RE: H-Net* SB (Siput Babi) seumpama anjing

2001-03-16 Terurut Topik ari man

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
ala. apo nak riso. parti kamu ni bukenya threat kepada anjing2 Siput Babi yang busuk 
ni. Selagi mana kamu beristiqomah dengan tidak berbelah bagi dengan parti dan pucuk 
pimpinan kamu ni, jange le bimbang. Selamat le nanti kamu. Teruskan aje le keja2 kamu 
dengan hati yang sonang. Berdakweh le dari tilem2 yang empok. Buek usrah seminggu 
sekali. Muktamer setahun sekali. majlis hari rayo setaun 2 kali. Make banyak2. kuakkan 
ukkhuwah. Menjele dekat nek piliho rayo nanti, buek le muhibbah banyak2. Ajak lo 
ustaz2 usrah kamu tu melawet2 Hindu2 sekampong tu. Kristian2. Budha2. Untung2 nanti 
meneng piliha rayo. Dape kerusi Ledang. Kawase Bakri. Ha.! Tak panic umno2 Joho nanti. 
Petama kali dale sejarah kubu BN temboh kat Joho nanti. Tebeliak mato Mahade.

Selagi kamu maseh akur dibaweh berhale Parlimen ni, maseh akur denge sistem demokrase 
ciptaen Yahudi Nesara ni, kamu masih jugok nak mengharap Allah ake bagi kemenange 
kepada kamu. Agaknya kamu nak kan Allah bagi negaro Islam yang demokrasi kat kamu 
suruh kamu perintah. keh keh keh.!. Alangkah indah nya mimpi2, alangkah murahnya 
syurga2.! Boleh dibeli dengan kertas2. DEngan coretan pena2. 

--Original Message--
From: "Anak Ulu Muar" <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED]
Sent: March 16, 2001 4:07:29 PM GMT
Subject: H-Net* SB (Siput Babi) seumpama anjing

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
SB (Siput Babi) seumpama anjing

Kita tidak berasa pelik atau hairan jika ada SB berkeliaran di dalam ruangan 
ini kerana ini adalah Bidang Tugasnya (Job Description) yang telah diberikan 
oleh tuan punya anjing tersebut. Kalau kita perhatikan, anjing ialah 
binatang yang setia kepada tuannya, dan anjing tersebut tidak tahu 
membezakan salah dengan betul, hak dengan batil, haram dengan halal. Yang 
menentukan ialah tuannya, yang juga melatih, membelai, mengajar apa yang 
patut dibuat, siapa yang patut digigit, siapa yang patut dibantu.Tuannya 
yang mempunyai kuasa veto ke atas tingkah laku anjing tersebut. Dalam istlah 
sekarang dipanggil "taat setia tidak berbelah bagi". Itu pun selagi tuannya 
masih hidup. Jika tuannya mati, ia akan menerima arahan dari tuan baru pula.

Dan kita tahu anjing tidak mempuanyai otak untuk berfikir, dengan kata lain, 
tiada akal. Apabila arahan diterima ianya akan dilaksanakan tanpa fikir atas 
sifatnya yang tidak berakal itu. Ia tidak ada kebolehan menganalisa arahan 
(no analytical capability). Apa yang dilaungkan oleh tuannya, ianya akan 
disambut tanpa analisa. Ia akan duduk ditepi tuannya dan sentiasa bersedia 
menerima arahan. Kalau disuruh menggigit sampai cedera, ia akan berbuat 
demikian sehinggalah tuannya membuat arahan baru atau pun ia tidak tahan 
lagi dari tindakbalas orang yang digigit atau dari orang lain seperti 
dipukul dsb.ia akan melepaskkan dan mungkin lari.

Persoalan yang penting ialah tuan anjing itu sendiri, bukan anjing tersebut. 
Jika tuan punya anjing ialah seorang pencuri, penyangak dsb dia akan 
menjadikan anjing tersebut sebagai alat untuk mencapai cita-citanya atas 
sifat yang tidak kira batas halal-haram dsb. Jika kita pernah tengok filem, 
mungkin kita pernah lihat boss pengedar dadah ada memelihara anjing Doberman 
yang terkenal dengan ganasnya.

Tetapi jika tuannya seorang yang baik budiman, anjingnya akan dilatih untuk 
melaksanakan arahan berdasarkan yang hak, membantu orang, menyelamatkan 
mangsa gempa, lemas, mengesan pegedar dadah di lapangan terbang dsb.

Kalau kita lihat sejarah Iran semasa Shah Iran dahulu, Polis Rahsia Savak 
terkenal dengan ganasnya untuk melindungi Shah. Tetapi apabila dia jatuh, 
Polis yang masih yang sama, mungkin dah ditukar nama dan ia mengikut 
perintah kerajaan baru dan digunakan untuk melaksakan tugas yan diarahkan 
oleh kerajaan baru. Kita pun dah tidak dengar lagi cerita keganasannya, cuma 
yang kita dengar ialah ia menangkap ejen rahsia CIA dll.

Kesimpulannya, kita tidak perlu gusar dengan kehadiran SB di ruangan ini, 
biarkan dia dengan tugasnya. Kita dengan tugas kita. Oleh kerana sifatnya 
yang tidak berakal itu, begitu mudah kita mengenalinya dan kita tidak perlu 
layan "lolongan" atau "salakan" me

H-Net* SB (Siput Babi) seumpama anjing

2001-03-16 Terurut Topik Anak Ulu Muar

layan "lolongan" atau "salakan" mereka. Kalau kita layan "salakan" ia, kita 
pun leka dari melaksanakan tugas kita. Cuma kita perlu berhati-hati, jangan 
sampai digigit. Biarkan ia, lama kelamaan, ia akan penat sendiri dan mungkin 
terpaksa balik ke tuannya.

Wassalam.

Anak Johor.
_
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Anak Ulu Muar" <[EMAIL PROTECTED]>