May 19 , 2001 18:45PM


 
Pas Mahu Saman MCA dan Akhbar Cina Kerana Isu Roboh Patung
 
IPOH, 19 Mei (Bernama) -- Pas sedang mengkaji kemungkinan menyaman MCA dan beberapa akhbar bahasa Cina yang membangkitkan dakwaan bahawa Pas akan menghapuskan patung-patung di tempat ibadat orang bukan Islam jika parti itu berkuasa.

Presidennya Datuk Fadzil Nor berkata jawatankuasa undang-undang parti itu telah diarah untuk mengkaji tindakan yang dapat diambil terhadap wakil rakyat MCA di Pahang dan akhbar yang terus menyiarkan kenyataan sebegitu.

"MCA terus buat tuduhan ke atas Pas...itu adalah fitnah.

Kita tak pernah ceroboh tempat beribadat orang bukan Islam dan kita tidak ada niat sebegitu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat baru Pas Perak di sini hari ini.

-- BERNAMA

Kirim email ke