Re: H-Net* Re: PEGAWAI PEMASARAN

2002-06-09 Terurut Topik alias mohd yusof

(on suria .fke.utm.my)

aliasm.vcf was scanned by Interscan Viruswall on suria.fke.utm.my and no virus found.



Pengalaman Manis di Kursus Bina Negara

Setelah lima hari empat malam berkurung di Kem Bina Negara Meru Klang
saya benar-benar dapat merasakan bagaimana kebimbangan yang amat sangat
pihak yang cenderung kepada parti UMNO dari kehilangan kuasa.

Dengan menggunakan nama Melayu kami ditakut-takutkan akan kehilangan
segala-galanya kalau Melayu atau khususnya parti UMNO tidak berkuasa
lagi.

Walaupun kerajaan BN sendiri telah membuat dasar dan peraturan supaya
pensyarah tidak terlibat dengan politik, tetapi pada pengamatan saya
selama berada di Kem Bina Negara kami seperti dijemput untuk terlibat
sama dengan percaturan politik negara.

Mungkin untuk jangka pendek taktik menakut-nakutkan yang digunakan oleh
kerajaan BN ini dapat meraih simpati orang-orang Melayu untuk tidak
memberi undi kepada pembangkang, tetapi untuk jangka masa yang panjang
negara kita tidak akan mendapat apa-apa manafaat darinya.

Saya dapat merasakan kursus seperti ini akan menanamkan rasa tidak
senang dan curiga di hati kita terhadap kaum-kaum lain yang ada di
negara ini.

Kadang-kadang terasa pelik juga, di waktu pemimpin-pemimpin kita berucap
dan bercakap perlunya kepada hidup bersatu padu antara kaum tetapi dalam
pada waktu yang sama kursus-kursus yang melebarkan jurang antara kaum
terus digalakkan.

Kita tidak boleh selamanya menyalahkan sejarah silam kerana kehadiran
kaum Cina dan India ke negara ini. Samada kita mahu atau tidak kita kena
berpijak di bumi nyata, kena terima hakikat kaum Cina dan India adalah
juga sebahagian dari rakyat di negara ini.

Apapun terjadi, susah dan senang kita terpaksa hidup bersama-sama mereka
juga. Kita boleh bersikap tidak peduli antara satu kaum dengan kaum yang
lain kiranya kita dapat membahagikan negara ini kepada tiga negara
mengikut kaum-kaum tersebut seperti yang pernah berlaku kepada India dan
Pakistan. Tetapi membahagikan negara ini kepada tiga negara yang
berasingan bukanlah pilihan yang kita semua kehendaki.

Kalau kita mahu hidup bersama di bawah satu negara, mahu tidak mahu
semua kaum mestilah secara bersama dan bersungguh-sungguh memikirkan
halatuju negara. Kita tidak boleh bertindak secara berasingan yang akan
menyebabkan tindak tanduk kita akan dipandang serong dan curiga oleh
kaum yang lain.

Satu kerugian yang besar jika kursus-kursus Bina Negara yang diadakan
ini bukan untuk tujuan pembinaan negara tetapi lebih kepada pembinaan
Melayu yang hasilnya setiap orang Melayu yang melalui kursus ini berasa
seperti terancam oleh rakan-rakan mereka dari kaum lain.

Di kursus ini semangat kita dibakar untuk mempertahankan kekuasaan
Melayu, memperkukuhkan perpaduan Melayu, tolong Melayu, sokong Melayu
dan macam-macam Melayu lagi.

Saya tidak fikir adanya orang Melayu kita yang menyokong dan memberi
tepukan kepada Taufik Hidayat ketika beliau menentang Wong Choong Han
dalam pertandingan badminton Piala Thomas bulan Mei lepas walaupun kita
tahu Taufik Hidayat itu orang Melayu.

Saya juga tidak fikir Goh Chock Tong dapat menebalkan mukanya jika
dilihat oleh pelancung asing rakyatnya yang terdiri dari Ahmad, Abu, Ali
dan lain-lainnya memenuhi kaki-kaki lima di Bandar Singapura yang indah
dan maju itu dengan meminta sedekah. Malah Goh Chock Tong berasa megah
untuk berkata taraf kehidupan orang Melayu di Singapura lebih baik dari
kebanyakan orang Melayu di Malaysia.

Untuk memilih pemimpin yang terbaik di kalangan kita, tidak  ada cara
yang terbaik selain dari cara demokrasi. Sistem demokrasi dapat menjamin
peralihan kuasa dapat berlaku secara aman tanpa kekerasan selain itu ia
dapat menjamin hanya pemimpin yang terbaik sahaja dapat menjadi
pemimpin.

Tetapi apabila amalan demokrasi sebenar telah dinoda dan diubahsuai oleh
pemimpin yang berkuasa mengikut kepentingan mereka maka jadilah
demokrasi itu sebagai alat untuk menjamin pemimpin yang memerintah untuk
terus berkuasa, bukan lagi sebagai alat yang membolehkan pemimpin yang
terbaik mendapat peluang menjadi pemimpin seperti mana yang sepatutnya.

Kita tidak nafikan adanya parti politik yang menggunakan agama untuk
meraih sokongan pengundi. Bukan sahaja dalam parti politik, malah ada
juga orang menggunakan agama untuk menipu orang untuk memperkayakan diri
mereka, ada juga yang menggunakan agama untuk mendapat kedudukan dan
pangkat. Perbuatan menyalahgunakan agama untuk kepentingan diri amat
dicela oleh Islam.

Penyebab utama sokongan orang Melayu kepada parti PAS pada pilihanraya
1999 bukanlah kerana penggunaan agama oleh parti itu tetapi tindak
tanduk dan beberapa kelemahan UMNO di masa itu telah tidak disenangi
oleh orang-orang Melayu sendiri dan mereka telah tunjukkan kemarahan
mereka itu dengan memberi undi kepada PAS.

 Padahal sebelum itu PAS seperti parti yang tidak dapat bernafas
walaupun  kerajaan di waktu itu lebih liberal di mana ceramah PAS dan
akhbarnya 

H-Net* Re: PEGAWAI PEMASARAN

2002-06-07 Terurut Topik Kumpulan Usahawan Muslim Sdn Bhd



Kumpulan Usahawan Muslim Sdn Bhd wrote:
PEGAWAI PEMASARAN
Kelayakan Minima: SPM
Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Inggeris
Gaji : RM600.00 (tempoh percubaan 3 bulan)
Komisen pencapaian : sehingga RM5000.00 sebulan
Keutamaan >Mempunyai kenderaan sendiri  lesen memandu
Berpengalaman dalam bidang pemasaran minima 1 tahun.
(Bagi yang tiada kenderaan dan tiada pengalaman pemasaran, permohonan
anda boleh dipertimbangkan dengan syarat anda bersedia menerima tunjuk
ajar dan sanggup berusaha bersungguh-sungguh).
Keterangan lanjut hubungi:
En. Ahmad (03-55114530/ 55110139 / 012-6961148)
"KERJAYA PEMASARAN ANDA ADALAH LANGKAH PERMULAAN UNTUK MENJADIKAN ANDA
SEORANG USAHAWAN YANG DINAMIK DAN BERWAWASAN"
Selamat Datang Ke> Kumpulan Usahawan Muslim Sdn Bhd

N0. 41, Jalan Badminton, 13/29 Tadisma Business Park

40100 Shah Alam, Selangor DE.

 Lihat > Peluang
Perniagaan
 Buku
yang mesti anda baca sebagai bukti kecintaan kepada Rasulullah SAW.
Ruang Niaga Siber Untuk Di Sewa:
http://www.dumei.com/direktori.asp
bolehlah
menghubungi kami untuk perbincangan lanjut.
PORTAL USAHAWAN MUSLIM >beritahu
rakanniaga anda supaya mereka boleh mengambil manfaat khususnya dalam memperluaskan
kontaks perniagaan dan mendapatkan peluang-peluang perniagaan yang disediakan
di portal ini.
Sekian, wasssalam. "Semoga Allah Menerima Amal Kami dan Amal Kamu"