*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Jadi betullah Umno/BN tidak sempurna apabila ramai-ramai ahli-ahli umno (sekarang dah jadi bekas) membantah/berdemo/mengkritik Dr.M/Umno. What an argument!!! Begitulah mentaliti akhbar Utusan. Kalau kejadian umpama ini akhbar Utusan mengatakan sebagai BUKTI, saya kira apabila kejadian yang lebih telah hebat berlaku pada Dr.M adalah BUKTI yang lebih hebat (kena baling dengan botol plastik di PWTC, kena boo, dsb). Tak gitu??? Well ini adalah argument yang saya ceduk dari Utusan, argument dari Timbalan Dekan you!!! .... Or maybe she is actually trying to say yang Umno sebenarnya jauh lebih parah, tapi segan dan takut kena 'victimized' dek puak umno, so kata kat pihak Pas.... kan? kan? kan? Rusuhan: Bukti Pas Kelantan belum sempurna KUALA LUMPUR 16 Okt. - Penglibatan ahli Pas dalam rusuhan dan perhimpunan haram bagi membantah Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-50 Pegawai Tadbir Negeri (PTN) membuktikan kerajaan negeri pimpinan Pas di Kelantan masih belum sempurna. Timbalan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM) Prof. Dr. Ramlah Adam berkata, majlis yang diadakan itu turut melibatkan kerajaan negeri, sehubungan itu, penentangan ahli Pas menunjukkan mereka masih tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri. ''Majlis itu majlis rasmi melibatkan kakitangan dan kerajaan negeri maka jika ahli-ahli Pas sendiri membantah, ia bermakna kerajaan Pas masih belum sempurna dari sudut pandangan ahli-ahlinya,'' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian rusuhan di Kelantan melibatkan 500 orang berjubah dan berserban yang berhimpun di hadapan sebuah hotel bagi mendesak majlis tersebut dibatalkan kerana ia menyelitkan acara hiburan. Perhimpunan tersebut dikatakan anjuran Pas. Tiga lelaki yang ditahan polis kerana disyaki terlibat dengan rusuhan dan perhimpunan haram itu dikenal pasti ahli Pas. Menurut Dr. Ramlah, kejadian rusuhan yang dikatakan dianjurkan oleh Pas itu mungkin ada kaitannya dengan cara berpolitik Pas yang ekstrem. Katanya, sebagai majlis yang dihadiri oleh Sultan Dan Raja Perempuan serta Exco Kerajaan Negeri, tentunya pihak penganjur memastikan ia berlangsung dalam suasana sopan bukan sebaliknya. ''Nora bukan objek seks, dia seorang penyanyi yang sopan, perkara-perkara seperti ini mesti mereka pertimbangkan,'' ujarnya. Sementara itu, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, kejadian rusuhan dan perhimpunan haram itu berlaku berikutan sikap pemimpin-pemimpin Pas yang mengamalkan politik benci dan maki hamun. Katanya, cara berpolitik yang tidak sihat itu telah menyebabkan kebanyakan ahli Pas terlalu taksub dengan parti sehingga mendorong mereka bertindak ganas. ''Itulah risiko yang harus ditanggung oleh Pas. Politik cara keganasan walau dilakukan oleh sesiapapun ia bukan cara Islam. Parti itu selama ini mengamalkan politik maki hamun dan kebencian, maka Tuhan itu maha adil,'' katanya. Sementara itu, Presiden Persatuan Bekas-bekas Polis (PBPM), Mansor Mat Jaafar berkata, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara sepatutnya menggunakan saluran tertentu untuk menyatakannya bukan melalui rusuhan. Katanya, kejadian di Kelantan itu tidak melambangkan tamadun masyarakat negara ini yang penuh dengan adab sopan. © UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur. E-mail: [EMAIL PROTECTED] <mailto:[EMAIL PROTECTED]> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>