*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
      


Komen: Sebagai rakyat Kelantan, Jumlah RM2.0 Bilion tu

       tak lah nak pertikaikan kerana Kerajaan BN 
       suka belanja, tapi nak tahu juga berapa       
percent sebenarnya sampai kepada sasarannya,
       kroni, ketua bahagian UMno, ketua Cawangan dan
       apa-apa jawatan yang ada dalam partai UMno tu,

       Apa nama tu, orang kuat mengampu Umno dari
kelantan boleh jawab Kot.

 PUSAT BERI RM2 BILION UNTUK PEMBANGUNAN
     KELANTAN DALAM RMK-7 
       
       
       
     KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Kerajaan pusat
pimpinan Barisan Nasional (BN) membelanjakan RM2
bilion bagi tujuan pembangunan di Kelantan dalam
tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7) walaupun
negeri itu diperintah oleh Pas, Dewan Rakyat
diberitahu Rabu. 

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri Datuk
Noh Omar berkata, sebanyak RM943 juta disalurkan pada
tahun lepas sahaja melalui Jabatan Pembangunan
Persekutuan (JPP) manakala pelbagai perbelanjaan lain
yang dibuat oleh agensi serta jabatan kerajaan
berjumlah RM1.22 bilion. 

     "Peruntukan yang diberi itu dengan sendirinya
menolak dakwaan Pas bahawa Kerajaan Persekutuan tidak
memberi wang kepada kerajaan negeri untuk tujuan
pembangunan. Malah peruntukan itu melebihi peruntukan
Pas untuk pembangunan negeri," katanya ketika menjawab
soalan Abdul Fatah Haji Harun(Pas-Rantau Panjang). 

     Abdul Fatah dalam soalan tambahan meminta Noh
menyatakan setiap projek mengikut jajahan dan
menyatakan jumlahnya.  Suasana persidangan menjadi
riuh-rendah apabila penyokong kerajaan dan Pas saling
tuduh-menuduh -- antaranya anggota BN menuduh Pas
sebagai tidak bersyukur manakala Pas pula mendakwa
mereka tidak melihat atau merasa wang yang disebutkan.


     Dalam pada pembangkang mendakwa peruntukan memang
ada tetapi wangnya belum tentu dibelanjakan, Noh
menyenaraikan setiap projek dan jumlah peruntukan yang
diberikan bagi melaksanakannya. 

Bagi Kota Baharu sebanyak 93 projek pembangunan
bernilai RM334 juta, Pasir Mas (51 projek, RM111
juta), Bachok (20 projek, RM56 juta), Tumpat (27
projek, RM36 juta), Pasir Putih (31 projek, RM65
juta), Machang (21 projek, RM57 juta), Kuala Krai (45
projek,RM65 juta), Tanah Merah (39 projek, RM45 juta),
Jeli (40 projek,
RM90 juta) dan Gua Musang (72 projek, RM109 juta). 

Noh berkata peruntukan bagi pembangunan Kelantan
ditambah misalnya pada Rancangan Malaysia Keenam
(RMK-6) sejumlah RM1.54 bilion diberi dan jumlah itu
ditambah sebanyak RM650 juta lagi ketika belanjawan
RMK-7 dibentangkan menjadi RM2.19 bilion. 

"Jumlah ini amat besar berbanding dengan peruntukan
yang diberioleh kerajaan Pas Kelantan terhadap
pembangunan negeri sendiri iaitu antara RM40 juta
dengan RM50 juta sahaja setahun,"katanya. 

     Kepada soalan tambahan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri
Gading) yang meminta beliau membentangkan peruntukan
yang diberi oleh kerajaan Pas untuk pembangunan
mengikut daerah di Kelantan berbanding BN, Noh berkata
beliau tidak mempunyai maklumat itu. 

Namun, katanya, untuk pembangunan Kelantan Pas hanya
memperuntukkan RM103 juta pada tahun 1991, RM48 juta
untuk 1993, RM66 juta untuk 1994, RM58 juta untuk 1996
dan RM52 juta pada 1997. 

     -- BERNAMA

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Messenger - Talk while you surf!  It's FREE.
http://im.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Nurulain Tasnim <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke