*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sesiapa saja yg 'berlaga angin' dan berani melawan
arus dengan seorang hamba Allah ini, pasti akan
diterjang keluar gelanggang. Hebat sungguh dia
ini...................

Inilah satu usaha yang gigih yang sedang dilakukan
bagi melahirkan satu bangsa Melayu yang suka mengampu,
membodek, bengap, dan angguk saja apa kata boss.
Syabas Melayu baru!

Wassalam


--- election 99 <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> Ketua media KL dipercayai selisih dengan kerajaan
> 
> KUALA LUMPUR -- Ketua editor kumpulan akhbar New
> Straits Times Malaysia 
> digantikan selepas dipercayai berlaku perselisihan
> dengan kerajaan, menurut 
> beberapa orang eksekutif media dan ahli politik di
> sini semalam.
> 
> Mereka juga berkata satu pasukan yang terdiri
> daripada para editor kanan 
> sekarang mengendalikan urusan harian NSTP itu.
> 
> Datuk A. Kadir Jasin, yang juga pengarah kumpulan
> syarikat penerbitan 
> terbesar di Malaysia, bercuti enam bulan mulai
> Selasa.
> 
> Beliau, 51 tahun, tidak dapat dihubungi untuk
> mendapatkan ulasannya.
> 
> NSTP tidak membuat ulasan selain berkata Encik Abdul
> Rahman Maidin, peniaga 
> yang juga dikatakan rapat dengan Menteri Kewangan,
> Tun Daim Zainuddin, 
> dinamakan sebagai naib pengerusi eksekutif satu
> jawatan baru yang dibentuk.
> 
> Encik Abdul Rahman, presiden dan pengarah syarikat
> Malaysian Resources Corp 
> Bhd, memiliki hampir 50 peratus daripada saham NSTP.
> 
> Disifatkan sebagai ketua media di Malaysia, Datuk
> Kadir telah memimpin 
> kumpulan syarikat itu sejak 1988.
> 
> Syarikat itu mempunyai kaitan rapat dengan Umno,
> yang dipimpin oleh Perdana 
> Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.
> 
> Pemberhentian Datuk Kadir itu berlaku selang
> beberapa minggu setelah akhbar 
> tersebut menerbitkan siri rencana yang disifatkan
> oleh beberapa orang 
> penganalisa sebagai telah menimbulkan kemarahan di
> kalangan beberapa orang 
> pemimpin kanan Umno.
> 
> "Datuk Kadir Jasin menjadi mangsa terbaru media yang
> tidak demokratik yang 
> digenggam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr
> Mahathir Mohamad," kata mantan 
> pemimpin pembangkang di parlimen, Encik Lim Kit
> Siang.
> 
> "Masa depan Kadir tertutup apabila akhbar New
> Straits Times menerbitkan 
> rencana yang menyatakan bahawa pertandingan harus
> diadakan setidak-tidaknya 
> bagi jawatan nombor dua dalam Umno semasa pemilihan
> yang akan diadakan 
> nanti," kata Encik Lim dalam satu kenyataannya.
> 
> Majlis Tertinggi Umno memutuskan baru-baru ini
> bahawa Dr Mahathir dan 
> timbalannya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,
> seharusnya tidak ditandingi 
> bagi jawatan masing-masing dalam pemilihan parti itu
> pada Mei ini. -- 
> Reuters.

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Engku Hamid <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke