*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Assalamu'alaikum wr wbr.

SIRI 23

Struktur Sistem saraf manusia

Tubuh kita nih ada banyak sistem saraf ( kalau orang kampung dia kata urat
saraf...kalau kita sakit urat saraf kita kena jumpa tukang urut...pak mat
tukang urut ke...atau sapa-sapa yang pandai mengurut...salah urat
menyebabkan kita jadi tak selesa ) Oleh kerana tubuh kita banyak sistem,
maka boleh dibahagi kepada dua bahagia yang utama iaitu organ otak dan
rangkaian urat saraf.

Otak...apa itu otak (ada kesan yang mendalam dalam hidup manusia kalau
orang kata kita "tak ada otak" apa perasaan kita...). Otak ni sebenarnya
organ yang ada dalam tubuh kita (nak tanya sikit...apa kaitan antara otak
dan akal...otak,nampak dan akal tak nampak....tersebutlah satu cerita
tentang akal, ada seorang guru yang ateis (tak percaya tuhan) tanya
pelajarnya "murid-murid nampak pen ini" sambil tunjuk pen. Pelajarnya jawab
"nampak cikgu" (umpan dan mengena..kata cikgu dalam hati) "jadi pen itu ada
"dia tanya lagi "murid-murid nampak Tuhan " pelajarnya kehairanan ..lalu
menjawab "tak nampak"..."Jadi tuhan tu tak ada".....lalu dalam ramai-ramai
pelajarnya ada yang cerdik lalu bangun bertanya..."kawan-kawan nampak tak
akal cikgu kita"..."tak nampak", "jadi cikgu kita tak ada akal"....dimana
cerdiknya kita kalau Allah yang menciptakan otak dan akal untuk kita..kalau
rasa cerdik buat sendirilah otak kita..atau import dari luar negeri )

Otak kita nih tempatnya di kepala ( bukan di kepala lutut....) dan dikawal
oleh tulang tengkorak (sebab otak kita bukan keras,.....Terima kasih kepada
Allah yang telah memberi kawalan pada otak kita)..Jika dinisbahkan pada
tubuh, manusia dianggap mempunyai otak yang paling berat berbanding
organisnma lain.(berapa berat otak kita...entah lah saya tak pernah
timbang,....sebab tak boleh cabut dan bubuh balik..) Tapi mengikut kajian
berat otak saya ( andapun..sama lah ) dianggarkan 3 paun ( 1.2 kilogram)
(berat juga tu...mujurlah tengkuk kita kuat kalau tidak senget(condong)
sebelah. Alhamdulillah)


Kandungan otak kita terdiri daripada dua jenis sel, iaitu sel neuron dan
sel glia, mengikut kajian Atkinson (1987) ada 12 ribu juta sel neuron,
Cider(1983) kata 100 ribu juta (...jadi, kita ni termasuk jutawan
jugalah...kaya-kaya) Allah telah menciptakan sel-sel neuron ini berperanan
sebagai pemberi kebolehan mengamati alam,berfikir, berbahasa, menganalisis,
merancang, belajar dan lain-lain. Sel glia pula berperanan sebagai pelekat
(gam)..yang melekatkan antara neuron dengan neuron yang lain..ia juga
sebagai pembekal makanan kepada otak (seperti sate,kfc, murtabak
Dll...itupun kalau neuron ada gigi)

Bersambung....  



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke