*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Maaf kalau pendapat saya nie ada kesilapan dimata netters. Anak saya berusia
lima tahun baru masuk PASTI ILMI taman dagang jaya awal thn nie. Saya perhatikan
suasana PASTI tiada menunjukkan aktiviti menentang UMNO atau kerajaan. Anak2
kecil nie dr hari pertama diajar baca doa buka hati sebelum mula kelas. Belajar
doa2 yg basic dsb. Cara pembelajarannya baik dan senang difahami. Anak2 akan
dibahagikan kepada yg sudah pandai membaca dan mengira dan sebaliknya. Diajar
doakan ibubapa yg melahirkan, bukakan hati mereka utk bertaqwa dsb. Sekiranya
anak2 kita cuti atau ponteng kelas sekalipun ada surat dr cikgu beritahu ibubapa
homework yg perlu diselesaikan sewaktu mereka tidak hadir ke kelas.

Waktu belajar dan bermain diatur rapi. Bahasa Arab, Inggeris dan Melayu diajar
didalam kelas...Memang bagus...dr pengalaman saya yg pernah menghantar adik saya
ke KEMAS dan anak saya ke PASTI banyak bezanya. Adik saya balik jer asyik nyanyi
jer...homework pun jarang...nyanyi dan main...anak saya balik cium tangan, minta
maaf....makan dan terus buka buku...mulut terkumat kamit baca apa yg baru
diajar...contoh: Hari nie Isnin, B.inggeris Monday, B.Arab Ithnaini.

Jadi tang mana kata depa diajar tentang kerajaan? Bukan nak kata ada ler satu
Hamba Allah kuat UMNO di kaw. Dagang Jaya, sibuk kata PASTI nie PAS punye...anak
dia sendiri pun dia hantar kat sini bukan KEMAS....hmmm ...jgn kerana kita benci
sesebuah Parti seperti PAS, anak yg tak tahu apa2 tu jadi mangsa...

Wassalam.


P/S: sekadar pandangan

anjang bin awang awang wrote:

> Assalamualaikum
>
> Semalam beberapa buah PASTI telah dikunjungi pegawai JAIS dan Polis yang
> datang untuk menampal poster/notis supaya PASTI ditutup. Memang hati mereka
> busuk dan jahat. Tempat maksiat dibiarkan.
> Orang Islam tanding Ratu Cantik dilepaskan. Orang Islam minum arak dan mabuk
> yang ditangkap di Pub The Ship dilepaskan kerana kata mereka JAIS tak ada
> kuasa menangkap orang.
>
> Kami aktivis sosial, journalis, dan NGO ingin menasihati semua pengusaha
> PASTI dan AJK PASTI . Jika polis atau JAIS datang,
>
> 1. Minta mereka buktikan dahulu bahawa mereka pegawai JAIS. Mereka mesti
> tunjukkan dulu KAD KUASA. Tidak semua pegawai JAIS ada KAD KUASA. Minta kad
> pengenalan mereka, catitkan nombor
> KP dan nama penuh mereka, begitu juga polis. Jika mereka tak mahu tunjukkan
> kad identiti mereka, minta mereka beredar dengan baik. Jika polis
> beruniform, catitkan nombor polis yang ada pada baju
> mereka.
>
> 2. Ambil gambar mereka. Sediakan kamera. Jangan lupa tentang ini.
>
> 3. Jangan beri mereka masuk ke dalam rumah ketika pelajar sedang belajar
> kecuali di luar rumah atau bilik PASTI.
>
> 4. Beritahu mereka bahawa PASTI adalah aktiviti parti dan dibuat atas arahan
> PAS Pusat. Minta mereka hubungi Pengurus PASTI di situ atau  Ketua Pemuda
> PAS Negeri atau Ketua Pemuda PAS Pusat atau
> peguam PAS jika mereka mahu PASTI ditutup. Beritahu mereka bahawa PASTI
> berdaftar dengan PAS Pusat.
>
> 5. Beritahu mereka, bahawa mereka telah menceroboh premis persendirian dan
> mereka akan didakwa di mahkamah kerana memasuki rumah orang. Kemudian buat
> laporan polis seperti berikut: (contoh kita
> ambil dari kes semalam di PASTI SG. Jelok Hulu Langat)
>
> ----------
> Suatu laporan polis telah dibuat oleh Setiausaha PASTI Sg Jelok di Balai
> Polis Daerah Hulu Langat
> (Kajang) bernombor (J) 888/02, bertarikh 16/01/02, jam 12.50 tengahari yang
> berbunyi;
>
> "Pada 16/01/2002 jam lebih kurang 10.30 pagi di Pusat Asuhan Tunas Islam
> (PASTI) Sg Jelok, 4 orang yang tidak dikenal telah mencerobohi masuk kedalam
> pagar kawasan rumah bernombor No. 25 Jalan 8
> Taman Sg Jelok, Kajang yang merupakan tempat persendirian tanpa kebenaran
> dari penghuni rumah itu. Setelah wakil penghuni rumah tersebut meminta
> pengenalan diri, orang tersebut dikenali sebagai :-
>
> i.  H. Ruzimi H Mohd Rawi (630907-08-6073)
> ii. Khairill Affizi b Ahmad Shaari (730531-10-5229)
> iii.Abd Rashid b Tamah (2737171)
>
> dan seorang lagi yang tidak dikenali. Sekian laporan saya.
> ---------
>
> 6. Hantar satu laporan polis kepada Lajnah Guaman PAS.
>
> 7. Pastikan setiap pegawai JAIS akan didakwa di mahkamah kerana menceroboh
> masuk ke private premise anda.
>
> 8. Hantarkan Pemuda-Pemuda PAS untuk memantau suasana di PASTI.
>
> Kenapalah Pengarah JAIS Dato Mansor dan Ustaz(?) Amin Rashid ni busuk hati
> sangat pada orang yang mahu kepada pendidikan Islam. Kita boleh berdoa
> mudah-mudah Ahhal Ta'ala memberi petunjuk kepada mereka. Tetapi kalau mereka
> menutup hati mereka, telinga mereka, mata mereka dari melihat kebenaran, tak
> ada ertinya. Elok kalau doakan, semoga Allah memberi balasan yang setimpal
> ke atas  orang-orang spt mereka ini dengan balasan murka Tuhan!
>
> Firman Allah; "jangan kamu merasa hina ketika menghadapi musuh, jika
> sekiranya kamu merasa sakit, mereka juga merasa sakit, tetapi kamu
> mengharapkan dari Allah, apa yang mereka tidak harapkan.
>
> _________________________________________________________________
> MSN Photos is the easiest way to share and print your photos:
> http://photos.msn.com/support/worldwide.aspx
>
> ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor ---------------------~-->
> Get your FREE credit report with a FREE CreditCheck
> Monitoring Service trial
> http://us.click.yahoo.com/ACHqaB/bQ8CAA/ySSFAA/TcOolB/TM
> ---------------------------------------------------------------------~->
>
> Belum menjadi ahli KELUARGA??? Sertai sekarang!
> Hantar e-mail kosong kepada  [EMAIL PROTECTED]
> <>*<>*<>*<>*<>*<>*<>*<>*<>*<>*<>*<>*<>*<>
> SUTERA:
> Post message: [EMAIL PROTECTED]
> Subscribe:  [EMAIL PROTECTED]
> Unsubscribe:  [EMAIL PROTECTED]
> List owner:  [EMAIL PROTECTED]
> URL to this page: http://groups.yahoo.com/group/Sutera
> *Semua artikel yang disiarkan TIDAK semestinya menggambarkan pendirian
> sebenar moderators.
>
>
>
> Your use of Yahoo! Groups is subject to http://docs.yahoo.com/info/terms/


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Faizah Abidin" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke