*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt.

Siapakah yang mentakwil Ayat Allah.
Sdr. Muhajir mengambil pendapat dari sumber Muktazilah dan sebagainya.
Kita hanya mengatakan betapa Allah sentiasa Ada dan tidak pernah lalai dan leka
ke atas apa jua yang kita lakukan, kerjakan dan sebagainya.

Hatta sekalian yang belum lahir di dalam hati itu pun Allah SWT tetap mengetahuinya.

Sekiranya semua Ayat Allah itu telah diborong dan hanya diterima oleh Muktazilah lalu 
apakah lagi yang tinggal pada sdr. Muhajir.

Sdr. Muhajir juga menyamakan puak Wujudiyyah yang sesat itu dengan Ayat Allah itu.

Jadi sekalian Ayat Allah itu sekarang ini tidak dapat diImani dan diterjemahkan dalam 
hidup kita.

Dalilnya, dalam solat bagaimanakah sesaorang itu hendak mencapai kyusuk.
Persoalan ini tidak akan dapat dijawab oleh orang yang tidak dapat mengImani Ayat 
Allah seperti yang difahamkan oleh sdr. ibn Muhajir.

Adalah sesuatu yang keterlaluan sekiranya memahamkan Ayat-Ayat Allah terus sahaja 
dirujukkan ia adalah fahaman dari sekian-sekian yang sesat. Yang betulnya tidak 
diberitahu cara mengamalkannya dan mengiktiqadkannya.

Sedangkan setiap Ayat Allah itu malahan setiap huruf dalam al Quran itu adalah 
petunjuk daripada Allah kepada sesiapa yang diberikannya petunjuk.

Saya berhujah kerana anggapan sdr. yang cuba menyempitkan orang lain dengan perkataan 
yang tidak sepatutnya terhadap Allah seolah-olah Allah itu bertempat, berwaktu dan 
sebagainya.

Sedangkan sudah terang bahawa di sisi Allah tiada zaman. Saya juga telah menerangkan 
bahawa bagaimana keadaannya tidak dapat difikir oleh fakulti intelek dan sebagainya. 
Keterangannya seperti yang tercatat dalam Kitab Allah.

Lalu apakah sebenarnya yang sdr. Imani tentang Allah SWT ini?
Bagaimanakah sdr. beriktiqad, beribadah (berhubung dengannya), solat (berhadap 
kepadaNya)?
Apakah yang sdr. faham tentang "Ihsan"?
Di dalam solat apakah "pekerjaan hati dalam Rukun Qalbi"?

Saya fikir dengan menjawab menjurus kepada amal sahaja yang akan membuka kedudukan 
iktiqad, akidah dan ibadah serta amal sebenar sesaorang. Jika tidak, sesaorang itu 
akan menyamakan fahaman orang lain dengan fahaman yang dianggap sesat, salah, gugur 
akidah dan sebagainya.

Ilmu teori hanyalah sebagai alat. Pendekatan menggunakan alat dengan cara yang betul, 
terpimpin dan menepati natijah daripada berIlmu itu lebih utama dan penting.
Pimpinan adalah daripada Allah SWT kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Salam.

ibn muhajir wrote:

> salam~
>
> 1. "Wallahubikullisyain Muhith"  : Dan Allah itu meliputi akan segala sesuatu.(you 
>wrote)
>
> Meliputi tidak bermakna Allah berada di mana saja kamu berada, kerana pemahaman 
>sebegitu adalah pemahaman muktazilah & jahmiyah.Pemahaman Sahabat & Imam yg 4 
>mengatakan meliputi adalah kekuasaan, ilmu, pendengaran, penglihatan Allah.(Rujuk 
>Singgahsana ALlah- Ibnu Qayim, & Taujihat Islamiyah - Syaikh Muhammad JAmil Zainu)
>
> 2. "Wahuwa ma'akum ainamakuntum " : Dan Dia (Allah) berada dimana jua kamu berada. 
>(Allah tetap Ada dimana jua anda berada).(You wrote)
>
> Itulah tafsiran yg salah kerana (ma'akum) ditafsirkan (berada) sedangkan ia 
>bermaksud (bersama). (Lihat Aqidah Wasithiyah Ibnu Taimiyah, juga lihat Syarah Aqidah 
>Thawiyah).
>
> 3."Wafianfusikum afalatubsirun". Dan Dia ada pada diri kamu betapa kamu tidak 
>melihatnya".(U wrote)
>
> Ayat diatas selalu disalahtafsirkan oleh pengikut wehdatul wujud yg mengatakan dia 
>adalah Allah  dan Allah adalah dia (Tasawuf - ABdul Qader Jelani).
>
> 4. "Nahnuakrabuilaihimurib". Dia (Allah) lebih hampir kepada kamu daripad urat 
>tengkuk kamu sendiri.(U wrote)
>
> Hampir tidak bermaksud Zat Allah hampir kpd tengkuk kamu. (lihat kitab2 yg tersebut 
>diatas)
>
> 5. "Fainnama tuwallu fasummawajhah". Kemana sahaja kamu berhadap disitu Ada Allah.(U 
>wrote)
>
> Ini adalah tafsiran yg tersasar kerana Alah tidak berada di tempat kotor. Zat Allah 
>bersemayam di atas Arsy, ALlah Maha Tinggi, Maha suci Allah dari apa yg mereka 
>sangkakan.
>
> Allahu'alam
>
> From: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
> To: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>
> Sent: April 26, 2000 9:51:23 AM GMT
> Subject: Re: Tauhid -1
>
> Assalamualaikum wbt.
>
> Saya agak terkejut berkenaan tuduhan sdr.ibn Muhajir.
> Apakah sdr. ibn Muhajir  tidak merujuk kepada al Quran.
>
> 1. "Wallahubikullisyain Muhith"  : Dan Allah itu meliputi akan segala sesuatu.
> 2. "Wahuwa ma'akum ainamakuntum " : Dan Dia (Allah) berada dimana jua kamu berada. 
>(Allah tetap Ada dimana jua anda berada).
> 3. "Wafianfusikum afalatubsirun". Dan Dia ada pada diri kamu betapa kamu tidak 
>melihatnya".
> 4. "Nahnuakrabuilaihimurib". Dia (Allah) lebih hampir kepada kamu daripad urat 
>tengkuk kamu sendiri.
>
> 5. "Fainnama tuwallu fasummawajhah". Kemana sahaja kamu berhadap disitu Ada Allah.
>
> 6. "Wajahtuwajhiyya". Aku hadapkan wajahku kepada Wujud Allah.
>
> 7. "Beribadahlah kamu seolah-olah kamu melihat Allah ...(makam Ihsan), jika kamu 
>tidak melihat ALlah sesungguhnya Allah sentiasa melihat kamu".
>
> Saya rupanya tersilap. Saya ingatkan sdr. ibn Muhajir ni ingin menunjukkan kebenaran 
>rupanya hanya untuk mencari kemenangan. Dia menuduh orang lain tidak berpandukan 
>Quran dan Hadis. Menuduh ilmu orang lain sesat, salah, ringan timbangan dan mengambil 
>ajaran selain daripada Islam. Tetapi itulah kedudukannya, setakat nak menuduh, itu 
>memang kerja senang.... saya pun tidak gamak nak berhujah dengannya apabila
> kata-katanya hanya untuk memuaskan hatinya.
>
> Usahlah menuduh orang lain sesat. Sedangkan Ayat Allah dalam Quran pun masih belum 
>sdr. jumpa. Menunjukkan dan membuktikan betapa kecilnya sdr. dan saya terhadap agama 
>Islam itu sendiri. Saya tidak anggap saya banyak tahu. Dan tidak pula menganggap sdr. 
>kurang tahu.
>
> Oleh kerana sdr. ibn Muhajir menolak keterangan Allah (Ayat Allah) saya mula 
>berfikir betapa perselisihan pendapat yang membawa penolakan Ayat Allah lebih tinggi 
>risikonya daripada hanya untuk mencari kemenangan dan kepuasan hati.
>
> Tujuan berhujah sebenarnya ialah untuk menambahkan ilmu dan amal. Bukannya untuk 
>bersikap kepetahan mematahkan hujah lawan semata. Tauhid adalah istilah makam yang 
>terpuji. Sepatutnya orang yang berTauhidlah yang lebih kenal Allah dan Ayat-Ayat 
>Allah.
>
> Saya rasa, pendapat yang sdr. ibn Muhajir mengatakan seperti yang sdr. tolak dalam 
>Ayat ALlah itu adalah pendapat sdr. sendiri. Usah cuba mahu mengaitkan dengan 
>pendapat ulama-ulama lain yang beliau belum pernah berguru dan berjumpa. Dan adalah 
>mustahil sesaorang itu bergelar ulama, tetapi menolak Kitab Allah. Setiap pendapat 
>yang bertentangan Kitab Allah adalah murdud, tertolak dan batal sekalian amalnya,
> kerana penentangan iktiqadnya terhadap Kitab ALlah.
>
> Menurut istilah, Langit adalah tempat yang tinggi. Tetapi Langit dunia yang di atas 
>kepala kita ini bukannya sesuatu yang tinggi. Kerana bumi ini bulat. Bayangkan kita 
>di sebelah sini, langit kita yang di atas kepala kita. Bagaimanakah manusia yang di 
>sebelah sana yang bertentangan dengan kita. Langit dunia kita adalah di bawah tapak 
>kaki mereka.
>
> Istilah langit yang digunakan dalam bahasa Quran tidak dapat diterjemahkan dalam 
>bahasa lisan atau pertuturan. Sesuatu yang tinggi di sisi ALlah adalah sesuatu yang 
>tidak dapat dicapai dengan fakulti intelek (daya dan upaya pemikiran manusia). Ia 
>memerlukan kepada fakulti rohani (alam kerohanian) iaitu Yakin (atas rahmat, anugerah 
>ALlah SWT jua).
>
> Salam.
>
> ibn muhajir wrote:
>
> > salam~
> >
> > 1. Allah tidak bertempat?
> >
> > NAs Quran, hadith & fahaman sahabat & imam yg 4 mengatakan bahwa ALlah bersemayam 
>di 'Arsy (Thoha 5). HAdith2 shohih mengatakan Allah berada di tempat yg tinggi di 
>langit.
> >
> > 2. Allah berada dimana jua anda berada?
> >
> > Menurut ARrazi, ini adalah fahaman mu'tazilah & Jahmiyah yg membuahkan wahdatul 
>wujud (lihat Tafsir Azhar - Thoha 5)
> >
> > 3. TAuhid yg murni akan menghasilkan amal yg benar & timbanagn yg berat diakherat. 
>Ilmu yg tidak benar akan menghasilkan gambaran yg salah tentang Pencipta. TAuhid yg 
>tidak beres akan menghasilkan amal yg bidaah.
> >
> > 4. Point 1 & 2 adanya pertentangan hasil dr teori fisafat ilmu kalam.
> >
> > Wslm
> >
> > From: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
> > salam
> >
> > Istilah yang disebut dalam Al Quran bagi orang yang ringan timbangannya ialah 
>orang yang rugi atau muflis (Khasirin). Antaranya ialah pada - Al Ashar: 1&2,  Al 
>Mujadilah : 19, al Munafikun : 9.
> >
> > Tauhid yang murni ialah yang menepati seperti mana yang diterangkan oleh Allah 
>melalui Kalamullah. Allah SWT tidak bertempat, tidak dahulu sahaja, tidak sekarang 
>sahaja dan tidak akan datang. Tidak ada sempadan waktu atau zaman bagiNya, malahan 
>Dia meliputi akan segala sesuatu, Dia berada dimana jua anda berada. Kemana jua anda 
>menghadap Allah sentiasa berhadap.
> >
> > Orang yang ada Tauhid sentiasa dalam keadaan tidak lalai dalam keadaan 
>mengingatiNya dan berhadap kepadaNya. Bukan tunggu atau nanti seolah-olah Allah hanya 
>ada pada waktu tertentu atau zaman tertentu !
> >
> > Ilmu tidak mampan hanya semata-mata teori sahaja tanpa penyaksian atau pengamalan. 
>Ilmu yang benar yang disertai dengan amalan yang konsisten, insya Allah akan 
>membuahkan hasilnya. Hasil bagi Ilmu yang benar akan menyampaikan matlamat untuk 
>menjadi orang-orang yang benar (siddikin). Iaitu orang-orang yang benar-benar 
>menyaksikan tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad ialah Rasul Allah. Yang 
>pentingnya,
> > Tauhid mestilah dengan bukti penyaksian!
> >
> > Demikian juga orang-orang yang berperang dengan bersenjata pada Jalan Allah 
>semata-mata untuk mengikhlaskan dinnya serta Allah lantaran hanya mengharapkan 
>WajahNya adalah ahli Tauhid. Namun begitu setiap waktu dan saat, jihad adalah suatu 
>kemestian. Orang-orang yang bersungguh-sungguh bermujahadah sepanjang masa dan 
>keadaan terhadap nafsunya juga adalah ahli Tauhid.
> >
> > "Kita kembali dari peperangan yang kecil kepada peperangan yang besar (jihad 
>nafsu)..." Hadis.
> >
> > Ikhlas itu semaknalah dengan Tauhid. Orang yang ikhlas adalah orang yang Tauhid. 
>Betapa pentingnya Tauhid ialah sinonim dengan Ikhlas. Betapa pentingnya 
>Ikhlas,sehinggakan Allah SWT menurunkan satu surah yang khas dinamakan SuratulIkhlas.
> >
> > "Dan tidaklah mereka itu diseru melainkan hanya untuk beribadah kepada Allah 
>dengan mengikhlaskan (Tauhid) agamanya" AL Baiyinah : 5.
> >
> > Persoalan yang lebih penting ialah bagaimanakah praktisnya untuk mengamalkan 
>sesuatu ilmu yang benar untuk mencapai Tauhid (Ikhlas)?  Pendekatan atau 
>penghayatannya? Agar tercapai - ilmu , amal , ikhlas itu satu jua.
> >
> > Wallahu 'alam
> > Salam
> >
> > Pengirim: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
> > ______________________________________________
> > FREE Personalized Email at Mail.com
> > Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup
>
> --
> -----------------------------------------------------
> Click here for Free Video!!
> http://www.gohip.com/freevideo/
> ______________________________________________
> FREE Personalized Email at Mail.com
> Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup

--
-----------------------------------------------------
Click here for Free Video!!
http://www.gohip.com/freevideo/



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke