*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ….sambungan….. 10) Hukuman Ta`zir. i) Hukuman ta`zir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjinayah-pemjinayah tadi tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.Hukuman ta`zir dalam ‘Qanun Jinayah Syar`iyah’ adalah hukuman yang tidak ditentukan dan ditetapkan ALLAH kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Quran/hadith. [ Pengarang kitab ini kata bahwa hukuman ta`zir ini adalah satu bentuk hukuman yang tidak ditentukan bentuk serta kadar dia macamana oleh ALLAH/RasulNya.Ia terserah kepada kebijaksanaan Ulil Amri.Tetapi para ulama berpendapat bahwa ta`zir tidak boleh menyamai sekurang-kurang hudud.Contohnya; kalau kita nak sebat orang,misalnya.Kalau nak jatuh hukuman sebat diatas kesalahan ta`zir,maka bilangan sebatan yang dijatuhkan tidak boleh menyamai sekurang-kurang hudud.Contoh sekurang-kurang hudud ialah 40 sebatan,yakni yang dikenakan keatas peminum arak atau peminum minuman keras yang memabukkan.Jadi kalau hendak melaksanakan sebatan mengikut hukuman ta`zir,maka ia tidak boleh sampai kepada 40 sebatan.Ia mestilah 39 sebatan ke bawah. ] ii) Hukuman ta`zir adalah hukuman dera keatas penjinayah-penjinayah yang telah sabit kesalahannya dalam mahkamah, dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud/qisas, kerana kesalahan yang dilakukan oleh penjinayah itu tidak termasuk di bawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukum hudud atau qisas. [ Contoh 1 : Misalnya pesalah ini ditangkap hanya kerana mencuri gula-gula sebijik.Maka tak cukup syarat lah kalau nak jatuhkan hukuman hudud keatasnya,yakni potong tangan.Bila syarat tak cukup,maka hendaklah ia digantikan dengan hukuman ta`zir.Inilah definasi hukuman ta`zir, yang mana bentuk dan kadarnya terserahlah kepada kebijaksanaan pemerintah, tapi ia tak boleh menyamai sekurang-kurang hudud. Contoh 2 : Misalnya pencegah maksiat serbu satu bilik untuk tangkap pesalah-pesalah zina.Tiba-tiba bila pintu dibuka,mereka dapati seorang lelaki sedang ber‘dayung’ diatas seorang perempuan.Jadi secara logik akalnya,perbuatan men‘dayung’ itu maknanya sedang bersetubuh lah.Tapi masalahnya,pencegah-pencegah maksiat tadi tak sempat nak tengok zakar tu masuk ka tak masuk ka dalam faraj, kerana bila diserbu lagu tu, couple tadi mesti melompat punya.Takkan pegawai-pegawai pencegah maksiat tu nak kata,“Op,op,nanti sat; kami nak tengok, masuk ka tak masuk ka?”…Takkan nak kata lagu tu kot.Tapi yang sempat mereka tengok hanyalah si lelaki berada di atas si perempuan; itu saja.Apakah kita boleh jatuhkan tuduhan zina ke atas couple tersebut?…Tak boleh,tuan-tuan.Sebabnya walaupun kalau ada 10 orang saksi sekali pun ketika itu,tapi kesemua mereka hanya nampak seorang lelaki berbogel dok ada atas seorang perempuan yang berbogel.Itu saja.Jadi apabila tidak boleh dikenakan hukuman hudud keatas pasangan itu,maka alternatifnya ialah dikenakan hukuman ta`zir.Iaitu tidak boleh dikenakan tuduhan zina,tapi kita kenakan tuduhan khalwat atau berkelakuan sumbang.Kita nak penjarakan mereka 10 tahun ka, nak penjarakan 1 tahun ka, nak denda ka, nak sebat 10 kali ka; terpulanglah kepada kebijaksanaan pemerintah. ] iii) Jenis atau kadar serta bentuk hukuman ta`zir itu adalah terserah kepada kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan keatas penjinayah-penjinayah itu,kerana hukuman ta`zir itu adalah bertujuan untuk menghalang penjinayah-penjinayah daripada mengulangi kembali kejahatan yang mereka lakukan tadi,yakni bukan untuk menyiksa mereka. 11) Penghakiman keatas penjinayah. Seseorang hakim yang menghakimi kes-kes yang didakwa di bawah kes jinayah syar`iyah apabila sabit kesalahan penjinayah itu di dalam mahkamah,hendaklah dijatuhkan hukuman mengikut peruntukan hukum syara` yang telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH/rasulNya yang disebutkan di dalam al-Quran/hadith,yakni jangan diputuskan dan dihukum mereka itu tanpa merujuk hukuman ALLAH terlebih dahulu. [ Jadi, dalam masalah penghakiman, yakni semasa nak buat judgement, atau nak buat sesuatu decision, atau nak buat satu keputusan; priority mestilah diberikan kepada Kitabullah/hadith Rasulullah s.a.w. Kita tak mau ada di kalangan kita yang gunakan logik akal dulu,kemudian baru nak tengok Quran/hadith Nabawi. Sebab itu, kita rasa sedih atas apa yang pihak pemerintah nyatakan tentang kes al-Maunah tempohari.Tak pasai-pasai, sekolah pondok dan sekolah Pasti disalahkan.Depa kata bahwa oleh sebab Amin Razali ni dulu dididik melalui sekolah agama rakyat,yakni bukan daripada sekolah kerajaan, maka institusi sebegini hendaklah diharamkan.Apa ni,‘depa’ akai tak dak ka?…Ooooo! kalu lagu tu,kalaulah seorang tu pi gasak duit orang melalui teknologi peng‘klon’an kad ATM ka atau kad kredit ka, tiba-tiba dia ditangkap dan check-check dia adalah graduan USM….emmmmph mampuiiih! USM pulak nanti kena haram.Lagu tu ka; Anaconda oooit!?…Hang sebagai seorang pemimpin negara, boleh ka cerita satu benda lagu ni?…Bagi la bukti dulu yang kata sekolah agama rakyat tu mengajar ajaran sesat.Bila ada bukti,barula hang boleh cakap! Kalau setakat nak kata, tapi tanpa bukti yang perbuatan Md Amin Razali tu akibat pentarbiyyahan daripada sekolah agama rakyat, maka itu merupakan satu jinayah yang dahsyat kepada rakyat yang ikhlas mencari keredhaan daripada ALLAH SWT. Lalu ustaz Jailani buat satu perbandingan buruk baiknya antara sekolah agama rakyat dengan sekolah agama kerajaan.Contohnya; dalam masalah ‘medium of instruction’ yakni bahasa pengantar yang digunakan.Kelebihan yang ada pada sekolah agama rakyat atau sekolah agama negeri ni ialah dia menggunakan ‘medium of instruction’nya,sepenuh dalam bahasa Arab.Maknanya,belajar sirah dalam bahasa Arab, belajar tafsir dalam bahasa Arab, belajar fekah pun dalam bahasa Arab dan kesemuanya dalam bahasa Arab.Tapi bagi sekolah agama milik kerajaan persekutuan,dia hanya menggunakan bahasa Arab dalam matapelajaran Bahasa Arab sahaja.Yang lainnya seperti sirah,tafsir,usul fiqh,kesemuanya belajar dalam bahasa Melayu.Sebab itulah, dalam masyarakat kita hari ini, kecenderungan mereka adalah kepada sekolah agama milik kerajaan negeri atau sekolah agama persendirian yang menggunakan bahasa Arab 100%.Inilah kelebihan sekolah agama milik persendirian ataupun milik kerajaan negeri. Sebab itu, kita sarankan kepada ‘pemimpin’ berkenaan; kalau dia nak buat sesuatu kenyataan, biarlah bagi contoh yang menunjukkan bahwa rakyat boleh percaya kepada kenyataannya itu.Jangan la dok bagi satu statement yang boleh menyebabkan masyarakat mentertawakan ‘kamu’.Pasai kita tak mau benda-benda macam ni berlaku dalam kepimpinan negara kita. ] Perkara ini telah diingatkan oleh ALLAH TA`ALA dalam firman-firman berikut (yakni yang menjadi dalil bahwa bila kita nak buat satu hukuman,maka hendaklah rujuk dulu kepada al-Quran/hadith) : i) Dimana firman ALLAH dalam ayat 48 Suratul Ma`idah yang bermaksud, “Dan telah Kami turun kepada kamu (wahai Muhammad) Kitab al-Quran dengan membawa kebenaran,dan yang membenarkan apa-apa yang ada sebelum daripadanya.” [ Maknanya, al-Quran membenarkan segala kitab/suhuf yang pernah diturunkan oleh ALLAH SWT.Iaitu yang membenarkan injil yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s. Begitu juga yang membenarkan Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s., dan juga kitab Zabur dan pelbagai suhuf-suhuf yang lain yang pernah diturunkan oleh ALLAH SWT kepada para ambia` dan para mursalin a.s. ] “al-Quran juga menjadi pengawas kepada nya.” [ Maknanya, untuk mengesahkan kitab-kitab yang terdahulu itu betul ka tak betul ka, maka didatangkan al-Quran kepada kita.Misal kata, jika kita lihat atau mendapati kitab injil yang ada pada hari ini iaitu New Testament, atau kitab Taurat (old testament) yang ada pada hari ini; yang kandungannya bertentangan dengan al-Quran; maka pertentangan itu akan diperjelaskan atau dinafikan di dalam al-Quranul Karim.Contohnya ialah konsep triniti dalam kristian yang mempercayai tuhan Allah,tuhan anak dan rohul kudus; maka konsep ini telah dinafikan secara mutlak di dalam al-Quran melalui Surah al-Ikhlas.Firman ALLAH yang bermaksud, “Katakanlah ALLAH TA`ALA itu Esa.ALLAH sebagai tempat meminta pertolongan.Dia tidak beranak dan Dia tidak diperanakkan.Dan tidak ada satu pun yang menyerupaiNya.”…Jadi inilah contoh ayat-ayat daripada al-Quran yang menjadi pengawas kepada ayat-ayat daripada kitab-kitab yang terdahulu, supaya kita boleh bezakan antara kandungan Quran hari ini dengan apa yang ada dalam injil/taurat yang ada depan kita pada hari ini.Inilah yang menjadi hujah bahwa injil/taurat pada hari ini telah pun diselewengkan oleh tangan-tangan manusia dari golongan pemuka-pemuka agama yahudi/kristian pada hari ini dan zaman lampau. ] “Maka jalankanlah hukum diantara mereka (ahli kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh ALLAH (kepadamu),dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepada mu dari kebenaran.” [ Jadi inilah pesanan ALLAH SWT kepada kita, supaya kita ikut ajaran Islam yang diturunkan oleh Nya.Para sahabatku sekelian; sebab itulah pentingnya untuk kita pilih seorang pemimpin yang ada punyai ciri-ciri beriman kepada ALLAH SWT.Kerana kebanyakan manusia ni bergantung kepada agama pemerintah mereka.Dan sebab itu juga kita digalakkan untuk mengkagumi orang-orang yang mukmin.Yakni mengambil para ulama untuk menjadi idola kita.Bukannya menjadi seperti apa yang ada dalam masyarakat kita sekarang, iaitu menjadikan para artis sebagai idola mereka.Contohnya; wajarkah anak-anak muda kita menjadikan Ning Baizura yang bertindik pusat tu sebagai idola atau ikutan mereka? Wajarkah anak-anak muda kita mengambil orang yang berani cerita tentang kehidupan seks di luar-nikahnya itu sebagai contoh kepada mereka? Berita-berita sebegini, yakni yang keluar daripada seorang yang jelas kesesatannya serta perwatakan yang boleh menyesatkan anak-anak muda,tapi tidak pula diharamkan dan boleh pula disiarkan melalui media-media massa secara meluas.Tapi kalau ada orang yang ikhlas bawa mai cerita tentang Islam kepada masyarakat, dia pula akan di cop sebagai pembawa ajaran sesat, lalu dia ditahan dalam ‘bilik gelap’ umpamanya.Inilah yang dikatakan sekularisma yang ada dalam masyarakat kita sekarang. Sebab itu, kita tak hairan kalau ada benda-benda yang berunsur jihad dalam ugama, maka ia akan dipandang serong.Tapi kalau benda-benda yang menampakkan buah dada/punggung perempuan, ia diraikan.Ini adalah disebabkan oleh pihak berkuasa yang seronok dengan perempuan yang bertelanjang, tetapi tak suka kepada para pendakwah yang membasmi kemungkaran.Inilah realiti yang ada dalam masyarakat kita hari ini,tuan-tuan. Saudara/saudari/muslimin/muslimat sekalian; sepatutnya kita jangan biarkan suasana sebegini terus bermaharajalela dalam masyarakat kita.Jadi kita kenalah faham jika dibiarkan terus benda-benda lagu ni, akhirnya agama akan terhakis daripada masyarakat kerana para pendakwah dipandang dengan penuh curiga; manakala para artis yang bawa kedurjanaan moral ke dalam masyarakat, tidak pula dianggap sesat. ] ii) Firman ALLAH TA`ALA dalam Suratul Ma`idah ayat 49 yang bermaksud, “Dan hendaklah kamu menjalankan hukum diantara mereka itu,dengan apa yang telah diturunkan oleh ALLAH TA`ALA.Dan jangan kamu ikuti hawa nafsu mereka itu,dan berjaga-jaga supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh ALLAH kepada kamu.” [ Yang mana ALLAH turunkan ayat ini kerana bersabitan dengan satu kisah berkenaan dengan 3 orang pemimpin yahudi yang pergi berjumpa dengan Nabi s.a.w. Ini ialah kerana ketika itu tercetus pergaduhan diantara 2 kumpulan yahudi.Maka salah satu daripada kumpulan itu menghantar 3 pemimpin mereka untuk berjumpa dengan Nabi s.a.w.,dan meminta Nabi untuk menerima tawaran mereka supaya menjadi hakim dalam permasalahan diantara 2 puak yahudi itu.Mereka bertiga itu ialah Kaab bin Asad, Abdullah bin Shuriya dan Shas bin Qois.Lalu mereka bagi syarat kepada Nabi dengan mengatakan, “Wahai Rasulullah,kami akan menyeru semua puak-puak yahudi untuk beriman kepada kamu tapi dengan syarat.Kamu kena buat keputusan yang menyebelahi puak kami bilamana kamu kami angkat sebagai hakim bagi menyelesaikan masalah ini.”…Inilah yang dinamakan konspirasi.Cuba kita tengok, kalaulah guna logik akal, sepatutnya Nabi terimalah tawaran itu kerana nampak lagumana jalan mudah untuk menarik puak-puak yahudi supaya beriman kepada Rasulullah s.a.w. Tetapi setelah diperingatkan oleh ALLAH SWT dalam ayat tadi supaya berjaga-jaga dengan tipu daya puak yahudi ini,yang mana mereka akan cuba memesongkan Nabi daripada ajaran ALLAH SWT, maka Nabi menolak tawaran tersebut untuk bersekongkol dengan puak yahudi itu walaupun mereka offer untuk beriman kepada Nabi.Peristiwa ini memberi iktibar kepada kita bahwa keadilan hendaklah ditegakkan,walaupun sesama penjinayah, walaupun sesama orang kapir, walaupun dikalangan orang zolim.Keadilan wajib ditegakkan sebagaimana yang diajarkan oleh ALLAH SWT kepada kita. ] …….bersambung……. __________________________________________________ Do You Yahoo!? Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere! http://mail.yahoo.com/ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>