*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dengan skim pembiayaan pengajian IT ini anda akan dibiayai untuk memiliki 
ilmu dan kemahiran IT dalam masa yang paling singkat.  Jadilah tenaga kerja 
IT yang mempunyai masa depan yang cerah dalam dunia kerjaya.  Kami akan 
membiayai anda untuk mencapai cita-cita anda itu, insya’Allah.

Matlamat utama pembiayaan pengajian IT ini ialah untuk melahirkan 
tenaga-tenaga kerja IT dari kalangan muslimin dan muslimah.  Tidak dapat 
dinafikan bahawa penglibatan ummat Islam dalam dunia kerjaya IT masih 
terlalu kurang.  Oleh itu, kecanggihan teknologi ini tidak dapat 
dimanfaatkan sepenuhnya untuk kebaikan ummat Islam itu sendiri.

Skim pembiayaan ini juga mengambilkira kemampuan kewangan semua golongan.  
Oleh itu adalah menjadi objektif skim pembiayaan ini untuk memberi peluang 
kepada golongan yang kurang kemampuan kewangan untuk memiliki ilmu dan 
kemahiran IT tanpa memerlukan kos yang tinggi.

Teristimewanya skim ini adalah untuk mereka yang :
*  mempunyai minat yang tinggi terhadap IT
*  kurang kemampuan kewangan
*  gagal ke IPTA atau IPTS
*  tiada pekerjaan(menganggur)
*  mencari-cari bidang kerjaya yang sesuai
*  ingin menukar bidang kerjaya ke bidang IT

....Adakah berminat…
  * Untuk menggunakan aplikasi komputer sepertimana kebanyakan orang yang 
tahu dan mahir tentang komputer
  *  Untuk tahu tentang komponen-komponen komputer dan pandai  memasang 
komputer sendiri, lebih-lebih lagi mahir pula membaiki dan menyelenggara 
komputer
  * Untuk tahu tentang cara-cara berniaga komputer dan mendapatkan 
pendapatan lumayan dari pengetahuan tersebut
  *  Untuk mahir dalam penggunaan internet dan merekabentuk homepage yang 
tinggi kualitinya
  *  Untuk membangunkan perisian(software) pangkalan data atau multimedia 
yang memerlukan kreativiti yang tinggi
  *  Untuk merekabentuk sesuatu penerbitan atau persembahan menggunakan 
perisian grafik komputer yang seni dan canggih ....

...di sinilah dan inilah masanya untuk anda mengambil peluang ini...

Bidang IT merupakan bidang yang tidak terjejas dengan kegawatan    ekonomi.  
Di zaman kemelesetan sekarang pun, penggunaan komputer dan kecanggihan IT 
tetap diberikan keutamaan. Dengan kecanggihan teknologi ini    sekarang, 
semua bidang pekerjaan terlibat dengan penggunaan komputer.     Tiada 
pejabat yang tidak menggunakan komputer.  Bahkan semua pejabat sedang menuju 
kepada pembentukan rangkaian komputer sepenuhnya.  Ini kerana teknologi ini 
sangat membantu meningkatkan kecekapan dan kualiti hasil kerja di samping 
dapat mengurangkan kos dengan begitu ketara.  Begitu juga dengan   
penghasilan perisian-perisian yang baru yang dapat memenuhi keperluan    
pengguna(user) sekarang.  Perisian-perisian interaktif yang menarik dengan   
  teknologi multimedia sangat-sangat diperlukan sekarang.  Dengan 
bertambahnya    penggunaan komputer sekarang, keperluan kepada tenaga kerja 
yang    mahir dalam perisian dan perkakasan semakin meningkat.  Semua 
syarikat    memerlukan kakitangan yang tahu tentang komputer, apatah lagi 
jika kakitangan yang mempunyai pengetahuan dalam kebanyakan cabang IT.  
Dengan  ini peluang kerjaya memang banyak dalam bidang IT ini dan akan 
semakin meningkat permintaan terhadap tenaga kerja di masa-masa akan datang.

Di antara jawatan-jawatan yang terdapat dalam bidang IT ialah Technician, 
Technical Support, System Analyst, Network Administrator, DTP Artist, IT 
Trainer, Web Master, Web Designer, Programmer, Network Engineer, PC Dealer 
dan banyak lagi.

Anda layak memohon skim ini jika anda :
    -  beragama Islam
    -  berumur tidak lebih 30 tahun
    -  lulus SPM dengan pangkat 1, 2, atau 3
    -  bersedia mematuhi syarat-syarat skim

Dengan skim pembiayaan ini, anda akan mengikuti Kursus Intensif IT selama 3 
bulan penuh.  Yuran pengajian ditanggung/dibiayai oleh kami.  Kursus padat 
ini mengandungi 9 subjek yang paling mahal dan paling dikehendaki di pasaran 
kerjaya IT sekarang.  Pencapaian anda selama kursus akan dinilai berdasarkan 
sistem GPA(Grade Point Average) dan CGPA(Cumulative Grade Point Average).  
Subjek yang perlu diikuti ialah  :

   KOD   SUBJEK             J/KREDIT

OFC 114 OFFICE 2000             4
PCM 314 PC MAINTENANCE          4
INT 213 INTERNET                3
ITB 522 IT BUSSINESS            2
VBC 733 VISUAL BASIC            3
MMD 632 MULTIMEDIA DEVELOPMENT  2
NET 934 NETWORKING              4
ACS 423 MICROSOFT ACCESS        3
DTP 823 DESKTOP PUBLISHING      2

Selama tempoh kursus, penginapan disediakan.   Kemudahan yang dapat anda 
gunakan adalah
  * katil, tilam, bantal & almari pakaian
  * dapur gas & peralatan memasak
  * mesin basuh
  * peti sejuk
  * penggunaan komputer 24 jam
  * capaian internet dari 9.00 pg - 12.00 mlm

Penganugerahan sijil akan disempurnakan dalam majlis mini konvokesyen.  Anda 
berpeluang memiliki  :

  * Sijil Kursus Intensif IT
  * Anugerah Bestari (CGPA 3.5 ke atas)
  * Anugerah Pelatih Terbaik
  * Anugerah Komputer Emas
  * Sijil Pilihan : diakreditasi oleh universiti tempatan

Permohonan untuk mendapatkan pembiayaan ini boleh dibuat dengan mengisi 
borang permohonan yang boleh didapati dari :
Pendaftar
InfoTrack Network
PT 797, Tingkat Bawah, Taman Sri Pauh,
Jalan JPJ Panji,
16100 Kota Baru.

Sebarang pertanyaan sila hubungi  :
09-7655727,  09-7647911, 013-9029585
E-mail  :  [EMAIL PROTECTED]
Laman web  :  http://www.itnet.itgo.com


________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "abu idris" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke