaklah engkau berdiri di
atas prinsip-prinsip Ilahi,
mempertahankan nikat dan perkhabaran baik dari –Nya. 

Aku mengarahkan engkau Malik, agar menggunakan
fikiran, hati, tangan dan mulut serta segala
pancaindera untuk menolong
agama Allah. Allah mengarahkan dirimu agar menahan
nafsu amarah dan kehendakmu, mengawal ddiri dan
keangkuhan
khususnya dari kemilai kekayaan yang menjerumuskan
dirimu ke dalam kejahatan dan dosa. Dirimu selalu
bertindak
menghasut, memaksa dan membenam dirimu kepada
kecelakaan dan kerosakan. 

Khazanah Yang Terkaya 

Ketahuilah wahai Malik, bahawasanya aku mengutuskan
engkau ke sebuah negeri yang terdahulunya pernah
merasai
kedua-dua pemerintahan yang adil dan zalim. Manusia
selalunya akan meneliti tingkah lakumu dengan mata
yang terbuka dan
akan membicarakan perilakumu sebagaimana engkau pernah
memperkatakan perihal mereka sebelum ini. Ketahuilah
hakikat
bahawasanya orang awam hanya akan memperakui mereka
yang melakukan kebaikan. Maka sesungguhnya khazanah
yang
terkaya yang harus engkau pupuk ialah amal salih.
Tundukkanlah nafsu buasmu dan pagarilah dirimu dari
apa yang telah
diharamkan oleh Tuhanmu, kerana, hanya dengan secara
demikian sahajalah engkau dapat membezakan kepada
mereka
antara yang hak dan yang batil. 

Pupuklah di dalam hatimu sifat cintakan rakyat
jelatamu dan biarkan ianya menerap kepada mereka.
Jangan sama sekali
engkau berlaku biadab kepada mereka, dan janganlah
engkau ambil sedikitpun apa-apa yang menjadi hak
mereka. Ingatlah
rakyat jelatamu itu adalah antara dua jenis sahaja,
sama ada mereka itu saudaramu dalam agama, atau mereka
itu manusia
sepertimu jua. Mereka boleh melakukan kesilapan, malah
setengah dari mereka sentiasa melakukannya. Akan
tetapi maafilah
mereka sebagaimana engkau sukakan Tuhan memaafkanmu.
Engkau dipertanggungjawabkan ke atas mereka,
sebagaimana
aku dipertanggungjawabkan ke atas kamu. Di atas kita
adalah Tuhan yang mempertanggungjawabkan kita semua ke
atas
rakyat jelata seluruhnya. Dan kita akan disoal tentang
apa yang kita lakukan ke atas mereka. 

Janganlah sama sekali engkau memusuhi Tuhanmu, kerana
engkau tidak mempunyai sedikitpun kekuatan untuk
berlindung
dari kemurkaan-Nya dan engkau tidak berupaya untuk
membiarkan dirimu keluar dari naungan Kasih Sayang dan
Keampunan-Nya. Janganlah engkau berasa kesal sekiranya
engkau memaafkan sesiapa dan jangan pula engkau merasa
bangga menghukum sesiapa. Dan janganlah engkau
menaikkan marahmu kerana ianya tidak akan
menguntungkan sesiapa. 

Janganlah engkau dengan bongkaknya berkata: "Akulah
Ketua dan pemimpin kamu semua, maka tunduklah kepada
setiap
arahanku", kerana ini akan mengotorkan hatimu,
melemahkan pegangan agamamu dan memporak-perandakan
negara.
Sekiranya kamu merasa megah dengan kedudukanmu dan
merasa sombong dan bongkak dengan kekuasaanmu, maka
renungilah akan kedudukan dan kekuasaan Kerajaan Ilahi
yang menguasai seluruh alam semesta. Ini akan
mengembalikan
kewarasan kepada fikiranmu dan akan memberikan
ketenangan dan kelembutan kepada watakmu. 

Berjaga-jagalah! Jangan sama sekali engkau menandingi
kekuasaan dan kehebatan Tuhanmu; kerana Allah sentiasa
menjatuhkan penderhaka Tuhan dan penindas manusia. 

Biarlah jelas padamu hak-hak Allah dan hak-hak
manusia, dan ajaklah kerabat handaimu untuk
menghormatinya. Sekiranya
engkau gagal untuk berbuat demikian, maka engkau akan
menzalimi dirimu dan manusia seluruhnya yang
menjadikan dirinya
sendiri musuh Allah. Dia akan dianggap berperang
dengan Allah sehinggalah dia memohon keampunan. 

Tidak ada satu perkara pun yang akan lebih
mempercepatkan kemurkaan Allah dari kezaliman dan
penindasan. Allah akan
sentiasa mendengar rayuan hamba-Nya yang ditimpa
kezaliman. Tiada jaminan yang lebih kukuh dari jaminan
Allah untuk
membela hamba yang tertindas. 

Orang Awam 

Utamakanlah keadilan dalam pemerintahanmu dan carilah
kerestuan dari seluruh rakyat jelatamu, kerana
kekacauan di
kalangan orang awam akan menjejaskan orang atasan dan
kekacauan di kalangan orang atasan akan membinasakan
orang
awam. Awasilah, orang atasan tidak akan membantumu
dalam saat-saat kesusahan, malah mereka akan
menyisihkanmu dari
keadilan, mereka akan meminta apa yang diberikan
kepada mereka. Mereka tidak gentar menghadapi
pengadilan dan tidak
segan silu dengan keburukan yang mereka lakukan.
Sesungguhnya hanyalah orang-orang awam yang memberikan
kekuatan
kepada negara dan agama. Merekalah yang akan
mempertahankan negara dari musuh. Maka rapatilah
mereka dan jagalah
segala keperluan dan kehendak mereka. 

Jauhilah sesiapa yang suka memburuk-burukkan kelemahan
orang lain. Kelemahan itu adalah lumrah manusia.
Adalah
menjadi kewajipan pemerintah melindungi dan
memperbaiki kelemahan rakyatnya. Janganlah dicungkil
kelemahan yang
tersembunyi dan baikilah apa yang sudah terserlah.
Allah melihat apa yang kamu sembunyikan. Sedaya upaya
kamu
lindungilah kelemahan rakyatmu, Allah akan melindungi
kelemahan-kelemahanmu pula. Kurangkanlah ketegangan di
antara
kamu dengan rakyat jelata dan ketegangan sesama
mereka. Janganlah mudah kamu menerima bisik-bisikan,
kerana
pembohong itu selalu menyerupai seorang teman yang
setia. 

Penasihat-Penasihat 

Janganlah kamu meminta nasihat dari orang yang kedekut
kerana ia akan mengikis kemurahanmu dan menakutkan
kamu
kepada kemiskinan. Jangan meminta nasihat dari orang
yang penakut kerana ia akan memalingkan kamu dari
cita-cita dan
keazamanmu. Jangan meminta nasihat dari orang yang
rakus kerana ia akan menanam tamak dalam hatimu dan
menjadikanmu pengkhianat. Sifat kedekut, rakus dan
penakut akan menjauhkan manusia dari Tuhannya. 

Seburuk-buruk panasihat ialah mereka yang menasihati
Kerajaan yang zalim dan bersubahat dengan penganiayaan
mereka.
Jadi, jauhilah mereka yang menjadi penasihatmu. Engkau
boleh mencari penasihat yang lebih baik hikmah, bersih
dari dosa,
dan sentiasa enggan bersubahat dengan pemerintah yang
zalim. Mereka ini tidak akan membebanimu, sebaliknya
merekalah
yang akan membantumu sepanjang masa. Mereka akan
menjadi temanmu dan musuh kepada lawanmu. Dikalangan
mereka
ini utamakanlah mereka yang cekal dengan kebenaran dan
tidak pernah cenderung kepada larangan Tuhan 

Dekatkanlah dirimu kepada orang-orang yang takut
kepada Allah dan biarkanlah mereka tahu bahawa engkau
tidak
mengharapkan sokongan dan pujian terhadap apa yang
tidak patut diberi sokongan dan pujian kerana yang
demikian itu akan
memusnahkan kamu. 

Janganlah engkau menyamakan yang orang-orang yang baik
dan orang-orang yang jahat. Yang demikian itu, akan
menyekat
yang baik dari berbuat baik dan menggalakkan yang
jahat berterusan di dalam maksiat mereka. Ingatlah
bahawa hubungan
baik di antara pemimpin dan rakyatnya tumbuh subur
hanya melalui kasih sayang, keadilan dan khidmat
bakti. Maka
sebarkanlah jalinan mesra antara rakyat jelata, kerana
hubungan kemesraan antara merekalah yang akan
menyelamatkan dari
merbahaya. Kecintaanmu kepada mereka akan dibayar
dengan kepercayaan mereka terhadapmu, manakala
permusuhanmu
kepada mereka akan ditimbal balik dengan pudarnya
kepercayaan mereka terhadapmu. 

Janganlah kamu mengingkari tradisi mulia yang telah
disemai oleh golongan tua mereka; janganlah memulakan
sesuatu yang
boleh menjejaskan manfaat yang ditimbulkan olehnya.
Pelajarilah dari mereka yang berilmu dan berakal,
selalulah meminta
pandangan mereka dalam urusan pemerintahanmu supaya
kesejahteraan yang telah ditimbulkan oleh orang-orang
sebelummu
dapat diteruskan berpanjangan. 

Kepelbagaian Manusia 

Sedarilah bahawa masyarakat itu terdiri dari berbagai
kelompok manusia. Kejayaan satu kelompok bergantung
dengan
kejayaan kelompok yang lain; dan tidak ada satu
bahagian pun yang boleh bebas dari yang lain. Kit ada
bahagian ketenteraan,
pentadbiran, kehakiman, kewangan, dan perhubungan
awam. Rakyat jelata pula terdiri dari orang-orang
Muslim dan
orang-orang kafir Zimmi dan mereka terdiri daripada
buruh, ahli perniagaan, pekerja dan yang tidak
mempunyai pekerjaan.
Allah telah menggariskan kepada kita akan hak-hak,
tugas dan tanggungjawab mereka. Perkara ini telah
dimeterikan di dalam
Al-Qur’an dan ajaran Nabi kita s.a.w. 

Golongan tentera dengan Kurniaan Allah, adalah
seumpama kubu mempertahankan negara dan rakyatnya.
Merekalah yang
meninggikan kedaulatan agama dan mengekalkan keamanan.
Tanpa mereka, porak-perandalah negara. Untuk itu,
mereka
haruslah didokong sepenuhnya oleh 

orang awam memerlukan persefahaman dan kerjasama yang
erat. Tidak ketinggalan juga golongan pentadbir dan
pemungut
cukai, golongan buruh dan saudagar, mereka mempunyai
peranan masing-masing dalam menjadikan sesebuah negara
berfungsi sepenuhnya. Allah telah memberi setiap
hamba-hambanya kedudukan yang berpatutan di dalam
masyarakat. Adalah
menjadi kewajipan pihak berkuasa untuk menunaikan hak
ke atas setiap golongan yang wujud. 

Golongan Tentera 

Nasihat dan tunjukajarmu kepada golongan tentera tidak
akan sedikitpun berkesan sehinggalah kamu dapat
buktikan kasih
sayangmu kepada mereka; supaya mereka tidak menganggap
bahawa tugas dan tanggungjawab kepada Kerajaan itu
satu
beban yang amat berat dan akhirnya akan membawa kepada
keruntuhan kerajaan itu sendiri. 

Berterusanlah engkau menyempurnakan hajat dan kehendak
mereka dan hormatilah jasa dan sumbangan yang telah
mereka
berikan. Sikap sedemikian, Insya Allah akan
memberangsangkan mereka untuk bertambah berani dan
jalan-jalan mencapai
keberanian. 

Cubalah dengan hemat sekali untuk memahami perasaan
orang lain dan janganlah mencerca kesilapan seseorang
kepada
yang lain serta janganlah merungut-rungut tentang
ganjaran yang diberikan. Hati-hatilah supaya jangan
engkau memulakan
sesiapa yang tidak berbuat apa-apa jasa bakti kepada
umum kecuali kedudukan keluarganya yang tinggi.
Sebaliknya pula
janganlah engkau menyisihkan sesiapa yang banyak jasa
baktinya tetapi kedudukan keluarganya rendah dipandang
masyarakat. 

Petunjuk Sebenarnya 

Kembalilah engkau kepada Allah dan Rasul-Nya apabila
kamu sudah sangsi terhadap apa yang akan kamu
laksanakan. Telah
termaktub perintah Allah kepada hamba-hamba-Nya yang
ingin mendapat petunjuk: 

"Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan
taatilah Rasul-Nya dan pemimpin di kalangan kamu, dan
sekiranya ada
perselisihan di antara kamu kembalilah kepada Allah
dan Rasul-Nya". 

Kembali kepada Allah bererti merujuk semula kitab
Allah dan kembali kepada Rasul bererti mengikuti jejak
langkahnya dalam
setiap hal. 

Barisan Kehakiman 

Berjaga-jagalah! Berilah keperihatinan sepenuhnya
didalam urusan memilih barisan kehakiman yang bakal
berkhidmat; kerana
jawatan inilah yang selalu direbut oleh mereka yang
mementingkan diri sendiri dan kepuasan diri mereka
sahaja. Kekalkan
jawatan mereka hanya selepas mereka diberi tempoh
latihan dan percubaan terlebih dahulu. Jangan
sekali-kali memilih
seseorang untuk memegang satu jawatan yang penting
kerana yang demikian itu akan membawa kamu ke arah
ketidakadilan
dan kerosakan. 

Pilihlah orang-orang yang berpengalaman, kukuh
imannya, dan mulia keluarganya untuk menjawati
kedudukan yang tinggi.
Mereka seumpama itu tidak mudah untuk dijadikan mangsa
kepada kemahuan yang melulu dan mereka akan berkhidmat
semata-mata untuk menyumbangkan bakti kepada
masyarakat umum. Tinggikan gaji mereka supaya mereka
dapat hidup
dengan sempurna. Mereka tidak akan terdorong untuk
mengikis pendapatan orang-orang bawahan untuk kegunaan
mereka
sendiri. Mereka tidak akan mempunyai sebarang helah
lagi untuk menentang arahan-arahanmu atau
menyalahgunakan harta
kerajaan. Perhatikanlah tingkahlaku mereka tanpa
pengetahuan mereka, supaya mereka menjadi orang-orang
yang taat dan
benar. Mudah-mudahan mereka menjadi orang-orang yang
benar-benar jujur dan mahu berbakti kepada rakyat
seluruhnya.
Apabila engkau menerima laporan akan kegiatan khianat
mereka dan ianya telah disahkan oleh penyiasat
sulitmu, maka
hukumlah mereka tanpa ratu-ragu lagi. Jadikan hukuman
itu keras dan jalankannya ditempat awam yang telah
dijanjikan. 

Urusan Kewangan 

Berhati-hatilah kamu mengawasi dan mengamati dalam
urusan pentadbiran kewangan untuk memastikan
kesejahteraan
mereka yang membayar cukai negara; kerana dengan
kesejahteraan merekalah yang akan membawa kepada
kesejahteraan
seluruh rakyat. Engkau mesti memastikan penggunaan
tanah itu menjadi lebih penting dari pemungutan cukai
kerana hasil
dalam negeri hanya dapat dipungut setelah tanahnya
produktif. Sesiapa yang memeras cukai hasil tanpa
menolong
pengusahanya untuk menyuburkan tanah sebenarnya tidak
menghargai kedudukan pengusaha tanah dan meruntuhkan
negara.
Pemerintahan pemimpin sedemikian tidak akan
berkekalan. Sekiranya pengusaha tanah meminta untuk
diturunkan harga
cukai kerana tanaman diserang penyakit, kemarau atau
hujan yang berlebihan dan banjir, maka rendahkanlah
cukai mereka
ke tahap yang sepatutnya. Janganlah engkau bimbang
terhadap kekurangan hasil negara dengan sebab yang
demikian kerana
lambat laun ianya akan kembali kepadamu di zaman yang
lebih makmur dari itu. Kamu juga akan dapat membaiki
keadaan
bandar-bandar dan meninggikan prestasi negara. Engkau
akan dipuji ramai kerana langkah itu. Rakyat akan
menyakini
keadilanmu. Keyakinan yang mereka tunjukkan kepadamu
akan membuktikan keutuhanmu, kerana mereka akan
bersedia
menanggung bebanmu bersama. 

Urusan Pentadbiran 

Perhatikanlah sepenuhnya terhadap urusan
pentadbiranmu, dan pilihlah yang paling baik di antara
kamu untuk sebarang
perhubungan sulit seperti mereka yang mempunyai akhlak
yang mulia, boleh dipercayai yang tidak akan
menggunakan
kedudukan istimewa mereka untuk memberontak terhadapmu
yang bilamana memeterikan perjanjian tidak mudah
mengikuti
perasaan melulu dan tidak akan mengkhianati
kepentinganmu yang dapat menyelamatkan engkau dari
kekecuhan dan di
dalam melaksanakan tugasnya menyedari tanggungjawabnya
kerana sesiapa yang tidak menyedari tanggungjawabnya
sendiri
tidak akan menyedari tanggungjawabnya kepada yang
lain. Janganlah memilih sesiapa untuk tugas sedemikian
semata-mata
kerana tarikan pertemuan pertama, atau kerana belas
kasihan, atau kerana baik hatimu, kerana ramai orang
yang tanpak baik
tetapi tiada kejujuran hati dan sanggup menipu hatta
sebijak-bijak pemimpin. Pemilihan haruslah dibuat
setelah diberikan
tempoh percubaan yang sepatutnya mengukur darjah
kesolehan seseorang. Dalam membuat lantikan terus dari
rakyat jelata,
pastikan ianya dipilih dari orang-orang yang terkenal
kejujurannya pada pandangan umum; kerana pemilihan
sedemikian
direstu oleh pemimpin dan Allah sendiri. Bagi setiap
Jabatan lantiklah seorang pemimpin yang tidak
dirundung bimbang bila
diuji dan tidak jemu apabila dilanda tekanan kerja.
Dan ingatlah sebarang kejelikan yang terdapat didalam
pentadbiranmu
yang tidak engkau pedulikan akan dituliskan sebagai
penentangmu di dalam kitab amalanmu. 

Perniagaan dan Perusahaan 

Wujudkanlah skima yang berguna untuk mereka yang
berkecimpung di dalam perniagaan dan bantulah urusan
mereka.
Setengah mereka tinggal dibandar dan setengah yang
lain pula daripada satu tempat ke satu tempat yang
lain bersama-sama
alat-alat kelengkapan dan mencari sara hidup melalui
usaha tangan sendiri. Perniagaan dan perusahaan adalah
sumber
keuntungan kepada negara. Orang-orang awam
tidaksanggup memikul beban mereka, namun mereka
mengangkut hasil-hasil
negeri dari dekat dan jauh, merentangi tanah dan
menyeberangi lautan, mendaki pergunungan dan meredah
hutan demi untuk
mencari keuntungan. 

Golongan ini cintakan keamanan dan tidak perlu kita
bimbangi ancaman dari mereka. Jelajahilah negeri untuk
mewujudkan
hubungan peribadi dengan golongan ini untuk
menyelidiki keadaan mereka. Tetapi ingatlah bahawa ada
dikalangan mereka
yang tamak dan mudah mengkhianati urusan perniagaan.
Mereka menyorok gandum dan menjualnya dengan harga
yang
tinggi, itu amat merbahaya kepada umum. Adalah wajib
bagi seseorang pemimpin membanteras kegiatan sebagini.
Hentikan
mereka dari menyorok kerana ianya dilarang oleh
Rasulullah s.a.w. Dan pastikan supaya urusan
perniagaan dapat dijalankan
dengan selicin yang mungkin, dan sukatan timbangan
disamaratakan, dan harga ditetapkan supaya kedua-dua
pembeli dan
penjual tidak kerugian. Dan sekiranya setelah
mendengar arahanmu masih terdapat kegiatan menyorok,
hukumilah mereka
dengan seburuk-buruk balasan. 

Golongan Miskin 

Awasilah! Takutilah Allah dalam menyelesaikan masalah
golongan miskin. Mereka tidak ada tempat berlindung,
lemah, tidak
mempunyai apa-apa kekuasaan dan sentiasa menjadi
mangsa kepada keadaan dan kejadian sekeliling. Di
kalangan mereka
ramai yang tidak pernah menyoalkan nasib hidup mereka
dan rela dengan kesengsaraan yang mereka alami, namun
meminta
sedekah mereka enggan sama sekali. Demi Allah,
tunaikanlah hak-hak mereka kerana di atas bahumulah
terletaknya
tanggungjawab untuk melindungi mereka. Peruntukanlah
sebahagian besar dari harta kerajaan (Baitul Mal)
untuk meninggikan
taraf hidup mereka , walau di mana sahaja mereka
berada samada disekitarmu atau jauh dihujung negeri.
Mereka semua
mempunyai hak yang sama. Jangan sama sekali kesibukan
melupakan kamu kepada mereka. Jangan engkau ketepikan
kepentingan mereka di dalam mengambil sebarang
keputusan. Awasilah dirimu dari mereka yang memandang
enteng
kehendak golongan miskin dan mahukan kamu melupakan
mereka. 

Pilihlah dari kalangan kamu pemimpin yang rendah diri
dan sentiasa takut kepada Allah, kerana mereka ini
boleh
mengingatkan engkau akan nasib golongan miskin.
Peliharalah keperluan mereka supaya engkau tidak
mencari apa-apa helah
lagi apabila tertemu Tuhanmu kelak; kerana golongan
miskinlah yang paling layak untuk mendapat perhatian
dan kemurahan
darimu. Carilah keredaan Tuhanmu dengan menunaikan
setiap hak mereka dan jadikan ini sebagai tugas yang
maha suci di
sisimu. Pelaksanaan tugas inilah yang menjadi cabaran
yang utama kepada setiap pemimpin, dan ianya akan
direstui oleh
orang-orang yang bijak pandai di kalangan kamu. Hanya
masyarakat sebeginilah yang menunaikan janji mereka
kepada Allah. 

Perjumpaan Terbuka 

Bertemulah engkau dengan golongan miskin selalu di
dalam majlis-majlis terbuka dan dengan hati yang
khusyuk serta rendah
diri, bercakaplah kepada mereka dari hati ke hati.
Janganlah engkau biarkan sesiapa sahaja dari pegawai
peribadimu atau
pengawalmu atau pegawaimu, bersamamu ketika itu supaya
golongan miskin dapat mencurahkan segala keluhan dan
keresahan mereka tanpa ada segan silu dan ragu-ragu
lagi. Kerana aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda: 

"Tidak ada satu bangsa pun yang diangkat kedudukannya
sekiranya yang kuat dikalangan mereka tidak
melaksanakan
tanggungjawab mereka (membela) golongan yang lemah". 

Bersabarlah engkau sekiranya mereka berbahasa kasar
sedikit kepadamu dan janganlah engkau jemu jika mereka
sukar
berbicara dengan jelas, kerana dalam keadaan sebegitu,
Allah akan membuka pintu Rahmat-Nya seluas-luasnya
padamu. Apa
sahaja yang boleh engkau berikan kepada mereka berilah
dengan penuh kerelaan, dan apa yang tidak mampu engkau
berikan, jelaskanlah kepada mereka keadaan sebenarnya
dengan ikhlas. 

Ada beberapa perkara yang memerlukan tindakan yang
segera. Pastikanlah apa-apa sahaja permintaan atau
permohonan
yang dikemukakan pada hari itu sampai kepada
perhatianmu meskipun pegawai-pegawaimu enggan
menyampaikannya
kepadamu. Sempurnakanlah kerja sehari pada hari itu
juga kerana hari esoknya ada tugas lain pula yang
mesti dilaksanakan. 

Hubungan Dengan Allah 

Janganlah engkau lupa untuk mengkhususkan sedikit masa
untuk berhubung dengan Tuhanmu, walaupun sebenarnya
setiap
masamu adalah untuk Allah di dalam menyumbangkan
khidmat baktimu kepada rakyat jelata. Masa yang engkau
khususkan itu
penuhilah dengan mendirikan sembahyang yang diwajibkan
ke atas kamu. Sibukkanlah masamu di siang hari dan
malamnya
untuk mengerjakannya dan panjangkanlah sembahyangmu
sekira-kira kamu tidak merasa jemu mengerjakannya.
Apabila
engkau mengimami sembahyang pendekkanlah bacaanmu
supaya pengikutmu tidak merasa keberatan
mengerjakannya
kerana dikalangan mereka ada yang lemah dan sibuk
dengan pekerjaan mereka. 

Apabila aku bertanya pada Rasulullah s.a.w. setelah
menerima arahannya untuk ke Yaman, tentang bagaimana
aku harus
mengimami sembahyang, baginda berkata: 

"Dirikanlah sembahyangmu walaupun sekadar seorang yang
paling lemah dikalanganmu mengerjakannya, dan
jadikanlah belas
kasihanmu kepada orang-orang beriman sebagai contoh
untuk orang ramai". 

Dilarang Mengasingkan Diri 

Walau barang sekejap pun janganlah engkau mengasingkan
dirimu dari masyarakat umum kerana dengan berbuat
demikian
engkau akan peka kepada hal-ehwal rakyatmu. Perkara
ini akan menjadikan seorang pemimpin tidak lagi
sensitif terhadap apa
yang mustahak dan apa yang tidak, yang baik dan buruk,
yang benar dan yang salah. Bukahkah seorang pemimpin
itu manusia
biasa, beliau tidak akan mendapat pandangan yang sah
tanpa ia sendiri melihatnya. Kebenaran itu
kadang-kadang tidak dapat
dibezakan dari salah. Hakikatnya, engkau adalah salah
satu dari dua jenis pemimpin yang adil ataupun yang
zalim. Sekiranya
engkau adil maka sudah tentu engkau bergaul rapat
dengan rakyatmu sentiasa akan mendengar akan rayuan
dan keluhan
mereka. Disebaliknya sekiranya engkau zalim sudah
tentu rakyatmu memulaukan engkau. Oleh itu, dimanakah
untung
sekiranya engkau menjauhkan diri dari masyarakat umum
tetap merugikan. 

Kaum Kerabat 

Berwaspadalah tentang orang-orang yang berdekatan
denganmu, mereka akan menggunakan kedudukan itu untuk
menyeretmu supaya mencabul hak-hak rakyat jelata dan
mengajakmu bersubahat melakukan kezaliman.Pendamkanlah
sifat
sebegitu dikalangan mereka. Jadikan satu peraturan
bagimu untuk tidak memberikan apa-apa sahaja harta
kerajaan walaupun
tanah sekeping kepada kaum kerabatmu. Ini akan
melindungi engkau dari Kemurkaan Allah. 

Berlaku adillah dengan tidak mengira kedudukan
seseorang itu hatta kaum kerabatmu yang terdekat
sekalipun. Sekiranya
terdapat dikalangan kaum kerabatmu menyalahi
undang-undang, hukumilah mereka walau berat hatimu
untuk
melaksanakannya, kerana yang demikian adalah untuk
kebaikan Umat. Sekiranya timbul syak wasangka di
kalangan rakyat
terhadap kepimpinanmu, curahlah seluruh isi hatimu
untuk memulihkan kepercayaan mereka kembali. 

Perjanjian dan Keamanan 

Jangan sekali-kali engkau mensia-siakan tawaran untuk
berdamai yang dikemukakan oleh musuhmu sendiri.
Terimalah ia,
kerana itu akan menggembirakan Allah. Keamanan adalah
sumber kesejahteraan kepada tentera; ia akan membuang
kebimbangan dihatimu dan menimbulkan keadaan negara y
ang tersusun. Tetapi awasilah! Berwaspadalah setelah
sesuatu
perjanjian dimeteraikan; kerana sesetengah musuh
mengadakan perjanjian damai semata-mata untuk
memalingkan engkau
dari kawalan keselamatan dan mereka akan menyerang
kamu apabila tidak berjaga-jaga. Untuk itu, hendaklah
engkau
berwaspada sepenuhnya dan jangan mempercayai perkataan
mereka membuta tuli. Tetapi sekiranya dibawah
perjanjian
tersebut engkau berjanji untuk melaksanakan sesuatu,
maka laksanakanlah ia sepenuh hatimu. Itu adalah satu
amanah dan
mestilah ditunaikan, jagalah janjimu itu
sekuat-kuatnya meskipun terdapat perselisihan pendapat
di atasnya kerana ada
sesuatu yang lebih mulia dari menunai janji. Amalan
ini dilakukan sendiri oleh orang-orang bukan Islam
kerana mereka
menyedari akibat yang akan ditanggung dari
mengkhianati janji. Jadi, janganlah engkau mencari
helah untuk tidak
menjalankan tanggungjawabmu dan jangan sekali-kali
tidak menepati janji; atau menipu musuhnya. Kerana
tidak menepati
janji bermakna menderhakai Allah dan tidak ada sesiapa
yang suka menderhakai Allah kecuali pengkhidnat yang
terjahat. 

Sesungguhnya janji-janji Allah adalah rahmat untuk
sekelian manusia walaupun yang paling berkuasa dari
mereka; kerana
tidak ada untungnya seseorang itu tertipu . Jadi,
jangan terlalu mudah untuk berjanji sesuatu yang pada
kemudian harinya
engkau mencari-cari sebab untuk membelakanginya;
jangan ditarik balik perkataanmu; jangan pula tidak
menepatinya walau
pahit kamu rasakan pada permulaannya. Kerana lebih
baik engkau menunggu dengan sabar untuk menerima
natijahnya
daripada mengkhianati janji tanpa memahami terlebih
dahulu hakikatnya. 

Pertumpahan Darah 

Berwaspadalah! Jangan engkau curahkah darah tanpa
apa-apa sebab yang sah. Tidak ada perkara yang lebih
merbahaya dari
perkara ini. Ini akan membawa seseorang kepada
keruntuhan. Darah yang dicurahkan sewenang-wenangnya
akan membawa
kepada keruntuhan negara. Pada hari Pengadilan kelak
ia akan menjadi jenayah yang akan disoal oleh Allah.
Berjaga-jagalah!
Jangan engkau binakan kekuatan negara di atas
pencurahan darah; kerana darah itulah yang akan
melemahkan negara dan
akan melepaskan negara dan pemimpinannya ke tangan
orang lain. Di bawah pemerintahan aku dan Tuhanku,
tidak ada satu
helah pun yang boleh dicari untuk pembunuhan tanpa
sebab yang sah diizinkan. 

Pesanan Terakhir 

Janganlah engkau tergesa-gesa untuk melaksanakan
sesuatu tanpa tiba saatnya, atau melengah-lengahkan
sesuatu setelah
tiba masanya, jangan sama sekali engkau berkeras untuk
melakukan sesuatu yang salah atau enggan dan malas
untuk
membetulkan yang salah. Laksanakan sesuatu pada masa
yang sepatutnya dan letakkan ia pada tempat yang
sepatutnya.
Apabila jemaah seluruhnya telah mempersetujui sesuatu,
jangan sekali-kali engkau memaksa pandanganmu ke atas
mereka
lagi dan jangan engkau berlengah-lengah untuk
melaksanakannya pula. Setiap rakyatmu akan meneliti
tindakan engkau.
Tundukkanlah kemarahanmu dan kawalilah lidah dan
tanganmu. 

Adalah mustahak sekali bagimu untuk menelaah kembali
segala hikmah disebalik kejayaan pemimpin-pemimpin
sebelummu.
Perhatikanlah sedalam-dalamnya akan warisan yang
ditinggalkan oleh Nabi kita s.a.w., sunnahnya, ajaran
Kitab Suci Al-Qur’an
dan apa jua pelajaran yang engkau terima dariku.
Berusahalah sehabis-habis upayamu untuk melaksanakan
isi risalahku ini
dan bersumpahlah untuk berpegang dengannya. Dengan ini
aku memerintahkah engkau supaya tidak mengikut sesuka
hatimu
dan melupakan tugas dan tanggungjawab yang aku
perintahkan kepadamu. 

Akhir sekali, aku memohon perlindungan dari Allah
Taala yang Kasih Sayang Nya tidak pernah terbatas, dan
aku ingin
mengajak engkau untuk berdoa bersamaku supaya Allah
menjadikan kita hambaNya yang tunduk kepada-Nya;
supaya manusia
seluruhnya dapat menikmati jasa dan bakti kita. Aku
memohon dari Allah keredaan-Nya dan semoga Allah
mengurniakan
kepada kita makam syahid yang t erpuji. Sesungguhnya
kita akan kembali menemui-Nya. Semoga Allah
mencurahkan
kesejahteraan ke atas penghulu kita Nabi Muhammad
s.a.w. serta seluruh zuriatnya. AMIN!.  



=====

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Mohd Ibrahim <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke