*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rizal menulis:
>Saya hendak bertanya tentang sumber kewangan, bagaimana tiger 
>dapat membeli sejumlah buku dalam berbagai-bagai bidang, begitu 
>juga tentang pembahagian masa.

Maafkan saya kerana poskan jawapan ini ke HizbiNet. Oleh kerana
kemungkinan besar saya hanya di sini buat sementara, eloklah
saya ceritakan sesuatu sebagai diambil pengajaran. Yang penting,
kita mesti ingat bahawa agama Islam ialah agama dakwah. Islam
adalah berasaskan ilmu. Oleh itu, adalah penting bagi setiap
individu Islam menghiaskan dirinya dengan ilmu.

Barangkali ini adalah kerana sikap saya semenjak kecil lagi suka
membaca. Buku-buku yang saya kumpulkan mengambil masa 25 tahun.
Selama jangkamasa itu sudah cukup untuk saya menimba ilmu. Cuma
yang penting ialah kita mengamalkan tabiat suka membaca. Membaca
secara meluas adalah mustahak kerana ia menghapuskan sifat "jahil"
atau "kurang tahu".

Saya masih ingat pesanan Tok Guru Nik Aziz pernah berpesan. Katanya
kita semua orang Islam adalah pendakwah. Kita kena berdakwah
kepada orang yang belum Islam. Untuk melaksanakan tugas ini, kita
mestilah menjadi "cerdik" atau orang bukan Islam yang memandang 
kita sebagai gambaran orang cerdik. Biasanya orang bukan Islam tidak
suka bermuzakarah dengan orang yang kurang cerdik. Pesan Nik Aziz,
sebaik-baik cara ialah kita hendaklah meluaskan pembacaan, bacalah
apa sahaja yang baik.

Saya masih lagi ingat tentang satu cara Nabi kita berdakwah. Ada
seorang Arab kafir mencabar Rasulullah bergusti dengannya. Nabi
kita sanggup bergusti dengannya tetapi dengan syarat orang Arab
itu mesti berjanji memeluk Islam jika Nabi dapat mengalahkannya.
Dia berjanji dan dikalahkan oleh Rasulullah dalam bergusti,
kemudian dia masuk Islam.

Zaman internet, kita sudah berpeluang lebih besar menjalankan
dakwah. Memang ada banyak forum diskusi antarabangsa. Ramai
orang bukan Islam masih tidak tahu apakah Islam dengan jelas.
Inilah satu peluang baik untuk kita menyampaikan dakwah Islam.
Bayangkan betapa pentingnya mesej Islam yang kita hendak sampaikan
kepada mereka mestilah cukup kemas, ilmiah dan bernas. Oleh itu
memiliki ilmu yang luas dalam berbagai bidang adalah mustahak.
Lebih-lebih lagi diskusi itu adalah dalam Bahasa Inggeris. Kita
mestilah melengkapkan diri kita dengan keupayaan menhuraikan
pelbagai ilmu, mengetahui istilah saikoloji, falsafah, ekonomi,
sains, matematik, dsbnya.

Dalam Forum antarabangsa, kita bertemu dengan berbagai ragam
manusia. Mereka berpendidikan tinggi. Ada profesor, saintis,
dan biasanya mereka adalah dari golongan intelektual. Satu
untung besar pada diri saya ialah mempersembahkan isu-isu
berdasarkan hujah-hujah ilmiah. Kita tidak mahu memberi gambaran
kepada mereka bahawa kita orang Islam adalah bodoh dan sudah
ketinggalan zaman. Fikirlah betapa aibnya jika orang bukan
Islam memandang rendah terhadap kita. Kuncinya, kita wajib
meluaskan pembacaan.

Selama 25 tahun mengamalkan sikap suka membaca, sekarang ilmu
saya dapat membantu saya berdakwah melalui internet. Selama
2 tahun menggunakan internet, pengalaman saya telah mengajar
saya bagaimana menyampaikan mesej Islam kepada orang bukan
Islam. Setakat ini, saya sudah berhasil mengIslamkan 1 rakyat
Autralia, 1 rakyat Kanada dan 1 rakyat Amerika. Sekarang saya
berehat sekejap untuk membuat persiapan yang lebih lanjut.
InsyaAllah saya akan kembali berdakwah pada awal tahun 2001.
Kehadiran saya dalam HizbiNet hanya buat sementara.

Cuba gambarkan, orang bukan Islam yang berdebat dengan saya adalah
orang-orang yang berugama Buddha, Hindu, Ateis, Agnostik,
Kristian dan Yahudi. Biasanya orang Kristian yang paling ramai
melibatkan diri dalam forum-forum antarabangsa.

Masih ramai lagi orang Barat yang ingin tahu tentang Islam. Mereka
boleh membaca buku, tetapi timbul di kepala mereka berbagai
persoalan. Mereka lebih gemar mengemukan soalan-soalan untuk 
mengetahui lebih halus apa perkara-perkara yang menjadi tandatanya
kepada mereka. Sehingga ada orang Barat pernah ingin tahu tentang
apakah pandangan Islam tentang wujudnya UFO? Maka fikirlah ... apa
patut kita jawab.

Cuma mesej saya untuk semua dalam HizbiNet, (penyokong PAS dan
UMNO), jangan abaikan sikap menimba ilmu untuk masa hadapan.
Berdakwah akan menjadi aktiviti yang menyeronokkan, lebih-lebih
lagi di zaman internet.

TIGER

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke