*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamaualaikum saudari Juliana,

Hari ini saya ingin membawa saudari menyelami Sejarah UMNO serta Asas dan Tujuan 
Penubuhannya, dan sama ada perjuangan UMNO yang ada hari ini benar-benar relevan 
dengan tujuan penubuhan asalnya. 

Orang mungkin bertanya kenapa saya masih nak bercakap mengenai UMNO lagi sedangkan 
saya sudah pun keluar dari
UMNO. Saya sendiri tak pasti tetapi satu benda yang pasti, walaupun sudah tidak 
bersama UMNO, tapi jauh di sudut hati masih terasa semacam ada 'satu ikatan yang belum 
terurai' antara diri saya dan parti UMNO yang pernah saya anggotai dulu. Maka di sini, 
izinkan saya meluahkan isi hati saya dengan seikhlas mungkin. 

UMNO dilahirkan dalam Istana Besar Johor Bahru tanggal 11 Mei 1946. Ianya lahir hasil 
daripada Kongres Melayu
Pertama yang berlansung di Kuala Lumpur dari 1 hingga 4 March 1946. Kongress ini 
diwujudkan sebagai kemuncak
kepada perjuangan orang-orang Melayu menentang Malayan Union pada ketika itu. Antara 
lain Malayan Union mengatakan bahawa kuasa orang Melayu selama ini yang dipegang oleh 
Raja2 Melayu akan diambil alih oleh seorang Gabenor Kulit Putih dan taraf 
kewarnegaraan akan diberikan kepada semua imigran2 yang dibawa masuk ke Tanah Melayu 
menjadikan mereka dan penduduk asal bangsa Melayu mempunyai taraf yg sama di sisi 
perlembagaan. 

INILAH PERJUANGAN UMNO ASAL YANG SAYA KENALI, DAN KERANA ITULAH SAYA MEMILIH UMNO 
SEBAGAI WADAH PERJUANGAN SAYA SUATU KETIKA DAHULU! 

Sesungguhnya, sebagai anak Melayu, saya tidak pernah ada rasa benci kepada perjuangan 
UMNO yang asal. Walaupun orang mungkin kata saya bersifat assobiyah, tetapi dengan 
sedikit ilmu yang cetek ini, berani saya katakan
bahawa UMNO asal yang ditubuhkan pada bulan Mei 1946 itu adalah satu jemaah Islam sama 
seperti mana JIM dan
ABIM yang ada hari ini. Cumanya, hari ini UMNO yang saya kenali itu sudah jauh 
terpesong dari matlamat perjuangan
asalnya; kerana itu saya tidak punya pilihan lain selain memufarakahkan diri keluar 
dari kelompok yang sesat ini! 

Lihatlah Perlembagaan atau ASAS dan TUJUAN penubuhan UMNO asal ini; begitu ideal dan 
begitu mempersonakan
sekali: 

1. Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
2. Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-Negeri dan 
Raja Berperlembagaan.
3. Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati 
prinsip kebebasan
beragama. 
4. Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem 
Pemerintahan Demokrasi
Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat 
Malaysia amnya. .
5. Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi tunggal 
dan Kebudayaan
Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
6. Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan 
bersatu berasaskan
kepada Hak-hak Asasi Manusia dan Hak -Hak Istimewa Orang Melayu. 

TAK RASA NAK TERGELAK KA TENGOK UMNO DR MAHATHIR HARI INI KALAU NAK BANDING DENGAN 
TUJUAN PENUBUHAN UMNO YANG ASAL!! . 

Mai kita tengok betul ke tidaknya. 

ASAS DAN TUJUAN UMNO. 

1. Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara. 

PENAT-PENAT DATUK BAHAMAN, TOK JANGGUT, MAT KILAU DAN TOK NENEK KITA DULU2 BERJUANG 
UNTUK KEMERDEKAAN, HASILNYA SIAPA DAPAT?.....KEK EKONOMI NEGARA TAK
SAMPAI 30% KEPUNYAAN ORANG MELAYU ORANG ISLAM. SUDAH LA TU, KALAU DI'ZOOM' LAGI, KEK 
YG 30% TU PULA MAJORITYNYA ADA DI TANGAN KAUM KERABAT DAN HANDAI TAULAN
DR MAHATHIR, DAIM RAFIDAH DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA; BUKANNYA MILIK SERATA UNTUK 
SEMUA ANAK MELAYU. NEGARA BERDAULAT.....TAPI ANAK-ANAK PRIBUMI MASIH
HIDUP MELARAT.....NAK MASUK UNIVERSITY PUN SUDAH TAK LARAT SEBAB NAK KENA BAYAR LIMA 
ENAM RIBU UNTUK HABUAN PUAK2 KORPORAT!! 

2. Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-Negeri dan 
Raja Berperlembagaan. 

DUKUNG KEPALA HOTAK HANGPA!

PERLEMBAGAAN NEGARA SUDAH TIDAK DIDUKUNG LAGI TAPI SUDAH JADI MACAM DUGUNG, DICAMPAK 
KE SANA KE SINI IKUT SEDAP HATI! 

IKUT PERLEMBAGAAN NEGARA, HAKIM SEPATUTNYA BERFUNGSI SECARA INDEPENDENT ATAU SECARA 
BERASINGAN, TAPI HARI INI HAKIM DAH JADI MACAM BERUK - MAHATHIR KATA PANJAT, 
PANJAT....KALAU TAK PANJAT NANTI KENA JOLOK JUBUR MACAM MUNAWAR, MACAM SUKMA, MACAM 
MALEK HUSSEIN DAN MUNGKIN MACAM BEBERAPA ORANG LAGI YANG SEGAN NAK BAGITAU KAT KITA!! 

[Kerana itu saya tak hairan bila ada orang buat lawak kata Zahid Hamidi dah jadi 
senyap sebab dia dah kena jentik teloq masa kena tahan ISA dulu!!] 

3. Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati 
prinsip kebebasan
beragama. 

KALAU NAK TEGAK ISLAM, PASAL APA PI TOLAK HUDUD?
KALAU NAK PERTAHAN ISLAM, PASAL APA PI TOLAK HUKUM MURTAD? KALAU NAK KEMBANG ISLAM, 
PASAL APA PERKIM NAK DIBIARKAN MAMPUS?? 

Dulu masa dalam UMNO, saya cuma tahu pasal Hudud secara gitu-gitu saja. Bila masuk 
PAS, baru saya tahu Hudud
yang sebenarnya. Di sini saya perturunkan contoh2 Hudud yang saya temui dalam 
Al-Quran, yang kat muka dalam tu
ada tulis 'Sumbangan Ikhlas Datuk Dr Hamid Othman": 

Al-Baqarah ayat 178: Wahai org yg beriman, diwajibkan ke atas kamu Qisas sebab 
membunuh orang..

An-Nur ayat 2: Perempuan yang berzina dan laki2 yg berzina, hendaklah kamu pukul 
kedua2nya 100 kali sebat.

Al-Maidah ayat 90: Hai org2 yg beriman, sesungguhnya meminum arak, berjudi, berhala, 
mengundi nasib adalah
perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan, Maka jauhilah perbuatan2 itu agar kamu 
mendapat keberuntungan.

Hadith Muslim: Bahawasanya Rasullullah SAW telah menyebat org yg meminum arak dgn 2 
pelepah tamar sebanyak 40 kali. [Pihak berkuasa berhak menambah, contoh : Umar sebat 
80 kali].

Al-Maidah ayat 38: Laki2 yg mencuri dan perempuan yg mencuri, ptonglah tangan kedua2 
sebagai pembalasan bagi apa yg mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan 
Allah Maha bijak lagi Maha Bijaksana. 

HA, INI AL-QURAN YANG HAMID OTHMAN BAGI, BUKAN YANG PAS ATAU SIAPA-SIAPA YG GATAL 
TANGAN PI TULIS. 

KALAU BENAR TUJUAN UMNO IALAH NAK MENEGAKKAN ISLAM, YANG DR MAHATHIR HANTAR SURAT KAT 
NIK AZIZ UGUT NAK AMBIL TINDAKAN KALAU KELANTAN LAKSANA HUDUD TU, APA PASAL???? 

DAN KALAU BENAR UMNO BETUL-BETUL IKHLAS NAK MEMBANTU PERJUANGAN ISLAM, PASAL APA PULAK 
PI TANGKAP TOK GURU PATTANI DAN PANGLIMA2 PERANGNYA, LEPAS TU PI SERAH
HIDUP2 KAT TENTERA SIAM?
[rujuk Bangkokpost Jan 98] 

KALAU UMNO BETUL2 BERSIMPATI DENGAN PERJUANGAN ISLAM, PASAL APA PULAK PI TANGKAP 
PEJUANG2 ISLAM ACHEH, LEPAS TU YANG MANA MELAWAN, KENA 'SEMBELIH HIDUP2' DI KEM 
TAHANAN SEMENYIH!!

[Ini boleh tanya Hassan Tito pemimpin pejuang Acheh yg dihantar pulang bersama 
rakan2nya - .itu pun kalau dia masih hidup]. 

SO, MANA BUKTINYA UMNO HARI INI PERJUANGKAN ISLAM? 

4. Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem 
Pemerintahan Demokrasi
Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat 
Malaysia amnya. 

YANG INI SAYA SETUJU.....SEBAB KAT KILANG2 YANG BERTERABUR DI SELURUH NEGARA INI, 
KHUSUSNYA DI NEGERI PULAU PINANG , 90% TENAGA UTAMA DI KILANG2 INDUSTRI ADALAH 
ANAK-ANAK BUMIPUTERA......GAJI MEREKA RM400 ~ RM500 SEBULAN, SEDANGKAN YANG 10% LAGI 
ADALAH KUMPULAN PENGURUSAN BUKAN BUMIPUTERA BERGAJI PALING KURANG
RM5000 SEBULAN. ADA SEORANG TU, KELULUSAN TAK TARA MANA, TAPI GAJI DIA RM12,000 
SEBULAN!!
(tertengok masa pergi file income tax tak lama dulu). 

5. Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi tunggal 
dan Kebudayaan
Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu. 

PIIRAH, ZAMAN TUN RAZAK DAN TUN HUSSEIN ONN DULU BOLEH LA UMNO CAKAP MACAM TU, LA NI 
DAH TERBALIK KOK. 

Salah satu sebab tercetusnya tragedi 13 Mei ialah kerana orang2 Melayu cukup tak puas 
hati dengan kedudukan
mereka khususnya dalam bidang ekonomi dan pendidikan berbanding dengan bangsa yang 
lain khusunya orang2 Cina
pada ketika itu. Kerana itu, selepas tragedi berdarah 13 Mei, lahirlah REFORMASI dalam 
Dasar Pendidikan
Kebangsaan di bawah Menteri Pel ketika itu, iaitu Abd Rahman Yaakub. 

REFORMASI dalam bidang pendidikan dengan niat untuk mendaulatkan bahasa Melayu ini 
berjalan rancak semasa Tun Razak dan Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri. Lihatlah 
sejarah gemilang ini: 

1970 sek aliran inggeris ditukar jadi aliran k'saan. 

1970, darjah 1 sek rendah aliran Inggeris jadi darjah satu aliran Kebangsaan. 
1971, darjah 2 jadi aliran kebangsaan 
1972, darjah 3 jadi aliran kebangsaan 
1973, darjah 4 jadi aliran kebangsaan 
1974, darjah 5 jadi aliran kebangsaan
1975, darjah 6 jadi aliran kebangsaan 

1976, Ting 1 jadi aliran kebangsaan
1977, Ting 2 jadi aliran kebangsaan 
1978, Ting 3 jadi aliran kebangsaan 
1979, Ting 4 jadi aliran kebangsaan 
1980, Ting 5 jadi aliran kebangsaan
1981, Ting 6 jadi aliran kebangsaan 
1982, Tingk 6 Atas jadi aliran kebangsaan 

1983, Univerisiti gunakan bahasa Kebangsaaan sebagai bahasa pengantar.. 
1988, Selesai apabila Tahun Enam (akhir) Fakulti Perubatan guna BM sebagai bahasa 
pengantar. 

[*UKM sudah gunakan BM sebagai bahasa pengantar sejak tahun 1971 lagi] 

TU DIA - LAPAN BELAS TAHUN LAMANYA! 

SELAMA 18 TAHUN PARA CENDIAKIAWAN KITA BERTUNGKUS LUMUS DAN AKHIRNYA BERJAYA 
MENDAULATKAN BAHASA MELAYU SEHINGGA KE PUSAT PENGAJIAN TINGGI; TIBA-TIBA ENTAH APA 
BALANYA, PADA TAHUN 1993, DR MAHATHIR TANPA MEMPERDULIKAN USAHA
ORANG-ORANG TERDAHULU, TELAH MENGELUARKAN ARAHAN SUPAYA BAHASA MELAYU DIGANTIKAN 
DENGAN BAHASA INGGERIS UNTUK KURSUS 2 TERTENTU DI UNIVERSITI2 TEMPATAN!!! 

*&X%Y&$#@ PUNYA MAHATHIR!!! 

Arahan Mahathir ini telah dilaksanakan secara rasmi oleh Anak Tun Razak pada 22 June 
1995. 

Perjuangan UMNO menegakkan ketuanan Bahasa Melayu ini kemudiannya terkubur buat 
selama-lamanya dengan
wujudnya Akta Pendidikan 1996 yang dibentangkan di parlimen pada bulan Dis 1995. 

AL-FATIHAH BUAT TUN RAZAK! 

SO, SIAPA KATA UMNO HARI INI MEMPERJUANGKAN KETUANAN MELAYU??? 

6. Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan 
bersatu berasaskan
kepada Hak-hak Asasi Manusia dan Hak -Hak stimewa Orang Melayu. 

HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU?.....WUJUD LAGIKAH HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU INI?? 

Masa kecik-kecik dulu, cikgu sejarah saya pernah cerita; katanya masa nak merdeka 
dulu, bertengkar sakan UMNO
dan MCA sebab orang Melayu tak mau bagi taraf kerakyatan kepada orang bukan Melayu 
sebagai salah satu syarat
untuk merdeka. Ya lah, sebab tanah Melayu ini bukan tok nenek depa yang punya. Selepas 
tu, pi mai pi mai, akhirnya Orang2 Melayu pun bersetuju - bagi IC kat orang2 Cina dan 
India dengan syarat orang Melayu dapat hak2 istimewa, islam sebagai agama rasmi dan BM 
sebagai bahasa rasmi. 

HAK-HAK ISTIMEWA ITULAH YANG MENYEBABKAN RIBUAN ANAK2 MELAYU MENJADI GOLONGAN 
PERTENGAHAN SEKARANG INI, HASIL DARIPADA DUIT BIASISWA YANG DIGUNAKAN UNTUK MENANGUNG 
PEMBELAJARAN MEREKA. DUIT BIASISWA INI BUKANLAH
DUIT KERAJAAN, TAPI SEBENARNYA ADALAH DUIT TOK NENEK KITA YANG TERPAKSA 
MEM'SEDEKAH'KAN IC BIRU KAT ORANG2 BUKAN MELAYU DALAM KEADAAN IZIN DALAM PAKSA!! 

HA, HARI INI MANA DUIT-DUIT TOK NENEK KAMI TU?
MANA HAK-HAK KEISTIMEWAAN KAMI? MANA??????????????? 

Itulah sebenarnya suara hati saya yang selama ini begitu membara dan mendidih dengan 
kerenah pemimpin-pemimpin negara yang sudah lalai dan lupa dengan amanah yang 
diberikan kepada mereka oleh anak-anak bangsa; kerana itulah saya membuat keputusan 
nekad untuk keluar UMNO kira-kira setahun yang lalu.

Dahulunya, saya juga agak terpengaruh apabila orang berkata:

"Kita boleh ubah UMNO dari dalam"

Tapi, apabila melihat DSAI yang begitu hebat pun boleh kecundang, walau pun siap 
dengan kumpulan2 sokongan seperti ABIM, JIM, UIA dan sebagainya; apa tah lagi kita 
rakyat biasa yang kadang kala bila ditahan Polis tepi jalan pun, sudah naik kecut 
semacam...

Menutup bicara, UMNO hari ini sudah tidak ada tempat lagi untuk orang2 yang ingin 
ikhlas berjuang seperti di zaman Datuk Nenek kita dahulu; tapi sebaliknya UMNO yang 
ada hari ini sudah dikuasai oleh puak-puak korporat sekular yang sanggup berbuat apa 
sahaja untuk mengekalkan kedudukan; malah mereka sanggup mengepung masjid jika 
terpaksa.

TAK PERCAYA, SILA TANYA WANITA UMNO PULAU PINANG!!

Wassalam,
Pakdin

---------------------------------------------------
Get free personalized email at http://www.iname.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke