H-Net* Re(panduan): hush puppies -kemusykilan
*~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } {Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~* Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN ~~~ Wa'alaikumussalam. Nampaknya masih ramai yang tidak faham isu "kulit mahakhinzir" nih. Saya nasihatkan perkara ini jangan dikaitkan sangat dengan jenama produk, tetapi sebaliknya sahabat-sahabat Muslimin dan Muslimat harus tahu caranya untuk mengenalpasti kulit al-bab. Kemungkinan besarnya, kasut-kasut yang berharga RM200 ke atas ada menggunakan kulit al-bab. Namun, jangan pula terlalu berkeyakinan bahawa semua kasut berharga bawah RM200 tidak menggunakan kulit al-bab. Biasanya, bukan keseluruhan kasut (atau produk kulit lain) terbabit diperbuat daripada kulit al-bab. Hanya bahagian-bahagian tertentu produk tersebut sahaja yang menggunakan kulit al-bab. Bahagian yang biasa menggunakan kulit al-bab adalah bahagian dalaman produk terbabit. Misalnya, bahagian dalam kasut dan beg. Begitu juga tali pinggang. Kekadang tapak kasut pun ada yang menggunakan kulit al-bab. Ini tidak kira jenama, samada produk berjenama atau tidak berjenama. Malah terdapat juga sarung pisau yang diperbuat daripada kulit menggunakan kulit al-bab. Semasa zaman sekolah dahulu, saya dapati pisau yang dibekalkan kepada pengangkap adalah menggunakan kulit al-bab. Selain daripada itu, berhati-hati juga dengan topi kulit. Terdapat juga topi jenis "baseball cap" yang menggunakan kulit al-bab. Pendek kata, bila-bila masa sahaja anda terserempak dengan produk yang menggunakan kulit di mana-mana bahagian, maka berhati-hatilah. Jadi, sebaik-baiknya kita belajar untuk mengenali kulit al-bab nih. Kulit al-bab agak mudah dikenalpasti melalui kehadiran lubang roma kulit yang berkelompak tiga-titik. Sebenarnya, isu kulit al-bab ini adalah ceria lama. Entah mengapa, masyarakat kita kurang prihatin, kecuali segelintir sahaja. Pada pendapat saya, adalah wajar bagi Kementerian Perdagangan untuk membuat suatu tindakan supaya produk-produk yang menggunakan kulit al-bab diasingkan dan dilabelkan dengan jelas sebagai "Non-Halal". Isu produk "mahakhinzir" ni bukan terhad kepada kulit sahaja, tetapi juga bulu al-bab. Berwaspadalah juga dengan produk menggunakan bulu. Bulu al-bab biasa digunakan untuk berus melukis. Biasanya berus melukis yang menggunakan bulu putih tu adalah diperbuat daripada bulu al-bab. Berus gigi atau apa-apa berus lain yang bertandakan "Pure Bristle" ada kemungkinan menggunakan bulu al-bab. Tidak kurang pula kehadiran lemak al-bab didalam produk-produk kegunaan harian tertentu. Sabun mandi misalnya, banyak yang berjenama import ada menggunakan lemaknya. Ubat gigi daripada barat pun ada menggunakanya. Sepanjang ingatan saya ketika belajar di USA dalam tahun 80an dulu, produk Amway rata-rata boleh dikatakan menggunakan bahan-bahan "mahakhinzir". Tetapi hairan pula, di Malaysia nih dapat sambutan tanpa was-was. Dalam perubatan pula, sarung ubat kapsul biasannya diperbuat daripada gelatin. Para pengguna Muslim patut peka mengenai gelatin jenis apa yang digunakan untuk sarung kapsul ini. Dan juga, ubat Insulin untuk pengidap Kencing Manis biasanya diperbuat daripada enzim organ al-bab. Malah dikatakan, Insulin yang diperbuat daripada organ al-bab ini adalah ubat Insulin terbaik berbanding dengan Insulin yang diperbuat daripada haiwan lain. Kalau diperhatikan botol Insulin yang dberikan kepada pesakit Kencing Manis, biasa doktor akan menghitamkan sebahagian label botol tersebut. Ini adalah untuk mengelakkan daripada pesakit Islam mengetahui jenis Insulin yang diberi itu. Kemudian, ada pula isu produk yang menggunakan tulang al-bab. Terdapat pinggan-mangkuk yang diperbuat daripada bahan ini. Jadi, nak dikirakan "mahakhinzir" nih agak 'multi-purpose' jugaklah. Mungkin, ini amat bersesuaian dengan zaman serba "maha". Pandai-pandailah kita menyelamatkan diri daripada produk "mahakhinzir" ni. Sekian, diharapkan dengan penjelasan serba ringkas ini dapat memberi lebih kefahaman kepada anda. -- >From: "mohd rizal" <[EMAIL PROTECTED]> >To: [EMAIL PROTECTED] >Subject: H-Net* hush puppies -kemusykilan >Date: Sun, 19 Dec 1999 22:47:25 PST > > >Assalamualaikum w.b.t > >Rakan-rakan hizbi... > >Saya terdapat satu kemusykilan...berkenaan kasut berjenama Hush Puppies.. > >Saya telah membeli sepasang kasut berkenaan 2 hari yang lalu... >Dan pada hari ini...ada orang menyatakan bahawa kasut berkenaan dibuat >menggunakan kulit babi. > >Saya ingin mendapatkan kepastian dari rakan-rakan sekelian mengenai hal >ini... >Jika benar ianya dibuat dari kulit yang non-halal...Tolong beritahu saya >sumber maklumat tersebut di ambil... > >Terika kasih