Re: H-Net* Panglima Perang Palestin 2

2002-05-26 Terurut Topik ku6ku6 ku6ku6


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~

Assalamualaikum,bila saya melihat Wajah dan senjata yang digunakan olih
penduduk Palestin teringat saya tentang surat AlBagarah ayat 246 hingga ayat 
252 dimana Allah menceritakan tentang tentera Talut menentang tentera 
Jalut.Sebenarnya orang Yahudi ini dari keturunan Nabi Yaakup
dan bumi Palestin bukan milik bangsa Yahudi tetapi milik bangsa Arab,
   Perangai bangsa Yahudi ini adalah penakut merika tidak berani
berperang secara berdepan tetapi berselindung dan kita dapat perhatikan
merika berselindung disebaik kereta kebal walau pun musuhnya cuma
bersenjatakan batu.
   Ketika merika berkata kepada nabi merika (nabi Shamuel)selepas wafatnya 
Nabi Musa untuk melantik seorang raja sebagai pemimpin merika
agar dapat berperang dijalan Allah,nabi merika menjawap,tidakkah harus
jika diwajibkan kamu berperang,kamu tidak berperang?,lalu jawap merika 
mengapa pula tidak kami berperang pada jalan Allah sedangkan kami diusir 
dari kampung halaman kami dan anak-anak kami?. merika membelakangkan 
kewajipan tersebut kecuali sebahagian kecil dari merika.Dan (ingatlah)Allah 
mengetahuai akan orang zalim.
   Ketika membuat pemilihan sebagai Raja merika Allah mengilhamkan
kepada Nabi merika ia-itu dengan mengukur ketinggian dengan"Tongkat"
ada juga yang tinggi tetapi tongkat tersebut bergerak lebih panjang lagi
kerana Allah telah menetapkan Talut sebagai pemimpin merika.Bila sampai 
giliran Talut tongkat tersebut lebih pendek dari Talut jadi Talutlah
pemimpin merika.Perangai buruk Yahudi ni suka mengungkit.
"Dan Nabi merika pula berkata kepada merika,"Dan Allah telah melantik Talut 
menjadi raja kamu".merika menjawap "bagaimana merika mendapat kuasa 
memerintah kami sedangkan kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu 
dari nya dan dia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?.Nabi merika 
menjawap," Sesungguhnya Allah telah memilihnya(Talut)menjadi raja kamu dan 
telah melebihkanya dalam ilmu dan kegagahan tubuh badan".dan ingatlah Allah 
jua yang memberi kuasa pemeritahan kepada siapa juga yang dikehendaki dan 
Allah jua maha luas (rahmatNya dan pengurniannya lagi meliputi ilmunya.
Dan Nabi merika berkata lagi kepada merika," sesungguhnya tanda kerajaan 
Talut itu(yang menunjukkan benarnya dari allah).Datangnya nya peti 
Tabut.(Peti Tabut ini tempat menyimpannya kitab Taurat.Peti ini telah 
dirampas olih pehak musuh dalam satu peperangan.
Menurut riwayat peti Tabut ini dirampas olih tentera Gergasi yang
hidupnya menyembah berhala.merika meletakkan peti tersebut dibawah kaki 
patong merika.keesokkannya peti tabut berada diatas kepala patong 
tersebut.sehinggakan beberapa kali merika lakukan.tetapi peti tabut tetap 
berada diatas kepala patong merika.Kemudian merika meletakkan disebuah 
kampung,penduduk kampung tersebut habis kena bala.Merika semua
jadi susah hati lalu merika meletakkan diatas kereta lembu,dan lembu 
tersebut membawa peti tabut sehingga sampai kepada kaum bani Israil.
Nabi Shamuel berkata," Mu tengoklah esok peti tabuk akan sampai sebagai
bokti Talut pilihan Allah.
Talut membuat pengumuman," Sesiapa yang dapat menewaskan Jalut Aku Akan 
kahwinkan dengan Anak dara ku dan akan berkongsi kerajaan".
Nabi Daud telah mendengar pengumuman tersebut,lalu mengikut serta berjuang 
bersama Talut.Nabi Daud mempunyai 13 orang adik beradik,dan Nabi Daud adalah 
anak busu.Nabi Daud ni suka main lastik.
ketika Nabi Daud berjalan keMedan Perang batu berseru,daud..daud ambillah 
aku,Aku bolih bunuh Jalut dengan izin Allah.(masa tu Nabi Daud
belum menjadi Nabi lagi..kemudian ketika perjalanan berseru
lagi batu,"Daud...daud ambillah aku, aku bolih membunuh Jalutdalam
perjalanan batu berseru lagi supaya Daud mengambil batu sebagai senjata
pembunuh.Ketika bertembung dengan tentera Jalut,jalut telah mencabar
tertera Talut,lalu keluar lah nabi Daud dengan mengumpul tiga batu
yang menyerunya itu lalu melastik,dengan takdir Allah batu itu telah 
bercantum menjadi satu lalu kena kepala jalut hingga terpelanting kepala
jalut,dan semua tenteranya melarikan diri..
Sehingga sekarang rakyat pelastin meneruskan perjuangan dengan Lastik
sahaja dan bangsa Yahudi takut walau pun berhadapan dengan lastik 
sahaja.
Panjang lagi cerita tentang Nabi daud dan Kerajaan Talut tetapi saya
berhenti setakat ini dulu."Wallahualam"

















>From: kliner <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject:

H-Net* Panglima Perang Palestin 2

2002-05-25 Terurut Topik kliner





H-Net* Panglima Perang Palestin

2002-05-25 Terurut Topik kliner