*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ingin saya memberi sedikit ulasan. Kita diperintah oleh manusia
yang mengaku diri-diri mereka orang Islam, tetapi pada hakikat
mereka itu amat jahil tentang ilmu fekah Islam. Mereka sekadar
tahu tentang Islam darihal fardhu ain dan tidak mempelajari
hukum-hakam Islam yang sepenuhnya. Contohnya, konsep jihad yang
sepatutnya kita sebagai seorang Muslim memahami dengan baik
diputarbelit mesejnya oleh pemimpin-pemimpin yang jahil.

Dalam kitab-kitab fekah, apabila sebuah pemerintahan Islam telah
ditubuhkan maka adalah haram bagi umat Islam menjatuhkan pemerin-
tahan itu. Ini kerana sesebuah pemerintahan itu diperlukan untuk 
menjaga kestabilan negara dan keselamatan rakyat nisbah pada ia 
akan diserang oleh mana-mana negara KUFFAR.

Maka tidak boleh sekali-kali membuat satu gerakan menjatuhkan
kerjaan Islam yang sedia ada. Ini kerana apabila sistem keten-
teraan karajaan Islam menjadi lemah, besar kemungkinan negara
Islam itu mudah diserang oleh musuh-musuh Islam. Jika ada mana-
mana gerakan Islam yang menentang pemerintahnya dan akhirnya
mereka berjaya membentuk pemerintah yang baru, asalkan ia adalah
tetap terdiri dari orang-orang Islam yang memerintah, maka wajib 
pula rakyat mematuhi dan taat kepada permintah yang BARU itu 
asalkan pemerintah baru itu terdiri dari orang-orang Islam.

Jika peperangan yang sedang langsung antara penentang (bughah)
dan pemerintah, mengikut kaedah fekah pihak bughah tidak boleh
menggunakan khidmat askar-askar kafir bagi menggulingkan
pemerintah. Kalau terdapat askar-askar kafir yang membantu
gerakan bughah, maka pemerintah berhak mengisytiharkan JIHAD
terhadap puak bughah itu. Ini nisbah kepada askar-askar kafir
itu, sungguhpun mereka ada bersama puak bughah yang berugama
Islam, tetapi askar-askar kafir, kerana jiwa kufur mereka
memang berniat membunuh pihak yang berugama Islam.

Begitu pula sebaliknya. Jika pemerintah menggunakan askar-askar
kafir untuk menentang puak bughah (yang 100%) terdiri dari
orang Islam, maka puak bughah itu berhak mengiystiharkan JIHAD
terhadap pemerintah yang ZALIM. Menggunakan khidmat tentera
kafir untuk menentang musuh-musuh yang kafir adalah harus kerana
Nabi sendiri berpakat dengan kaum Yahudi untuk mempertahankan
kota Madinah ketika diserang orang pakatan kafir Quraisy dan
kabilah-kabilah Arab yang masih kafir.

Demikian halnya semasa Mujahidinn mula-mula mengambil alih
pemerintahan setelah mengalahkan pemerintahan regim komunis
Najibullah. Pemerintahan dibawah pimpinan Dr Burhanuddin Robbani,
Gen Hekmatyar, Rashid Dustom (bekas komunis) dan Ahmad Shah 
Mas'oud tidak membentuk pemerintahan Afghanistan berasaskan
konsep negara Islam yang tulin, maka puak Taliban menentang
mereka sehingga berjaya menubuhkan kerajaan baru yang berasakan
bai'ah secara Islam. Lagipun mereka mendakwa pembentukan perintahan
itu menjunjung Al-Qur'an dan Sunnah sebagai perundangan yang
tertinggi. Dan ketua negara mereka digelar Amirul-Mukminin.

Dalam Islam, soal menolak corak pemerintahan Islam secara 
"demokrasi" atau pilihanraya adalah bercanggah dengan ajaran Islam. 
Ini kerana demokrasi yang diceduk daripada fahaman ideologi Barat
menyatakan kita bebas memilih cara ikut suka-hati kita, samada
sistem Islam atau sistem Kafir. Barangsiapa yang memuja sistem
demokrasi kerana untuk memilih sistem kafir, maka menjadi KAFIRlah
dia. Ini berdasarkan ayat yang Allah sendiri menjadikan orang-orang
Islam sebagai khalifahNya dimuka bumi. Menjadi khalifah Allah
dimuka bumi ialah termasuk memerintah negara secara Islam dan
mengamalkan syariat dan perundanganNya.

Sekali lagi, "demokrasi" ialah bebas memilih. Jika anda diberi
peluang memilih dalam pilihanraya antara sistem Islam dan sistem
Kufur, maka PILIHLAH yang Islam. Ini soal keselamatan aqidah kita,
bukan soal pihak mana yang lebih majoriti, maka mereka itu yang
benar. Sebab itulah, apabila puak ahli-sihir diberi pilihan
untuk menyokong antara kuasa Fir'aun (majoriti) dan Nabi Musa
(minoriti), mereka sanggup memilih keimanan kepada Allah dengan
memihak kepada Nabi Musa.

Kembali kepada isu menyokong puak Taliban. Sekarang majoriti
orang didunia ini bersatu menentang Taliban, maka hendaklah kita 
menyokong Taliban walaupun golongan mereka kecil kerana
perjuangan mereka adalah hak. Dan perjuangan yang majoriti adalah
batil. Ingatlah, semasa Nabi kita mula-mula membentuk kerajaan
Islam di Madinah, bilangan umat Islam masih kecil. Sebab itulah
timbul golongan munafiq dalam masyarakat Islam sendiri kerana
KURANG yakin terhadap perjuangan Islam yang terpaksa menghadapi
empayar kuffar Rumawi dan Parsi yang jauh lebih kuat. Samalah
dengan zaman kita ini, puak Taliban menghadapi kuasa-kuasa kuffar
besar seperti Amerika, Britain, Perancis, Australia, Russia,
dan negara-negara umat Islam yang berfahaman sekular seperti 
Turki, Pakistan dan Malaysia.

=========================


Pak Engku Hamid wrote:
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Malaysia tolak Taliban kerana kumpulan tersebut telah
> mendapatkan kuasa bukan melalui proses demokrasi.
> Macam mana pulak dengan Musharraf?? Adakah kita
> bersikap talam dua muka dalam hal ini? Apa beza
> Taliban dgn Musharraf????? Fikir-fikirkan...........
> 
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Listen to your Yahoo! Mail messages from any phone.
> http://phone.yahoo.com
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: Pak Engku Hamid <[EMAIL PROTECTED]>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: MrChan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke