*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamu'alaikum,
> Ada tak netters dari Kelantan yang geram dan meluat dengan 
> program "Kelantan Dalam Gerhana" di TV1?

===============

Setahu saya, tidak ramai orang-orang Kelantan bersetuju dengan
program itu, bahkan ia lebih memberi gambaran negatif tentang
Kelantan sebagai tempat ummat Islam suka beramal mengikut
adat Islam. Program "Salam Pantai Timur" pula memberi gambaran
bahawa orang orang-orang Kelantan suka membuang masa, berjenaka
dan menari, tak pakai tudung dan bergaul bebas lelaki-wanita
tanpa menjadi etika menutup aurat. Budaya Kelantan yang dipapar
di TV adalah budaya orang Melayu Kelantan versi UMNO. Kalau
ada ramai muda-mudi Kelantan yang rusak, itu adalah hasil
sistem pendidikan sekular di sekolah-sekolah kerajaan Pusat.
Mereka diajar sifat-sifat materialisma, dan soal IMAN dan
AKHLAK tidak diberi penekanan.

Muda-mudi diajar memuja artis-artis dan pemimpin-pemimpin sekular
dan korap. Mereka sibukkan oleh program-program maksiat di
sekolah-sekolah. Ini membesarkan lagi kenafsuan pelajar-
pelajar dan tidak berminat membaca buku-buku ugama. Segelintir
pelajar ini menjadi tergila-gila dengan hidup ala rock dan
meniru cara apa yang kerajaan Pusat mahu.

Kebetulan terdapat banyak rumah-rumah kayu yang "buruk" di
Kelantan. Biasanya orang-orang Kelantan kuat beramal ugama,
lebih-lebih lagi yang sudah tua. Mereka yang tua-tua lebih
berminat tinggal dalam rumah-rumah kayu, kerana itu cara
hidup mereka, menjauhi diri daripada kesibukan gangguan duniawi.
Mereka lebih rela tinggal dalam rumah kayu kerana menjaga
perkara membersihkan najis, yang mana rumah-rumah kayu adalah
lebih mudah membersihkan najis apabila menggunakan air yang
mengalir mengikut mazhab Syafie.

Terdapat juga banyak rumah-rumah pondok lama di tempat-
tempat pengajian pondok-pondok ugama. Biasanya pelajar miskin
dan kaya tinggal di situ berdekatan dengan masjid dan surau.
Orang-orang tinggal di situ untuk mudah belajar dan menadah
kitab-kitab jawi. Tidak semestinya mereka itu miskin, cuma
perangai orang-orang tua Kelantan suka menghabiskan sisa-
sisa hidup beramal ibadat, bertanya hukum-hakam dan bersolat
berjemaah. Lagipun mereka BUKAN penduduk setinggan, tidak
macam yang ada di KL.

Ramai orang-orang Kelantan tinggal dalam rumah-rumah kayu
lama, tidak bererti mereka miskin. Ada yang tinggal dalam
rumah kecil tapi memilik banyak harta berupa tanah di sana-
sana. Ada yang simpan dalam bank-bank dan sudah menjadi
style orang Kelantan tidak menonjol-nonjolkan bahawa mereka
kaya. Orang-orang Kelantan sangat cermat berbelanja dan
suka berjimat. Banyak yang makan secara sederhana, sekadar
makan nasi dengan ikan tawar, ulam-pucuk dengan budu.

Lagipun...banyak makanan di Kelantan sangat murah. Hampir
mustahil ada rakyat Kelantan akan mati kebuluran. Sekarang musim
buahan-buahan dan kami orang-orang Kelantan beraya, berpesta
makan buahan-buahan yang boleh dikatakan tidak putus-putus.
Nasi lemak boleh dibeli sekadar 50 sen sebungkus, kuih-muih
pula boleh dibeli 10-20 sen satu. Murid-murid sekolah pula
kadang-kadang ramai yang bawa duit poket sampai RM2.00. Ada
murid-murid simpan wang dalam tabung-tabung simpanan/bank.

Jika anda datang ke Kota Bharu, barangkali tempat yang menarik
ialah KFC, McDonald dan Pizza Hut. Restoran-restoran seumpama
itu dipenuh dengan pelangan setiap hari. Penjual-penjual di pasar
malam tidak pernah komplen semakin hari perniagaan mereka merosot.
Ramai pelancong-pelancong yang datang ke Kelantan membeli belah.
Apa yang mereka beli tidak penting. Mereka datang dan singgah
di Kelantan dan masuk restoran-restoran. Jika di Kelantan ini
TIDAK CUKUP makanan sepertimana didakwa oleh TV dan akhbar UMNO,
tentu pelancong-pelancong akan mati kelaparan..buat apa datang
ke Kelantan untuk berlapar???

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger Chan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke