*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

a'kum semua netter,

Saya cuma harapkan biar lah quality kereta Nasional, WAJA bukan setakat rupa 
bentuk yg cantik sahaja. Saya juga menggunakan kereta nasional(sbb yg 
termurah). Tetapi apa yg saya kaji, membeli kereta nasional ini umpama kita 
memperjudikan nasib. Ini kerana, jika nasib kita baik, keta yg kita beli 
tiada masalah. Kalau nasib tak baik, maka berulang lah kita ke pusat servis 
eon. Kadang kala boleh bermasam muka dgn pusat servis (pengalaman saya). 
Kereta saya 2 bulan pakai gear bix bunyi, pergi semua pusat servis dia suruh 
ke Glenmarie. Pergi glenmarie suruh booking dulu. Pas tu kena tinggal kan 
keta 2 minggu. Bagi org bujang mungkin boleh, tapi cuba kita fikirkan org 
bekerluarga  yg memang menggunakan kereta setiap hari. Setakat ini, bila 
berborak dgn pengguna kereta nasional, masing-masing tak puas hati dgn 
quality kereta masing-masing. Dua minggu pakai, power window rosak, centre 
look tak naik, gear sangkut/bunyi, radiator bocor (ni pun pusat servis kata 
bulan waranty sbb bukan part enjin). Ini lah masalah yg saya selalu jumpa 
kat pusat servis. Jadi, harapkan WAJA tidak dihantui masalah-masalah ini. 
Yang peliknya, utk export elok pula. Sila Jawab.

>From: "Nor'ain Eusoff" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: "'Tiang Jawi'" <[EMAIL PROTECTED]>
>CC: [EMAIL PROTECTED], "'[EMAIL PROTECTED]'" <[EMAIL PROTECTED]>,        
>"'[EMAIL PROTECTED]'" <[EMAIL PROTECTED]>,        
>"'[EMAIL PROTECTED]'" <[EMAIL PROTECTED]>,        
>"'[EMAIL PROTECTED]'" <[EMAIL PROTECTED]>,        "'[EMAIL PROTECTED]'"  
><[EMAIL PROTECTED]>,        "'[EMAIL PROTECTED]'" <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: H-Net* RE BERITA TERKINI KERETA NASIONAL  - WAJA (TELAH BERADA DI 
>SHOWRO OM EON!)
>Date: Fri, 25 Aug 2000 12:15:57 +0800
>
>Assalamu'alaikum Sdr/i Tiang Jawi dan netters yg dihormati,
>
>Merujuk kepada e-mail Sdr/i Tiang Jawi yg telah agak lama tidak saya
>balas.......  maaf kerana saya memang tak berkesempatan untuk berfikir akan
>jawapan bagi segala persoalan dari Sdr/i Tiang Jawi.  Bukan sombong atau 
>tak
>mahu melayan, cuma tak ada modal untuk saya tuliskan, lebih-lebih lagi saya
>bukan expert pasal kereta.   Persoalannya, sama ada WAJA wajar dibeli atau
>tidak, SAKSIKAN SENDIRI WAJA DI EON SHOWROOM DI SEMUA CAWANGAN DI SELURUH
>NEGARA MULAI HARI INI.  So far, WAJA telah dipamerkan di EON HQ, Glenmarie.
>
>Khas kepada semua yg MASIH BELUM MELIHAT DARI JARAK DEKAT, silakanlah 
>datang
>ke mana-mana showroom berhampiran.  Tapi, as at today, yg saya tahu ianya
>sedang dipamerkan di HQ sahaja.  Especially Hizbi netters yg berada di Shah
>Alam, why not take a look.... kalau masih belum tengok lagi, kalau dah, 
>then
>it's up to you!
>
>Untuk makluman, EON akan mula menerima "booking" dari pembeli/pelanggan 
>pada
>31 Ogos 2000 ini.   Details akan saya beri kemudian, termasuklah dengan
>"regha"nya sekali.
>
>Memang cantik, memang molek, "solid molid", nampak padat, hebat...........
>sesiapa yg saham dia tengah naik tu, kalau rasa nak trade in kereta yg
>ada.........  silalah.... terpulang pada citarasa anda semua....  At the
>moment, yg ada cuma 1.6 (Manual) sahaja.  Kalau nak tahu bila 1.8 Auto
>pulak, itu kena tanya orang PROTON.
>
>So, apa tunggu lagi?   Ini BUKAN PROMOSI, cuma nak bagi jawapan ringkas 
>akan
>beberapa persoalan.    Karnival EON/WAJA akan diadakan tidak lama lagi.  I
>will keep you all updated, InsyaAllah.  Mungkin ini akan memberi sedikit
>info berkenaan dengan kereta nasional kita.
>
>Kepada Sdr/i  Tiang Jawi ka, Mencelah Sikit ka, Mr Quiet ka, Puan Sri Mawar
>ka, Cik Sri Mona_MZ....(nak turun KL tak?), Pak Engku,  Mad......  Jumlah
>Arisma (yg suka kritik, this is the time you can have a closer
>look)....siapa lagi?  Nak jemput Puan Sri Pabiyen, beliau sedang bercuti, 
>so
>tak dapeklah nak join.  Jemputan khas ni saya tujukan buat semua yg belum
>menyaksikan kereta ini di PWTC hari tu.  Tapi, kalau dah tengok, nak tengok
>lagi sekali pun apa salahnya, kan, kan??
>
>Mr Quiet - tak nak buat puzzle yg berkaitan dengan Waja ka?
>
>
>Wassalam
>
>EON care is everywhere!  ("Belaian Mesra di Mana Jua!")
>
>P/S:   Mari kita cuci-cuci mata,
>       tengok-tengok kereta WAJA,
>       Ongkos ada, boleh pesan
>       Kalau tak da, air liur ditelan.......(termasuklah saya!)
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>-----Original Message-----
>From: Tiang Jawi [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
>Sent: 16 May, 2000 2:49 PM
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Cc: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: {KERETA NASIONAL - Waja yang wajar dibeli?}
>
>
>
>Assalamualaikum w.w.
>
>Puan/cik Nor'ain Eusoff
>
>Izinkan saya menyelit sedikit walaupun dah agak ketinggalan kapal.
>Mungkin ini topik yang paling diminati ramai buat ketika ini.  Ini pastinya
>hasil tempias pelancaran tapi tak boleh beli proton Waja.  Tak boleh beli
>kerana Waja belum untuk dijual dan kalaupun mungkin dijual nanti kebanyakan
>pengguna biasa tak termampu nak beli.  Juga topik ini diminati ramai kerana
>peluang masing-masing nak melepaskan geram/marah kepada proton dan perodua
>atas dakwaan kualiti yang tidak setara dengan yang sepatutnya.  Itu hak
>pengguna.  Janganlah puan/cik Nor'ain Eusoff terlalu ambil hati.  Mungkin
>rungutan/kemarahan pengguna ini dapat dikurangkan dengan memberi
>fakta/alasan yang menyakinkan atau paling berkesan dengan menjadikan
>rungutan itu sebagai satu sejarah untuk keluaran kereta selepas ini.  Saya
>sendiri baru terlintas untuk memiliki kereta nasional.  Bukan kerana tidak
>ada sifat patriotik, tetapi kerana kesombongan juru jual kereta ketika itu
>(6-7 tahun lepas) dan juga sedikit sebanyak termakan juga rungutan pemilik
>kereta nasional.  Walaupun dah berbelasan tahun, kalau rungutan masih
>kedengaran, pastinya memang ada yang tak kena, samada pengguna terlalu
>cerewet ataupun memangnya kereta itu ada masalah yang saya rasa kecil
>sehingga pengeluar merasa tidak perlu untuk diperbaiki.  Untuk makluman
>semua walaupun kereta bukan proton/perodua yang saya beli itu kini dah
>hampir 7 tahun usianya, hanya bateri dan tayar sahaja yang dah saya tukar
>baru.  Yang lain masih asal.  Mungkin ada yang terfikir ini kereta jenis
>mahal.  Tidak, ia lebih murah dari kereta Wira 1.5 salun ketika itu.
>
>Kini saya termimpikan Waja.  Tapi kalau harganya terlalu tinggi, saya
>kurangkan mimpi itu kepada Wira Aeroback Millenium 1.6XL.  Mungkin Cik/puan
>Nor'ain Eusoff boleh meyakinkan saya bahawa rungutan pembeli selama tak
>lebih dari expectation yang terlalu tinggi sahaja.
>
>Wassallam
>
>
>
>
>----Original Message Follows----
>From: Adam <[EMAIL PROTECTED]>
>To: "Nor'ain Eusoff" <[EMAIL PROTECTED]>
>CC: FITRIZA <[EMAIL PROTECTED]>, hizb <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: RE: H-Net* {KERETA NASIONAL - KOMEN DARI STUDENT PULAK } -
>Reply.... Aduhai. ..!
>Date: Tue, 16 May 2000 01:35:31 -0400
>
>
>   *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>   {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>   {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>   {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>   *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>            PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "ab a" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke